Saya kembali.

screen-shot-2016-11-04-at-6-35-10-pm

Maaflah saya hilang lama. Kalau ikut Strava, saya hilang 31 hari. Umur nak naik 40 tahun ni banyak ujian dan cabarannya. Di kala zaman minyak masak naik, berniaga sendiri memang rasa macam nak beli minyak tanah dan simbah dekat bank. Biar padan muka semua orang langsung kita hidup dalam masyarakat tidak perlukan wang.

Boleh dikatakan dalam sela masa 31 hari ini macam-macam musibah menimpa. Kalau saya jumlahkan semua, saya rasa ada dalam 200K + 250K + 60K + 100K + 100K + 30K. So total dekat nak RM740K. Tak sikit sangatkan?

So dalam masa 31 hari, kalau hilang RM740K, mungkin adalah lebih baik seseorang beli minyak tanah dan simbah dekat diri sendiri instead of dekat bank.

Tapi, pelajaran yang paling bermakna untuk saat ini saya rasa memang sangat mahal. Yelah. Bukan seribu dua. Hingga pada satu hari saya duduk termenung bermeditasi, lalu diri saya berkata begini kepada saya.

“Value seseorang, bukan pada duit.”
“Habis, pada apa?”
“Pada apa yang dia Percaya”

Saya lalu bangun dan masuk ke dalam bilik air rumah saya. Lalu saya melihat cermin. Di dalam cermin itu, saya melihat AKU.

***

Baru sebentar tadi En.Remin whatsapp saya. Agaknya sebab lama dia tak nampak saya di Strava, timbul rasa concern. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada dia. Kerana, dia telah mengingatkan kembali rutin saya yang semakin berkubur.

Dia beritahu saya yang dia dah capai 1000KM this year dan saya baru teringat saya rasanya baru 500 ++. Separuh jumlah jarak dari dia. Memang betul larian bukan tentang perlumbaan atau siapa sampai dulu siapa sampai lambat. Cuma dengan adanya member se-larian, dia boleh ingatkan kita semula untuk ingat semula apa target kita tahun ini. Itu sebenarnya.

500k
Saya ingat, nak pergi Disember, ada lebih kurang 60 – 5 hari, iaitu 55 hari. Dan nak lari lagi 500 KM dalam masa 55 hari. HELL YAHHH!!!

Saya lalu katakan kepada En. Remin agar pergi menonton Dr.Strange. Sebab dalam movie itu ada satu scene dimana Dr. Strange dah mencapai OBE (Out Body Experience) maka dia study atau baca buku masa tidur. Ruh dia keluar buat keja tapi jasad kaku berehat.

Bayangkan kalau saya boleh capai hikmat OBE ini sekarang so waktu tidur saya akan keluar untuk training. Kalau masa OBE saya lari 5KM, masa realiti saya lari another 5KM, by end of this year, 999KM tidak menjadi masalah.

Itu kalaulah. Tapi OBE ini bukan macam pergi 7-11, then beli rokok, keluar hisap. Sebab kalau senang nak OBE, semua orang pun produktiviti dia menggunung mencanak dan Malaysia akan menjadi negara maju dari dunia ke3 naik ke dunia 0. Bukan dunia pertama lagi dah.

OK. Ada banyak benda nak kena buat. Hidup mesti mau ke depan. Nak OBE tak boleh lagi, so apa yang penting, esok –

Keluar lari.

Walaupun 500 K tu nampak agak Rajinikanth tapi tengoklah.

Rajinikanth once raced with Light. Light came third. Rajini’s shadow was second.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *