Runner mati digigit anjing

Bila saya baca berita-berita ini, baru saya tahu yang anjing ini pun boleh jadi bahaya. Saya sebenarnya tidaklah membenci anjing kerana saya ini kategori sayangkan haiwan. Rumah saya ada seekor kucing dan iguana serta ikan laga, dan saya pernah berangan untuk mempunyai seekor Siberian Husky kalau saya berjaya pindah duduk dalam hutan kelak.

Namun membaca berita sebegini membuatkan saya rasa sedih. Pertama sebab runner mati kena gigit anjing. Kedua, the lack of responsible of owner yang bela anjing tu. Sedih betul.


1. Yip Sun Wah dari Subang Jaya, 2012
Arwah Yip Sun Wah telah berlari hampir 20 tahun di kawasan rumahnya. Dia, ketika kejadian malang ini berlaku sudah pun mencapai umur 74 tahun. Pada satu pagi arwah keluar jogging seperti biasa. Tidak disedarinya, tiba-tiba arwah diserang hendap oleh seekor anjing Pitbull milik jirannya.

je_01.1
Beberapa orang jiran berhampiran datang dan cuba menyelamatkan arwah. Ada jiran yang membawa payung untuk memukul anjing tersebut. Ada juga jiran lain yang datang membawa rotan dan memukul anjing namun anjing ini tetap menyerang arwah. Akibat dari kecederaan dan pendarahan teruk di leher dan telinga, arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

white-pitbull-lab-mix-white-boxer-lab-mix-leuka-pitbull-boxer-mix-white
Contoh baka Pitbull

Lebih menyedihkan, arwah baru sahaja menyambut harijadinya yang ke 74 beberapa minggu sebelum kejadian. Anjing Pitbul ini ditangkap dan pemiliknya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Difahamkan pemiliknya baru membela anjing tersebut dalam tempoh 3 bulan untuk menjaga keselamatan ekoran daripada rompakan dirumahnya.

Screen Shot 2016-01-27 at 11.08.04 AM
Semoga roh arwah tenang

Baca lagi

2. Craig Sytsma dari Michigan USA, 2014
Craig, 46 tahun bapa kepada 3 orang anak baru pulang dari pejabat dan mengambil keputusan untuk jogging. Namun, tidak dia ketahui yang hari itu adalah hari terakhir untuk beliau berlari di muka bumi ini. Craig diserang oleh 2 ekor anjing baka Cane Corso yang dipunyai oleh sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan berhampiran.

article-2733890-20C9810200000578-495_306x423

Craig digigit hampir 8 kali, mengalami pendarahan yang banyak menjerit meminta tolong. Penduduk yang berhampiran terpaksa melepaskan tembakan dan terkena kepada kaki salah seekor anjing tersebut yang menyebabkan mereka lari kemudiannya.

CaneCorso_ 23
Contoh baka Cane Corso

Craig dibantu oleh seorang medic untuk memberhentikan pendarahan, namun akhirnya tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital. Sebelum pengsan Craig sempat berkata, “Saya berdarah teruk… saya akan mati..” Craig kemudiannya menghembuskan nafas yang terakhir. Craig merupakan survivor kanser kolon, mengamalkan gaya hidup sihat dengan berlari.

dog-maul1

Kedua suami isteri, owner kepada anjing itu kemudiannya ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara manakala anjing itu di”tidur”kan.

Baca lagi

3. Anonymous, Lebanon, 2015

Di Lebenon, seorang pelari wanita diserang oleh seekor anjing Pitbull ketika sedang berlatih untuk Marathon di kawasan kejiranannya. Namun mujur pelari ini sempat melompat ke atas sebuah truck untuk menyelamatkan dirinya, walaupun terkena gigitan anjing tersebut di kakinya. Polis kemudian datang untuk menyelamatkan keadaan, namun anjing ini tidak mengenal siapa. Polis terpaksa melepaskan tembakan kepada anjing tersebut apabila anjing ini cuba menyerang beliau.

Dalam kes ini, runner dan polis selamat.

Kesimpulan
Jika anda seorang runner, berhati-hati di luar sana. Kalau dah nampak anjing dari jauh, jangan cuba menjadi Bruce Lee. Untuk keselamatan, sentiasa bawa something masa jogging yang mudah capai atau mudah guna semasa berlari sebagai defends terhadap anjing.

Kongsi di :