Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia

Tagline paling cliche kalau cerita bab wanita ini, kalau alam melayu, besanya cam gini bunyi dia.

“Tangan yang menggocang buai, boleh menggoncang dunia”.

Ini bermaksud, atau membawa mesej, hang jangan men-men ngan orang pompuan. Walaupun ramai ahli muzakarah dari kalangan kami yang mempertikaikan, “dunia” mana yang bergoncang ini? Kerana, dunia terbahagi kepada dua. Dunia besar dan dunia kecil. Konsep dia macam alam, alam besar, alam kecil. Alam besar ( alam kabir ) adalah alam semesta ini manakala Alam Kecil ( Alam Sagir ) adalah diri manusia itu sendiri.

Maka kalau dunia kecil ini adalah diri manusia sendiri……………

OK.

Dalam dunia larian, saya rasa legend marathoner adalah Puan Katrine Switzer. Sapa Puan Katrine ni?

BOSTON, MA - APRIL 19: Kathrine Switzer, of Syracuse, N.Y., center, was spotted early in the Boston Marathon by Jock Semple, center right, who tried to rip the number off her shirt and remove her from the race. Switzer's friends intervened, allowing her to make her getaway to become the first woman to "officially" run the Boston Marathon on April 19, 1967. (Paul Connell/The Boston Globe via Getty Images)

BOSTON, MA – APRIL 19: Kathrine Switzer, of Syracuse, N.Y., center, was spotted early in the Boston Marathon by Jock Semple, center right, who tried to rip the number off her shirt and remove her from the race. Switzer’s friends intervened, allowing her to make her getaway to become the first woman to “officially” run the Boston Marathon on April 19, 1967. (Paul Connell/The Boston Globe via Getty Images)

Pada tahun 1967, Puan Katrine telah masuk marathon Boston. Masalahnya, zaman tu, yang lari marathon ini cuma lelaki. Mana ada orang pompuan lari marathon. So, Puan Katrine sudah melawan arus, malah membuktikan bahawa, jika ada kemahuan, semua boleh jalan. ( atau lari marathon).

Screen Shot 2019-03-08 at 8.30.51 PM

Boleh tengok video dia di sini.

Puan Katrine berjaya menghabiskan marathon tersebut walau cuba digagalkan oleh officer race En. Jock Semple, dan Puan Katrine habiskan dalam masa 4 jam 20 minit. 5 tahun selepas peristiwa bersejarah ini, akhirnya pelari wanita dibenarkan masuk Boston Maratahon, maka, bermulalah episod baru bagi dunia larian bagi dunia.

Siapa kata tangan yang menggoncang buai, bukan sekadar menggoncang dunia kecil malah menggocang dunia besar??

Now,

Dalam hidup ini, tidak ada yang mustahil sebenarnya. Memang betul, certain benda tu memang susah nak capai. Gila banyak halangan dan banyak pula syaitan yang menentang. Tapi, kalau bersungguh, demi tuhan langit yang terbuka tinggi dan laut yang terbentang luas, tidak ada apa yang tidak dapat dicapai oleh manusia.

Kalau tak dapat tu maksudnya, memang ada sebab dan kena kajilah sebabnya mengapa. By default, mesti boleh.

Puan Katrine adalah lambang atau simbol sesuatu yang mustahil, boleh berlaku. Mustahil perempuan boleh lari marathon. En. Will Clooner, director Boston Athletic Association ketika ditemuramah tentang hal ini, berkata,

“Orang pompuan tak boleh lari marathon sebab undang-undang melarangnya. Kecuali kalau kita ada undang-undang baru, masyarakat akan huru-hara. Saya tak buat undang-undang, tapi saya cuba menegakkan undang-undang ini. Kita tidak ada ruang dalam marathon untuk mereka yang tidak berhak, termasuk lelaki. Jika perempuan itu ( Katrine ) anak saya, dah lama saya spank dia.”

Manakala, Puan Katrine, ini adalah kenyataan beliau tentang apa yang dilakukannya.

“Saya tahu jika saya quit, tidak ada manusia yang percaya yang orang pompuan mempunyai capability untuk lari 26 ++ batu (42KM). Jika saya quit, semua orang akan kata itu adalah stunt publisiti. Jika saya quit, ia akan membuatkan sukan wanita menjadi semakin kebelakang daripada sepatutnya ke depan. Jika saya quit, saya tak akan pernah dapat lari Boston. Jika saya quit, Jock Semple ( yang grab dia masa lari tu ) dan semua manusia macam dia akan menang. Ketakutan dan sifat malu saya menjadi marah”

Screen Shot 2019-03-08 at 8.56.00 PM

 

***

Selamat menyambut hari wanita buat semua runner wanita yang membaca blog ini. Apa jua masalah hidup anda, sebenarnya adalah cabaran. Sehingga belum mendapat petunjuk dari tuhan, Jangan sekali-kali quit….

Bacaan Lanjut

https://kathrineswitzer.com/1967-boston-marathon-the-real-story/

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *