Sea Games 2017 : Acara Marathon

Masa tengah lepak-lepak kat rumah, saya kata kat isteri saya, “rasa kali ni macam nak pergi tengok SEA Games la…. pergi stadium betul-betul”

Isteri saya kata,”molek jugak”.

Now, saya cakap kat dia seronok kalau tengok 100M bagai tapi kalau dapat tengok aquatic diving pun best jugak. Tiba-tiba, isteri saya menjeling dengan muka suspicious.

Nama atlit dalam apps

Ini update khas untuk acara Marathon (dan acara lain)

Sebelum ni saya ada print screen untuk wakil Malaysia marathon. Rasanya nama Edan tu. Tapi bila saya tengok tarikh nama atlit tu macam dah lama dan tak update. Bila saya call En. Remin, dia bagitau yang Edan tak wakil Malaysia pun. Dia tahu melalui Facebook. Ye lah, saya dah lama resign Facebook (personal) tu yang tak follow berita semasa.

Semalam saya buka apps Sukan SEA. Ada satu bahagian dah hidup lagi iaitu bahagian Atlit. So sekarang kita boleh cari atlit berdasarkan negara, dan acara.

Untuk tengok Marathon, select Malaysia > select Athletics

Senarai nama keluar, malangnya tak ada tulis detail atlit tu acara apa. So nak kena tau jugak lah atlit tu secara personal.

By the way, untuk Marathon, yang wakil Malaysia adalah saudara Muhaizar dan saudara Tan Huong Leong, manakala tidak ada peserta wanita kerana tidak ada atlit yang memenuhi qualification lagi.

IMG_0786

IMG_0787

Melalui carian google saya, rupanya ada berita di portal jomkitalari.com. Boleh pi sana tengok untuk detail.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *