Sea Games 2017 : Satu malam di Stadium Bukit Jalil bersama Khairul Hafiz Jantan

Screen Shot 2017-08-23 at 4.32.27 PM
Gambar dari Berita Harian

Semalam saya ada meeting dengan Lejen Press, publisher buku yang giat menerbitkan novel-novel remaja alaf ini. Saya jumpa Aisa, founder Lejen Press untuk discuss sesuatu. Doakan kerjasama kami berjalan lancar dan cemerlang gemilang terbilang.

Balik dari meeting, saya call isteri saya untuk suh depa bersiap. Pukul 7 nak pergi Stadium Bukit Jalil nak tengok 100m final. Isteri saya cepat-cepat siapkan EL. By pukul 7:45 kami dah ada di Stesen train Bandar Kinrara 5. EL sekarang dah 2 tahun. Dulu masa naik tren kat tokyo dia macam tak berapa nak aware. Sekarang dah besar sikit bila nampak tren dia dah pandai tunjuk. So bila malam tadi masuk dalam tren, muka EL agak kelakar jugak. Mungkin dia fikir dia naik dalam ulat gonggok yang besar.

muka tak pernah naik tren #bangkitbersama #risingtogether #kualalumpur2017

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Masa nak naik tren tu pun bangang jugak. Saya swipe tempat lain, masuk tempat lain. Last sekali tak boleh masuk sebab dah swipe 2-3 kali palang tu tak terbuka sampai error. Polis stesen ( hmm cam police station) datang dengan muka bengang bagitau saya “cuba tengok anak panah bawah tu dia tunjuk kat mana”. Menyedar akan kebangangan saya, lalu saya berkata, “Sorry bro, saya ni first time nak naik tren sebelum ni tak pernah, nak pergi Sea Games ni”. Basically serius saya tak perasan arrow tu dan yelah, satu tahun pun saya naik tren tak sampai 2 kali agaknya. Satu lagi mungkin sebab trensited nak bawak EL naik tren.

Daripada Bandar Kinrara 5 menuju ke Bukit Jalil, saya ingat perjalanan tak lama mana pun tapi tak juga kejap mana. Ada 6 stesen semuanya. Bila sampai, turun bawah, tengok-tengok Stesen Bukit Jalil tema dia padang balapan. Agak cantik juga. Genius sapa yang buat ni. Bukan apa, dia bagi feel yang kita semua ni atlit negara walaupun datang hanya sebagai penyokong. Keluar dari stesen terus menuju ke stadium.

IMG_1549

On the way ke stadium, ada banyak food truck. Bila lalu situ saya fikir bagus ada Sukan Sea ni. Boleh orang lain meniaga dan buat untung. Oleh sebab tak sempat makan malam, saya minta isteri saya beli makanan. Dia beli ayam goreng 2 ketul dan air 3 botol.

Saya tanya kenapa sampai 3? Dia kata nanti nak jerit sorak takut tekak kering. Saya tiada respond.

Bila sampai ke pintu stadium, saya lihat ramai orang beratur. Dia punya beratur ni lebih panjang dari tren yang kami naik tadi. Saya macam confuse sebab rasanya tiket tak payah beli dan masuk adalah percuma. Bila saya renung-renungkan dan selamat beramal, saya dapati yang pemberaturan ini adalah disebabkan security check. Kami pun masuk beratur mencari ekor yang paling belakang. Punya jauh. Rasa macam jalan ke Seremban.

Sambil-sambil beratur tu ada polis lalu (kali ini saya gelarkan polis stadium). Polis stadium, berjalan sambil membuat pengumuman, makanan dan air tak boleh bawa masuk. Sejurus terdengar, saya lihat muka isteri saya “lega”. Mungkin dalam pemikiran dia, isteri saya sedang bayangkan bagaimana nak habiskan 3 botol air tadi.

Saya lalu katakan kepada dia, “Baik kita makan sekarang.” Lalu isteri saya mengeluarkan ayam goreng yang sedap tu lalu kami makan 3 beranak. Menjelang masuk pintu stadium, ayam masih tidak habis sebab EL makan secara romantik candle light dinner. Maka terpaksalah kami ketepi dan memberi laluan kepada orang lain untuk masuk dulu.

Seketika polis stadium datang semula. Isteri saya tanya, “Air baby botol susu dia boleh bawa masuk tak?” Dia kata itu boleh.

Selesai makan, kami masuk line que semula. Sampai bawah gate pengesan bom dan barang-barang bahaya seperti machine gun dan meriam bazooka, polis stadium lelaki disitu berkata kepada saya, “Bawak baby tak payah lalu bawah ni, Encik lalu tepi”.

Saya macam… hmmm….

Kami masuk kedalam dan naik ke atas stadium dan cari spot paling sesuai untuk menonton 100m.

IMG_1484

Ini adalah kali pertama EL dibawa ke stadium. Saya terfikir apa agaknya yang ada dalam kepala dia bila tengok orang ramai gila.

stadium-bukit-jalil

Kami kemudian duduk di bahagian atas untuk mendapatkan view yang cukup. Sementara menunggu acara 100M, ada beberapa acara lain seperti 800M, lompat tinggi, melontar lembing dan lontar peluru. Dibawah ini adalah detail acara untuk malam tadi.

IMG_1505

Sementara menunggu acara, EL memang tak boleh duduk diam. Kejap panjat atas saya. Kejap panjat atas ibu dia. Kejap dia tersepak kepala bro kat depan. Kejap nak baring atas saya. Macam-macam hal dia buat. Nasib baik saya ini jenis yang sabar. Kalau kurang sabar, saya dah lontar EL macam lontar peluru. Tiba-tiba EL cakap “Star” sambil menunjuk sesuatu. Saya berpaling dan melihat ini. Hasrat untuk melontar EL bagaikan peluru hilang serta merta.

IMG_1517

Saya dan isteri ketawa. Di bawah, sedang berlangsung penyampaian medal untuk atlit perempuan. Acara apa, saya tak ingat.  Lately memang di rumah isteri saya ajar dia tentang shape. Circle, square apa bala. Asal ada benda bulat dia akan tunjuk-tunjuk. Kali ini nampaknya dah upgrade.

IMG_1510
Bila letih, EL isi minyak

Di stadium ini selain daripada tengok secara live pandangan semut, ada 2 skrin besar kiri dan kanan yang membantu visual penonton lebih jelas dan cemerlang. Video tayangan skrin adalah dari kamera yang ambil live para atlit, selain satu lagi adalah skrin untuk poster atau clip pendek.

Ada satu masa, lagu KRU dimainkan dan lagu ini tajuknya “Demi Negara”. Masa saya tulis pasal lagu Sukan Sea last few week, saya tak jumpa pun video ini. Namun bila saya google lanjut, lagu ini adalah lagu untuk sukan sea 28 last time.

Akhirnya acara yang ditunggu telah tiba. Mula-mula, 100M perempuan. Sebaik sahaja acara hendak dimulakan, kelihatan Rimau di skrin besar kiri menyuruh semua penonton senyap. “Syyyyyyyyyyyyy”. Ini adalah video untuk 100M perempuan malam tadi.

Untuk 100 M perempuan, pelari kita hanya berjaya raih Perak manakala Emas dibawa pulang Vietnam. Ini result detail.

Gold – Le Tu Chinh (VIE) 11.56
Silver – Husniah Bt Zulkifli (MAS) 11.74
Bronze – P Veronica Shanti (SGP) 11.76

Next, adalah acara kemuncak. 100 M lelaki. Kalau ikut kertas, Malaysia yang diwakili oleh Hafiz Jantan memang potensi emas. Pencabar terdekat dari Philippines agak jauh beberapa saat.

