Sea Games 2017 : Apa yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh support?

b1488641490.05836

Tak lama lagi SEA Games 2017. Saya ingat sebagai rakyat Malaysia, walaupun bukan bersukan sangat pun mesti kita ada cara bagaimana nak support Sea Games yang akan diadakan di KL ini. So dibawah ini saya tuliskan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh buat untuk support Sea Games yang ke 29 ini. Saya akan tulis dan rank kan dari level yang paling malas sampai ke level yang paling hardcore.

1. Ambil peduli tentang basic info pasal SEA GAMES 2017.

Paling bangang sekalilah, kalau tak nak tengok SEA GAMES ni takpe sebab bukan wajib pun cuma sunat. So at least kena tau apa yang sedang berlaku kat KL. Mana tau masa kita tengah jalan – jalan sekali ada pelancong tumpang tanya kat kita. Bila SEA GAMES kat KL ni nak start. Kalau tak tau nampak sangat bodoh dan tak berpengetahuan semasa. So ini info paling basic yang nak kena tahu tentang SEA GAMES 2017.

Nama : KUALA LUMPUR 2017
Sukan SEA yang ke : 29
Tarikh : 19 – 30 Ogos 2017
Tema Sukan Sea : Rising Together / Bangkit Bersama
Jumlah atlit : 800
Logo :

img-about-logo

Maskot : RIMAU

img-about-rimau

Ini ada video pasal RIMAU. KJ sendiri pun pernah mengRIMAU.

Lain-lain,
– Malaysia menganjurkan sukan ini pada kali ke 6
– Kemuncak tarikh sukan itu, esoknya adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60
– Last sekali Malaysia anjurkan Sukan SEA adalah 16 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2001. Dulu-dulu Malaysia host tahun 1965, 1971, 1977.

2. Mengetahui WAU Factor sebagai citizen Malaysia sempena Sukan SEA

Ada satu ni peluang untuk anda menunjukkan bakat atau WAU factor anda. Ikut kreativiti anda nak buat apa, magic ke joget pakai jari ke. Anda boleh hantar video dan kalau gila WAU, anda boleh menang hadiah telefon atau go pro.

Screen Shot 2017-08-04 at 6.32.12 PM

Boleh tengok youtube detail disini : https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=DtGvL2MSkPg

Pada pendapat saya sebenarnya apa yang penting adalah bukan anda nak show off sangat WAU factor anda tu tapi kesedaran bahawa setiap daripada kita mempunyai bakat tersendiri dan menggunakan bakat ini kepada kebaikan negara. Itu mesej utama kempen WAU factor ini. So kalau semua orang sedar kebolehan sendiri dan menggunakan kebolehan ini untuk negara, hasilnya negara akan menjadi maju dan lebih baik dari hari semalam.

3. Mengetahui mana nak follow Sukan SEA punya news, updates atau highlights.

OK. Dah tau basic info, next adalah nak tau channel mana yang nak follow untuk mengikuti perkembangan SEA GAMES ini. Matlamat step ini yang paling ultimate nak tahu sama ada Malaysia jadi juara atau tak jadi juara selain dari nak follow certain acara yang tertentu mengikut minat kesukanan anda.

Paling Official untuk info web bagai : https://www.kualalumpur2017.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/kualalumpur2017/
Twitter : https://twitter.com/kl2017/
Instagram : https://www.instagram.com/kualalumpur2017/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCLEwl4YV5KFinhH0cNK0Zpw

Selain itu, boleh juga download official apps di sini :

iOS
Android

Apa yang boleh anda buat dengan apps ini adalah follow updates, beli tiket dan tengok live streaming masa kat ofis. Tapi make sure tak kantoi dengan boss dan kalau tengok acara papan terjun jangan lupa ajak member.

20543877_1950058251933620_8011935762519442944_o

4. Mengguna dan mengetahui # – # yang berkaitan Sukan SEA

Zaman media sosial ini tak sah kalau tak ada #. Banyak gunanya # ni contohnya tengah jalan-jalan tetiba jumpa atlit negara Lee Chong Wei, so boleh selfie dan letak #. So nak kena tau juga # apa yang nak guna sebab kalau letak #sayadanleechongweikacak, macam tak berapa ada fungsi # tu sebab kau sorang yang tahu. So # kena universal dan yang official. Untuk Sukan SEA, # adalah :

#KL2017
#SUKANSEA2017
#BANGKITBERSAMA
#NEGARAKU

Screen Shot 2017-08-04 at 4.17.44 PM

5. Menjadi penonton dengan follow acara sukan SEA secara live atau secara ulangan

Ada 3 kategori acara berkaitan dengan hal nak jadi penonton. Pertama, acara pembukaan Sukan SEA dimana opening ceremony. Kedua adalah acara-acara sukan yang berlangsung semasa Sukan SEA dan ketiga adalah acara penutup.

Acara Pembukaan

Tarikh : 19 Aug, Sabtu
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil

Acara Penutup

Tarikh : 30 Aug, Khamis
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil

Acara Sukan & Jadual
Ok. Ni dah level up sikit. Sebelum ni adalah usaha yang secara general now dah masuk level specific. Bagi yang nak follow acara sukan SEA depan mata, pertama nak kena tahu jadual sukan SEA tu dulu. So jadual boleh tengok kat sini.

Untuk jadual lebih detail, klik kat RIMAU tu tengok dia main apa. Jadual dalam bentuk PDF, mengikut acara. Dibawah ni screenshot. Contoh nak cari Marathon, klik pada Athletics, then PDF keluar, search “Marathon”

Screen Shot 2017-08-04 at 4.28.22 PM

Screen Shot 2017-08-04 at 4.30.30 PM

Setakat hari ni, kita tak boleh search pakai acara dari web terus sebab jadual dia bukan dalam bentuk database system. Dan tak boleh search nama atlit, kemudian keluar bila atlit ni beraksi. Agak mengecewakanlah dalam zaman IT Multimedia ni.

Digital Stadium
website_digitalstadium_EN

Dekat web rasmi ada link digital Stadium. So boleh follow juga kat sini klip-klip Sukan SEA. Link disini : https://www.kualalumpur2017.com.my/media-digitalstadium.cshtml

TV / Online Stream

Now, bila dah tahu jadual, tak semestinya semua acara tu ada dalam TV. Sama ada tengok kat youtube, atau tv lokal seperti astro arena, rtm dan tv3.

Untuk Astro Arena, boleh tengok sini : http://www.stadiumastro.com/kl2017
Untuk RTM, jadual , boleh tengok jadual di sini : http://epg.rtm.gov.my/
Untuk tengok live TV, http://www.tontonlive.com/p/malaysia-live-stream.html

Live Streaming

Kalau nak tengok live streaming takat ni rasanya takda cara lain melainkan tengok kat TV yang ada live, atau tengok kat apps official yang saya dah letak link kat atas tadi tapi setakat ni dalam apps dia belum ada live stream channel lagi kecuali youtube channel. Of course la sukan mana mula lagi.

Pergi Stadium

Boleh pergi stadium atau lokasi acara. Ada yang free ada yang kena beli tiket. Tiket boleh beli kat sini :  https://www.kualalumpur2017.com.my/tickets-outlet.cshtml

Ini adalah listing tempat nak beli tiket, namun ada sedikit kecewa sebab tak boleh beli tiket tu online terus. Harap by the time sukan nak on, rakyat boleh klik dan beli tiket terus. Dalam apps pun tak boleh beli lagi sebab dia cuma linkkan pada page jadual.


Update 8.07.2017 : Dah boleh beli tiket dari dalam apps.

Screen Shot 2017-08-04 at 5.51.47 PM

Namun begitu, tiket telah mula dijual sejak 14 Julai 2017. Boleh juga beli tiket onsite dimana tempat acara berlangsung. Kalau nak tau lagi pasal detail tiket, boleh baca sini :

http://kualalumpur2017.com.my/bm/tickets-faq.cshtml

Untuk yang tak pernah tau atau tak reti nak naik tren LRT MRT bagai (macam saya) so kita boleh amik peluang untuk cuba naik tren LRT MRT bagai untuk ke Stadium atau lokasi acara sukan. First of course kena tahu nak pegi mana, kedua nak kena tahu cara nak pegi tu naik tren mana.

Terima kasih kepada SPAD sebab dah sediakan guide yang mudah ni. Guide ni bagus sebab ada tarikh dan acara sukan apa, serta macam mana nak pegi sana naik pengangkutan awam. Terima kasih kepada @trafik_KL atas info yang sangat membantu ini. Take note yang page IG bawah ni ada 2 – 3 page lagi dan anda boleh mouseover atas gambar dan klik next page pada button next.

Guide secara am boleh tengok kat web rasmi di : http://www.kualalumpur2017.com.my/cityguide-gettingherearound.cshtml )

6. Menjadi sukarelawan Sukan SEA

Screen Shot 2017-08-04 at 5.58.48 PM

Yang ni rasa macam dah tutup Sebab nak jadi volunteer ni rasanya dah lama dah patut sign up. Mestilah dah ada training bagai. Tapi takpe, maybe Sukan SEA akan datang at least saya tulis juga buat yang bercita-cita nak jadi volunteer untuk Sukan SEA lagi 16 tahun kedepan.

Buat yang dah apply tapi nak tau status boleh check di sini : http://gms.kualalumpur2017.com.my/hr2017/bm/checkvr00.aspx

Screen Shot 2017-08-04 at 4.58.08 PM

Lain lain info pasal sukarelawan :

Jumlah yang diperlukan : 13,000 orang
Tarikh tutup application : 28 Februari 2017
Kalau nak cuba nasib last minute : https://goo.gl/forms/DVzzF2UF9l2TDP6l1
Tangible item yang dapat menjadi sukarelawan : pakaian rasmi, makan minum, perlindungan insurans dan sijil penghargaan
Detail pasal sukarelawan : http://kualalumpur2017.com.my/bm/getinvolved-volunteerfaq.cshtml

7. Menjadi penyokong tegar kontigen Malaysia

Oleh kerana dah tak sempat nak jadi volunteer, boleh juga menjadi penyokong tegar team Malaysia secara official. Setakat artikel ini ditulis, seramai 1,201,813 rakyat Malaysia telah mendaftar.

Screen Shot 2017-08-04 at 5.30.17 PM

Team Malaysia ini adalah initiatif TM. TM, Team Malaysia, TM, Telekom Malaysia…. Saya mesti sokong TM sebab dulu TM bagi scholar kat saya nak belajar. Hidup TM!!!

Boleh tengok sini : http://teammalaysia.my/
Atau daftar terus sini : http://teammalaysia.my/registration/index.php

Screen Shot 2017-08-04 at 5.10.37 PM

Ada specific # untuk team Malaysia iaitu :

#KamiTeamMalaysia
#BangkitBersama
#SemangatNegaraku
#Negaraku

8. Membeli merchandise Sukan SEA 2017

Satu lagi cara nak support adalah dengan membeli merchandise Sukan SEA. Boleh beli secara online paling mudah. Ada juga saya baca yang merchandise ada dijual di venue-venue tertentu. Nanti ada detail saya update.

Anyway, apa merchandise yang ada adalah majoriti t-shirt. Kemudian pin-pin, gelang tangan, stationary, beg, tudung dan beberapa merchandise ekslusif seperti replika baton dan lain-lain.

Screen Shot 2017-08-04 at 6.58.18 PM

Kalau anda nak beli RIMAU tu sendiri, so setakat ni yang paling hampir adalah figurine seperti dibawah ini. Mainan rimau macam action figure saya tak ada jumpa lagi. Kalau ada cam tu yang material dia macam mainan boboboi memang cun dan chara. Satu lagi kalau nak beli replika medal, tak ada.

Screen Shot 2017-08-04 at 7.01.57 PM

Boleh beli di online store sini, ini adalah official merchandise: http://www.fmstore.com.my/

Tapi yang Team Malaysia macam KJ pakai ada kat store yang sama. Tak sama sebiji tapi ala-ala la. Yang KJ pakai oren bawah. Yang merchandise hitam bawah. Tapi elemen rimau punya belang tu ada jugak lah.

Screen Shot 2017-08-04 at 7.05.41 PM

Screen Shot 2017-08-04 at 7.06.17 PM

Ada satu lagi yang saya suka design dia. Yang ni bawah kategori TN50. Typo dia cun.

Screen Shot 2017-08-04 at 7.08.17 PM

FullSizeRender 8

Update 8.07.2017 : Boleh beli merchandise dari team malaysia web. Ada patung rimau.
http://teammalaysia.my/kl2017/merchandise.html

9. Menyertai larian Obor Sukan Sea 2017

Selain menjadi penonton, membeli merchandise, dan mengambil gambar serta meletakkan #, ada lagi satu opportunity untuk Sukan SEA ni. Join larian obor Sukan SEA.
Screen Shot 2017-08-04 at 6.10.06 PM

Pertama sekali nak kena tau apa benda larian obor ni. Larian obor adalah larian membawa obor Sukan Sea pada cehckpoint tertentu di daerah tertentu di negeri tertentu. Larian ini telah diadakan berperingkat-peringkat di setiap negeri. Berikut adalah jadual mengikut negeri, basically semua negeri dah, yang tinggal last adalah KL sahaja.

Screen Shot 2017-08-04 at 6.07.00 PM

Larian ini ada 2 benda. Pertama official runner yang pegang obor. Ini ada satu team. Depa akan lari dan passing-pasing obor sesama sendiri. Kedua rakyat Malaysia yang nk join lari sama. basically nak kena apply tapi tarikh tutup 21 April, dah tak sempat pun. Tapi kalau anda semangat gila nak join jugak saya ingat pergi je tunggu kat tepi jalan dan join terus. Takkan kena tangkap pulak kut. Namun perlu diingatkan, ini adalah larian santai. Bukan larian race. Jangan nak buat scene melebihi dari kumpulan team larian obor. Ada yang kena bakar dengan obor pulak.

Matlamat larian obor adalah membawa obor ke opening ceremony dan nyalakan obor di sana sebagai tanda mula Sea games. Obor akan menyala sampai Sea games tamat.

Satu lagi hal. Walaupun anda lari dan tak dapat nak pegang obor yang betul tu, anda boleh download obor dan bawak obor kertas ini masa hari larian. Nama dia OBORAMI. Kreatif kan.

Download obor disini : http://www.kualalumpur2017.com.my/pdf/KL2017_Paper_Torch.pdf

Untuk maklumat lanjut pasal larian obor, baca sini.

https://www.kualalumpur2017.com.my/bm/ceremonies-torchrun.cshtml

Untuk maklumat larian obor di KL, boleh layan IG dibawah.

10. Mengenali Atlit Negara

Ok. Sebelum last, saya ingat adalah kita kenalah kenal siapa atlit negara kita yang nak harumkan nama Malaysia ni. Depa semua ni training macam gila nak make sure Malaysia champion so kita kena tahu la siapa depa ni. Sebab kalau suruh senaraikan 10 atlit negara Malaysia, silap-silap mau 2 je yang kita tau iaitu Lee Chong Wei ngan Nicole David. Cam saya ada tambah satu lagi. Leong Mun Yee.

Tapi bukanlah menjadi kewajipan untuk kita tau setiap atlit tu sapa. Gila la nama dia. ada 700 – 800 orang. Boleh hafal? So at list, kita amik tau ikut kategori.

Pertama yang paling premium level atlit. Cam Chong Wei, Pandelela Rinong… Nicole.
Kedua, sukan yang anda suka. Misalnya saya suka Marathon. So kena la tahu sapa yang masuk Marathon untuk Sea Games ini.

Ok, now kat mana nak tengok list atlit negara ni. Ada profile tak?

So first boleh tengok kat sini, tapi macam tak full : http://teammalaysia.my/athletes

Screen Shot 2017-08-04 at 7.21.27 PM

No 2, boleh tengok di website : http://kitajuara.nsc.gov.my/KitaJuara2017/senarai-sukan/

Klik pada sukan mana, dan senarai nama atlit akan keluar. Contohnya klik Olahraga, then list nama akan keluar. Untuk Marathon, ini adalah wakilnya.

Screen Shot 2017-08-04 at 7.24.55 PM

Kalau malas nak klik-klik, nak tengok dalam satu senarai, boleh tengok sini (take note maybe akan update kendian ):

http://kitajuara.nsc.gov.my/KitaJuara2017/wp-content/uploads/2016/12/SENARAI-ATLET-KJ-2017-FASA-II-2dis2016.pdf


Update 8.07.2017 : Dah boleh tengook detail atlit dari dalam apps

Update 8.07.2017 : Boleh follow IG team Malaysia untuk gegambar atlit. https://www.instagram.com/teammsia/

Selain daripada itu, di Youtube rasmi Sukan SEA ada channel promo atlit. Ini channel dia :

Tapi jangan lupa. Ketua Kontigen negara kita mesti mau tau iaitu Datuk Marina Chin. Runner tau tak.

Marina

11. Akhir, berdoa untuk Malaysia

Last sekali support yang paling mudah dan simple, tapi memerlukan keikhlasan dan keimanan serta positive vibes yang tinggi. BERDOA.

Berdoa ni bukan takat doa agar Malaysia champion, tapi berdoa juga akan keselamatan para atlit, para sukarelawan, para pegawai, paramedik, dan para-para lain yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan Sukan SEA ini. Termasuk juga doa untuk keselamatan makcik-makcik yang jual kuih tepi jalan sempena Sukan SEA mahupun menteri kita KJ.

Doalah yang baik-baik dan berdoa tu mesti mau beyond. Jangan sebabkan kita orang islam so doa kita untuk orang islam je. Kita mesti mau doa untuk semua. Tak kira islam buddha hindu mahupun atheis sekali pun, doa adalah dari SATU untuk SEMUA, agar yang SATU merahmati SEMUA.

Nak doa macam mana? Ikut suka hati andalah, dalam bahasa apa pun yang penting anda faham apa yang anda doa.

***
So Saya ingat itu sahaja kut so kalau anda ada idea atau source baru yang berkaitan, boleh bagitau saya dan saya update di artikel ini. Apapun semoga Malaysia menjadi juara. Agak manis kalau kita champion sebab last day Sukan SEA tu esok dia adalah hari merdeka. Countdown lagi 14 hari to SEA GAMES.

ALL THE BEST TO MALAYSIA,
From Malaysian, For Malaysian.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *