Blog : SHRMZB 2000 + 17

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan SHRMZB 2000 + 17 untuk semua pembaca blog lariansebuahkitab. Dikesempatan itu juga, saya meminta ampun dan maaf jika sekiranya tulisan saya di dalam blog ini mengguris hati anda, buat anda kecik ati, buat anda rasa tak comfortable dan sebagainya. Manalah tahu. Kata pepatah, kerana mulut badan binasa, kerana posting blog jahanam.

Semoga raya ini memberi yang terbaik, untuk anda semua. Maaf lewat wish. Banyak hal berlaku menjelang nak raya. Ini adalah gambar raya keluarga saya untuk tahun ini.

SONY DSC

Adik perempuan saya Yana beraya rumah mak mertua 1st time. So nak kasi complete jugak gambar raya, saya tepek photoshop kat ujung tu.

SONY DSC

raya_zizi

Kami beraya di Kinrara rumah saya pada 1 Syawal. Petang tu baru balik Raub, rumah mak & abah. Ini semua sebab adik ipar saya mengandung dan tunggu hari so depa tak balik Raub. Disebabkan nanti mak saya pening fikir apa depa nak makan pagi raya, so semua orang raya kat Kinrara senang makan lemang sama-sama.

#sirijalanlurus #kualakubu

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Raya ketiga saya bertolak balik Jitra Kedah ikut jalan Kuala Kubu dari Raub. Perjalanan makan 8 jam sebab kereta banyak dan jalan agak jem bila dah masuk highway PLUS. Di kedah saya beraya rumah En. Remin pada raya keempat.

Raya rumah uncle remin di sp

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Esoknya pula beraya di rumah Udiey. Ramai team conquer turun sekali. Biasa baca dalam whatsapp group je (team conquer majoriti di Kedah) so kali ni bersua muka. Team conquer sebenarnya bukan setakat hobi dia lari je malah hobi buat cerita kelakar tak kurang hebat jugak. Banyak lawak larian baru yang saya belajar dan kalau anda lari dalam kesedihan, anda patut join team ni.

Raya 5, tq to @udeysaifuliswadi laksa sedap bakhang. #conquerrunningteam

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Hari isnin baru ni baru saya balik Kinrara semula dan ketika menulis posting ini, saya baru masuk office.

Saya ada 6 race lepas ni so esok saya akan mula training. Cabaran nak mula lari semula ni memang mencabar bila dah lama lemau tak turun lari. Paling terdekat adalah PJ Half Marathon. Bulu roma macam tiba-tiba dah tegak bila racekit untuk race ni dah sampai ke office.

IMG_8312

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *