Sea Games 2017 : Tahniah Team Malaysia

Screen Shot 2017-08-19 at 8.03.24 PM

Tahniah diucapkan kepada saudara Muhaizar Mohamad diatas kejayaan merangkul pingat gangsa untuk negara. Setelah kemarau 44 tahun bagi acara marathon, ini tentunya satu kejayaan paling bermakna buat Malaysia, sekaligus mengangkat “marathon” sebagai satu acara sukan yang tidak boleh lagi dipandang enteng. Mungkin Malaysia dah kena mula hantar atlit kita training di Kenya. Untuk bacaan lanjut news, boleh click sini.

Screen Shot 2017-08-19 at 8.02.57 PM

Pagi tadi saya di Putrajaya untuk larian sukan sea. Maka saya sempatlah tengok kejap time depa lari. Walaupun tak penuh, dapatlah satu scene. Masa tu awal lagi dimana baru first lap. Saya dan anak isteri tunggu di water station. Suasana tak cerah sangat, muka pun tak berapa nak nampak. Kalau ada spotlight ke waterstation memang cantik. Tapi lagi elok sebenarnya kalau kami tunggu sampai habis malangnya tersign up race so tak boleh nak buat apa juga. Tak ada rezeki.

#sukansea2017 #seagames2017 #kualalumpur2017 #marathon #lariansebuahkitab

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Apapun kalau ikut ranking, saudara Muhaizar PB dia 2:35:55 Untuk Sea Games beliau PB baru iaitu 2:31:52. Berbanding PB atlit lain seperti Soh Rui, 2:24:55 dan Agus 2:21:09, kalau ikut kertas saudara Muhaizar memang bukan pilihan utama in fact kalau nak dibandingkan dengan saudara Leo rakan senegara, PB Leo adalah 2:28:19 Tokyo Marathon 2017. Boleh baca detail analisis disini.

Namun dalam marathon macam-macam boleh jadi. Dalam stretch distance 42 KM susah kita nak ramalkan apa yang berlaku. Semangat boleh naik turun begitu juga stamina. Taktik yang ada pun mungkin terpaksa ubah atau adaptive dengan keadaan semasa. Yang juara itu sebenarnya memang betul-betul champion dan pasti mempunyai pengalaman dan skill yang lebih. Soh misalnya training di Arizona dan Kenya untuk Sea Games ini kalau saya tak silap. Berbanding Muhaizar yang banyak train di padang bola sahaja di Kem Terendak Melaka, dan tak silap saya sempat training 25 hari di Philiphines.

Jurang masa 2 minit antara Soh dan Muhaizar membezakan antara emas dan gangsa. Nampak 120 saat je tapi preparation dia bukan 120 saat punya cerita. So kalau Malaysia start hantar Muhaizar training di Kenya dan Arizona juga, atau tempat lain yang dimana altitude yang lebih tinggi dan rendah oksigen, saya ingat next time result dia mungkin berbeza. Soh dah lari macam-macam tempat di oversea, Muhaizar last saya tahu di SCKLM. Muhaizar training kat padang bola je kut sebelum ni. Ada satu klip semalam saya tengok di Astro pasal ini.

***

Dibawah ini adalah beberapa video yang saya jumpa selepas event. Mungkin ada banyak lagi tapi setakat ini yang baru jumpa. Tahniah sekali lagi kepada Team Malaysia, kejayaan anda, inspirasi buat kami!

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *