Sea Games 2017 : Tahniah kepada MALAYSIA

img-about-rimau

Sebentar tadi Sea Games telah melabuhkan tirai penutupan. Bendera kejohanan, telah beralih tangan dari Malaysia ke Philippines. “Abah” tentunya antara orang yang paling gembira kerana Sea Games kali ini bukan setakat mencapai matlamat 111 pingat emas, sebaliknya melangkaui lebih lagi hingga ke 145 pingat emas. Secara keseluruhannya, Malaysia meraih 323 pingat kesemuanya termasuk 92 perak, dan 86 gangsa. Malaysia juga berada di tangga teratas, mendahului negara asean yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia, selain daripada dapat cuti umum pada 4 Sept / Isnin ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada semua hero negara yang telah berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama negara. Tidak kira sama ada anda berjaya meraih emas, perak, gangsa, mahupun tidak meraih apa-apa, anda semua adalah inspirasi saya.

Terutamanya bagi acara Marathon, buat Saudara Muhaizar dan Leo, semoga anda berdua terus cemerlang dan bakal mencipta lebih banyak rekod untuk negara. Anda adalah inspirasi buat semua “runner” yang berlari, tidak kira dimana kita semua menjejakkan kaki.

muhaizar-4
Boleh baca interview jomkitalari dengan Muhaizar disini

Tahniah juga kepada atlit fav. saya (dan isteri) iaitu Leong Mun Yee yang berasal dari Ipoh tu.  😛

DIcl3qZUMAA_Q3i

Juga kepada para sukarelawan yang meluangkan masa demi negara, semoga tuhan memberi kesenangan kepada anda kelak, apabila anda perlukan ia. Juga kepada semua petugas, pegawai, coach, akak hantar breakfast, polis jaga stadium, driver LRT, abam jual burger kat stadium dan semualah yang terlibat (nak sebut satu-satu sampai kiamat pun tak habis) dalam menjayakan Sukan Sea yang ke 29 ini. Tanpa anda, Sukan Sea cumalah sebahagian daripada angan-angan.

seagames2017

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Happy Birthday Kemerdekaan” untuk kita semua, kerana kita telah 60 tahun merdeka dari penjajah. Semoga MERDEKA, memberi makna yang mendalam untuk kita semua hingga kita mencapai apa yang kita idam-idamkan.

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *