Sepatutnya kita boleh berbual / bersembang ayat penuh semasa berlari
Contoh : Lari macam biasa tapi boleh ayat awek kat sebelah.
Sebab : Runners yang pernafasan dan jantung dia berdegup dalam zon aerobic boleh berbual dengan selesa. Sesiapa yang tak boleh berbual sambil lari, maksudnya dia tengah lari laju lebih dari biasa.
Kecuali : Dalam race, atau tengah lari pecut.
Aplikasi dalam hidup : Dalam hal yang kita biasa buat, kita patutnya boleh buat dengan tenang dan rileks, tanpa sesak nafas atau berdebar-debar. Malah sambil buat tu kita siap boleh bersembang.