Running Malaysia Magazine

1622887_774859512533177_888665239_n

Nampaknya aktiviti berlari semakin diminati ramai. Hinggakan ada majalah khas untuk aktiviti ini dan nama majalah ini Running Malaysia. Kelmarin saya tangkap satu dan nyata majalah ini masih baru, di pasaran baru keluaran no 2.

So apa yang istimewa dengan majalah berharga RM12.00 ini?

1. Kulit tebal, kertas keras
2. Tips on running
3. Feature on running idol – senior, pro dan juga newcomer
4. Feature on kasut-kasut pelari
5. Feature on baju-baju pelari
6. Feature on gadget pelari
7. Review Event larian semasa
8. Senaman-senaman larian
9. Tips dari Pro
10.  Feature makanan & diet yang sesuai untuk pelari
11. Jadual Larian tahunan
12. Banyak iklan Рiklan yang berkaitan running gear

Total page semua 100 mukasurat. Saya baru baca suku. Boleh tengok facebook majalah ini di sini.

Tahniah kepada penerbit. Semoga adanya majalah niche sebegini menambahkan lagi jumlah pelari-pelari amatur dan pro dari Malaysia.

Jangan lari dari komitmen sudah!

Oh ya, saya baru start lari balik semalam. Dah lebih 4 bulan saya hibernasi. Target tahun ni nak sertai larian luar Selangor, KL dan Putrajaya pulak. Asyik lari trek yang sama pun bosan jugak.



Kongsi di :