Shah Pekan dan Cross country

Lama tak buka Facebook, tapi 2-3 hari ni kena buka sebab nak settlekan hal kerja (ofis). Ada benda yang nak disiapkan dan nak kena propose pada Mark Zuckerberg. 😛

Anyway, bila dah buka Facebook yang melaghakan ni akhirnya saya tersampai pada page sekolah lama saya. Browse punya browse saya tertarik pada satu msg ni :

Screen Shot 2015-04-15 at 5.57.13 PM

Zaman dulu masa kena merentas desa memang menyiksakan buat semua. Tapi bagi saya itulah antara masa yang saya enjoy. Tak sangka bila dah tua bangka ni berkecimpung semula secara serius. Anyway, ini pengumuman tahun 2014. Tahun 2015 tade pulak opening untuk ex shahian. Mungkin first time buat tak dapat sambutan sangat.

Harap 2016 ada. Boleh turun Pekan. Kalau distance 9 KM mungkin lari tak sampai bandar pun. Boleh jadi lari area dalam Kampung Mengkasar je kut.

P/S bila dah dapat news hampir setahun basi ni saya ingat nak cadangkan pada Mark Zuckerberg supaya buat #. So, kita hanya follow # yang kita nak je. Sebab saya tengok Facebook ni sekarang banyak sangat yg kita tak patut dan tak perlu tengok. Sorry.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_