Untuk setiap batu yang anda race, anda kena rehat satu hari / recovery day sebelum anda lenjan badan anda untuk race atau training balik.
Contoh : Kalau lepas race 10K (6.2 batu), rehat 6 hari. Kalau lepas race 21K (13 batu), rehat 13 hari. Kalau lepas race 42K (26 batu), rehat 26 hari.
Sebab : Kalau tak cukup rehat boleh jadi cedera. Dan training selepas itu adalah sia-sia.
Kecuali : Kalau masa race tu tak lari pun tapi jalan sambil sembang.
Aplikasi dalam hidup : Untuk setiap usaha anda yang bersungguh, reward diri dengan sesuatu yang indah dan seronok.
Nota tambahan : Undang-undang ini dicipta oleh Arwah Jack Foster yang memegang rekod dunia marathon (2:11:18) dari tahun 1974 hingga 1990. Di dalam bukunya – Tale of the Ancient Marathoner, Jack menulis “My method is roughly to have a day off racing for every mile I raced.”