Satu hashtag yang paling power dalam dunia

Saya baru balik dari Cameron Highlands percutian keluarga. Percutian ini adalah sempena untuk beristirehat selepas semua ahli keluarga letih berpulun untuk kerja kahwin adik bongsu saya. So, cadangan untuk ke Cameron Highlands adalah hasil politik saya yang bermatlamatkan agak serampang. Ini adalah kerana last trip transit tempoh hari dari Kuala Kangsar, saya gagal untuk bangun pagi dan lari di Cameron. So saya ingat kali ini saya nak cuba juga untuk bangun pagi dan keluar lari.

Kawen dah adik pompuan keh sorang. Selamatlah deme #anisxyana

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Pada hemat saya, last time ada 2 faktor saya gagal bangun pagi. Pertama, sebab letih baru race dan transit cuma satu hari. So tak cukup rest. Kedua pulak, cuaca pagi di Cameron Highlands adalah super-sejuk dan suhu bantal dan tilam berserta suasana, memainkan peranan dalam menggagalkan sesuatu misi. Anyway, boleh baca planning saya yang gagal tu disini :

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 11 – Smoke House Cameron Highlands, etc

So, kali kedua ini mungkin saya akan berjaya bangun pagi dan cuba keluar lari. Basically, badan saya bukan letih sebab baru lepas race, tapi mungkin letih sebab driving. Saya ingat, saya mesti boleh fully utilize 2 hari di Cameron ( Selasa dan Rabu) untuk lari. Malangnya saya lupa satu hal. Saya ada keletihan combo driving dimana saya dah drive almost 1400 KM untuk sampai ke episod penghujung ini. Kenapalah tak ada orang nak cipta kereta yang boleh jalan sendiri tanpa driver? Kan senang. Naik, tidur dan terus sampai.

Eh. Jap. Tesla dah buat. Ni video dia.

Tapi berapa rega kereta ni? USD68 K. Dalam RM300K. Hmmmm…. tengok jap video lain pulak.

OK, dah dah. Jangan nak berangan. Anyway, sambung balik.

So cubaan saya untuk bangun tidur pagi Selasa dan keluar lari GAGAL. Agak keletihan driving, maka pagi Selasa saya wasted dengan bangun tidur lewat. Tapi takpe. Sebab ada satu hari lagi iaitu hari Rabu. Cumanya, kalau Rabu pagi keluar lari, Rabu tengahhari nak balik KL pulak, so agak jackpot disitu. Mau tertido masa driving balik KL nanti. Tapi kalau gagal jugak lagi, nampaknya tahun depanlah saya cuba semula. Itu pun kalau ada masa. 

Malam Selasa tu pulak BBQ. Lepas BBQ ada kejohanan UNO keluarga. Bila main UNO sapa yang kalah kena pakai songkok. Kalah kali kedua berturut kena pakai selendang kat leher. Kalah kali ketiga berturut, kena duduk atas sejadah. So, imagine betapa banyak energy habis malam tu sebab ketawa. At the end, pukul 2 pagi baru tidur. 

Asap tidak bekerjasama

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Namun, oleh kerana mindset dah disetkan untuk bangun pagi, so 6:30 pagi saya terjaga.

6:30? Awal lagi. Baring sat. Tengok EL Lukh kat tepi tidur muka senyum. Sayang sikit mmm bau mentega. Tengah-tengah sayang tiba-tiba tertidur……

7:00 pagi. Terjaga balik. Ah. Baru pukul 7:00. Saya tengok isteri saya dah terjaga. Dia tanya saya. Kata nak keluar lari. Saya senyum sambil pejam mata. Saya tarik selimut dan menggulungkan badan macam udang. Sejukkkkkkkkkkk…… Bantal pulak… lembut…….Tiba-tiba suasana suam-suam cerah bertukar gelap entah kenapa.

7:30 pagi. Terjaga balik. Tapi kali ni isteri saya kejut. Saya macam adoiiiii nak baring kejap je ni. Kejap lagi saya bangun la bisik saya dalam hati. Isteri saya tak marah. Dia senyum. FYI, kami ada telepati so dia mesti boleh dengar apa yang saya cakap dalam hati. Dengan perlahan dan lembut, dia menghampiri saya lalu membisikkan sesuatu di telinga saya.

#Whenwasthelasttimeyoudidsomethingforthefirsttime

Mata saya terbuka luas tiba-tiba. Seolah-olah, ada satu kunci dalam diri saya yang telah dipulas. Daripada baring, saya terbangun. Saya kemudian lantas ke bilik air. Kencing, dan cuci muka. Gosok gigi, KIV. Dan beberapa ketika kemudian saya sudah siap untuk keluar berlari lengkap apparel running semua dengan kasut di kaki.

Udara sejuk diluar yang meniupkan angin, bukan lagi penghalang.

***

Saya ingat dalam hidup saya ini, sejak saya implement #Whenwasthelasttimeyoudidsomethingforthefirsttime, banyak perkara baru yang saya dah buat. Panjat gunung. Pergi camping air terjun. Lumba lari dengan LRT.  Pergi lari kat Australia. Lari tepi pantai. Masuk FM. Dan macam-macam lagilah. Agak positif. Sebab, banyak perkara baru yang saya belajar. Dan banyak pula pengajaran yang saya fahami.

So pagi Rabu tu adalah satu benda baru yang saya buat dimana saya tak pernah buat selama ini. Iaitu, lari waktu pagi di Cameron Highlands. Memang sebelum ni ada lari pagi, tapi di Cameron Highlands ni beza sikit sebab Cameron Highlands ni dulu kampung saya selain dari saya membesar disini sampai darjah 1. So, basically, saya tak pernah lari waktu pagi di kampung saya lagi, dimana kampung itu suhu dia 18 darjah celcius.

Apapun, terima kasih kepada isteri saya, sebab tahu kat mana nak trigger saya sampai saya sendiri tak boleh nak deny lagi dan terpaksa lawan nafsu pemalas dalam diri. Saya akan tulis kisah larian pagi ini dalam next posting. Asalnya nak lari area Tanah Rata je tapi entah macam mana boleh sampai ke Brinchang.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *