Running Rules Pt 14 : The Refueling Rule

618_348_eat-after-not-before-your-run-10-tips-on-how-to-do-a-relay-race

Makan makanan kombinasi karbohidrat dan protein 30 atau 60 minit selepas race, larian pecut atau larian panjang.

Contoh : Lepas race larian, pergi kedai mamak makan mee goreng + telur mata, tapi kalau nak mat salleh sikit pergi beli yogurt atau roti sapu peanut butter.

Sebab : Makanan karbohidrat adalah untuk menambah semula glycogen otot dalam badan yang hilang dan makanan protein adalah untuk membaikpulih dan membina semula otot. Ration yang baik adalah 4 karbo 1 protien.

Kecuali : Kalau takde nak lari lagi dalam masa 24 jam seterusnya.

Aplikasi dalam hidup : Selepas buat sesuatu dalam hidup, kita kena ambil sesuatu untuk diri kita agar kita boleh teruskan buat apa yang kita suka itu.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_