Ketika line up para speedster, saya sangat terhibur dengan aksi-aksi para speedster apabila camera mula fokus pada masing-masing untuk memperkenalkan diri memanggil nama. Ada macam-macam gaya yang depa buat, ada yang dari bawah, ada yang dari belakang toleh depan, ada yang tunjuk-tunjuk, ada kenyit mata, tapi apa pun memang menghiburkan. Paling win memang Hafiz Jantan. Ketawa saya tengok gaya dia.

IMG_1528

Ketika acara nak dimulakan, penonton mula berdiri. Maka saya pun kenalah berdiri sebab kalau duduk, memang tak nampak. Penyokong mula bersorak-sorak. Ada yang menjerit Malaysia Boleh berulang kali. Kelihatan Rimau penenang, mula muncul lagi di skrin. Rimau pun berkata, “Syyyyyyyyyyyy”

Seluruh stadium, menumpukan perhatian kepada Hafiz Jantan. Kedengaran suara On your mark pun bermula…..

Dalam masa 10:38 saat, Hafiz manjadi juara. Semuanya berlaku secara mendadak dan sangat cepat dalam lambat. Kira saya di stadium tu menoleh rasa macam slow dah tapi Hafiz pergi memang laju gila. Mungkin sambil toleh baru sempat kelip mata 2 – 3 kali sedar-sedar dah habis dah. Ini adalah keputusan penuh.

Gold – Khairul Hafiz B J (MAS) 10.38
Silver – Eric Shauwn Cray (PHI) 10.43
Silver – Kritsada Namsuwun (THA) 10.43

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Atlet negara, Khairul Hafiz Jantan (kiri) ketika beraksi dalam acara balapan akhir 100 meter lelaki pada Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Turut kelihatan Atlet Filipina, Eric Shaun Cray (kanan). Khairul Hafiz Jantan menang dengan catatan masa 10.38. --fotoBERNAMA (DIGI) HAKCIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Aug 22 -- National sprinter Khairul Hafiz Jantan (left) leaves behind Eric Shaun Cray of the Philippines (right) in the 100 meter finals at Stadium Nasional Bukit Jalil, here, tonight. Khairul Hafiz Jantan clocked 10.38 to win the gold. --fotoBERNAMA (DIGI) COPYRIGHT RESERVED

Ini pula acara penyampaian hadiah. PM Najib sempat selfie lagi tu. Semasa lagu negaraku berkumandang, feel dia memang lain macam sikit. Tak boleh nak describe dengan tulisan atau kata-kata kecuali anda kena berada di tempat kejadian. Tengok dalam youtube atau tv pun tak sama.

Apapun tahniah Hafiz Jantan atas kemenangan anda. Anda baru berumur 19 tahun dan sememangnya jalan untuk kehadapan anda adalah jalan lurus.

***

Kami kemudian bergegas balik. Perut dah macam lapar gila dan saya terbayang lauk-lauk masakan isteri saya sedang menanti di rumah. Apapun pengalaman menonton larian di sukan sangat lain dari menonton di TV. Ada semacam satu adrenalin yang kuat macam nak meletup dari dada kita bila kita jerit dan bersorak untuk negara. Lebih manis lagi bila kita pulak yang menang, memang happy gila.

Berada dalam suasana happy adalah satu vitamin yang saya rasa kita sangat perlu dalam dunia yang penuh negativiti hari ini. Bila duduk dalam crowd yang masing-masing “gumbira”, sedikit sebanyak dos tersebut merebak kepada kita. Saya ingat sebab itu saya addicted pada larian. Sebabkan tak ramai dari kita yang ada peluang untuk ke stadium menjadi penyorak dan penyokong, at least duduk dalam line menanti race start pun lebih kurang juga effect dan perasaan dia. Mungkin ada yang diantara kita yang dah lama tak kembali ke arena race tu boleh ambil peluang ke stadium. Paling tidak, sekali kita menjerit untuk Malaysia boleh hilangkan sejuta stress bekerja dalam diri.

IMG_1544

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *