Sea Games 2017 : Lagu official dan lain-lain lagu semangat

Biasa Sukan mesti mau ada lagu. Masa saya kecik dulu lagu Ella Standing in the Eyes of the World – sukan komanwel tahun 1998.

Untuk Sukan SEA, lagu official adalah “Tunjuk Belang”. Lagu ini dinyanyikan oleh MonoloQue, Lan dan Malique. Ini video dia.

Ini lirik penuh lagu tersebut.

[VERSE]
Jangan gentar!
Jangan sesekali menyerah kalah,
Jangan takut!
Selagi nyawa di kandung badan,
Ayuh lawan! Kita lawan
Sampai titisan darah
Yang terakhir,
Belum berakhir..
Semangatku takkan luntur,
Selagiku belum uzur…

[CHORUS]
Bangkit bersama sama,
Bersama takluk dunia…
Bangkit bersama sama,
Bersama bertarung nyawa..

Kita juara!
Kita semua juara… Bangkit bersama sama, Bersama takluk dunia..

[CODA]
Bangkitlah!
Bangkit bersama sama!

[MALIQUE VERSE 1]
Di kala gemuruh nusa mengantisipasi
Kemenangan hanya dibatas imaginasi
Arena bergema, semangat dibakar
Mahkota diburu, sejarah dilakar
Harapan disandar, amanahnya digandar
Seteru dihantar, didamparnya terlantar
Senjatanya dah digilapkan
Tak punya ruang ‘tuk kesilapan
Demi seinci biarkan diri bermandi darah
Demi sedetik jangan biarkan emas dijarah
Dan demi tiga puluh dua juta roh bertaruh
Ayuh kitalah sang pewaris salasilah jaguh
Jika tersungkur rasa kecil, bangkit bagai gergasi
Telinga dengar boleh, di hati kata pasti
Perit payah ditanggung tekad dan ikhtiar
Air mata ditampung sehingga bendera berkibar
Ya ayuh bangkit

[BRIDGE]
Biar putih tulang, jangan putih mata
Ayuh bangkitlah bersama sama
Slagi Nyawa di kandung badan!
Ayuh lawan ! Kita lawan !

Biar mati tewas tersingkir,
Shingga titisan darah terakhir,
Slagi Nyawa di kandung badan,
Ayuh lawan ! Kita lawan !

(MALIQUE VERSE OUTRO)
Rombongannya gah berarakkan panji
Sepuluh kesemuanya jagoan bertandang
Senyuman diumpankan, bencana dijanji
Tunjukkan siapa tuan empunya gelanggang
Selagi ada belang, selagi bernadi
Ngauman dilaungkan, taringnya dilaram
Di puncak singgahsana mahkota menanti
Mereka bersemadi, kita bersemayam

***
Lagu ini masih baru dan masih belum ada di Spotify. So yang dengar lagu pasal Spotify takleh nak nyanyi lagu ni dalam keta melainkan main dari youtube atau pun cari MP3 macam zaman dulukala.

Screen Shot 2017-08-04 at 10.15.04 PM

But anyway, ada lagi lagu lain yang saya rasa bakal dimainkan masa Sukan SEA ini. Ini bukan lagu official la tapi. Pertama of course, lagu Negaraku yang Faizal Tahir nyanyi tu. Lagu ni memang favourite dan naik bulu roma.

Satu lagi adalah lagu “Bangun” oleh Fazura. Saya ada whatapp dengan Ghaz yang buat video clip lagu ni tanya lagu ni official Sukan Sea ke. Ghaz kata tak. Tapi label dia nak promote jugak la sempena Sukan Sea. Alang-alang.

Lagu “Bangun” Fazura ni kalau nak cari official video klip belum ada di Youtube sebab Ghaz tengah buat, tapi dah boleh dengar di Spotify. Mood lagu bangun ni cam nak pakai baju gimrama pas tu main lambung bola atau pusing-pusing tali. Kalau isteri saya pasang lagu ni masa saya tidur nak suh bangun jawabnya saya sambung tidur sampai petang.

Screen Shot 2017-08-04 at 10.21.55 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *