Selamat Hari Jadi EL LUKH

Terima kasih Allah kerana beri peluang kepada aku untuk merasai nikmat susah dan senang menjadi seorang “Abah”. Dan terima kasih kerana memberi aku seorang isteri yang juga “ibu” kepada anakku EL LUKH.

Buat anakku EL LUKH, jika satu hari kau baca blog abah ini, abah nak bagitau yang abah walaupun garang dan pernah jentik tangan kau walaupun umur kau baru satu tahun, tidak ada tujuan lain melainkan untuk mendidik kau menjadi seorang manusia yang berguna kepada manusia dan alam.

Agar satu hari nanti kau boleh sambung apa yang abah tak sempat pulangkan pada dunia ini.

Arakian bila diuji untuk memilih antara kek dan api, EL moses Lukh memilih yang lebih ganas

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Tu dia hadiah aki bagi keh keh keh

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Yg baju merah kiri tu tgh pikir asal aki tak bagi dia hadiah #1yearbirthdayellukh

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Oh, btw, oleh kerana ini hari jadi pertama kau, abah nak bagitau apa maksud nama kau yang pelik sangat tu.

EL = Sempena nama keturunan Superman. Jor-EL (bapak Superman) dan Kal-EL (nama Superman)
LUKH = Sempena nama seorang Jedi, Luke Skywalker.

Nanti kau besar sikit abah bagitau lagi maksud nama kau yang sesuai dengan umur kau waktu tu. Sekarang, kau bergembiralah… syurga adalah untukmu. Mainlah sepuasnya.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *