siri7m : M1, Pt 1 – Kembali fit at least 30% daripada zaman paling fit

Selepas dari beli treadmill hari tu masa bulan puasa musim MCO, saya ada start lari sikit-sikit. Tak banyak la kalau ikut Strava saya ada dalam 14 kali. Saya mula lari daripada 8 May 2020 sampai last sekali 9 Juli 2020. Total distance : 46 km, 4 km kurang 50 km. Memula saya lari 3.6 km. Dalam 4 kali gitu.

Kenapa 3.6 KM? Ini mengambil bahagian dalam program menentang racism, #irunwithmaud.

Lepas tu saya ada stop jap dua minggu, saya fikir macam kalau lari macam ni berterusan jawabnya tak kemanalah. Maka saya mintak gerak. Apa sebenarnya saya nak kena buat ni. Tiba-tiba saya macam dapat ilham. Macam terpanggil gitu.

Maka 27 May 2020, saya mula balik. Kali ini saya mula dengan satu matlamat dan azam baru. Terasa perlu ada satu MOON SHOT yang faking ultimate dalam perjalanan kerjaya larian saya.

Macam dah nampak idea dia tapi tengah fine tune. Tapi nanti saya reveal lagi. Untuk short term, matlamat utama saya adalah untuk dapatkan balik mood larian rutin secara serius. Yang sebelum ni macam lari main-main je tapi kali ni dah ada target. So first milestones ni saya lari 10 x treadmill dulu. Ini adalah part 1 daripada milestones pertama saya.

Untuk target pendek ini, kali ni saya lari 3 km je. Cam penat la pulak nak tambah lagi 600 meter tu. :D. Ada sekali terlajak 5 km ntah apsal ntah. Ini detail 10 x treadmill.

1. Apa perubahan besar paling ketara?

Daripada malas, lemau, paksa diri start balik mengenangkan dah terbeli treadmill akhirnya saya berjaya jugak jadi rajin, segar dan nak mula lari tu bukan level paksa diri dah. Which is volunteer. Jujur kabo ke deme memang susah nak break habit malas ni. MALAS GILA BABI TAK INGAT DUNIA. Tapi push jugak, ok alhamdulillah. 780 hari lag beb. Lama tu.

2. Boleh explain bab lemau jadi segar tu?

Ni lebih kepada perasaan dalaman. Selama ni rasa macam letih, lemau, asyik nak baring tengok Netflix, tapi setelah 2 – 3 run treadmill walaupun distance tak banyak just 3 KM maksimum, saya rasa sangat segar dan bertenaga. In fact, awal-awal lepas lari tu saya rasa level kerajinan dan menyetelkan banyak kerja dalam hidup ni sangat cemerlang. Dia macam, tetiba baru bangkit dari satu zaman gelap ke zaman cerah.

Biasa kita rasa time kita macam cepat berlalu tapi bila badan dah segar, kita rasa time macam slow skit jalan. Hasil dia lebih banyak kerja dapat dibuat.

Dan paling best adalah, lepas berpeluh tu, bila dah kering, shower air panas dengan sabun mahal. Fuhhh…. dia punya rasa gembira, ntah macam mana ntah. Sabun mahal tu bukan mahal pun tapi sebab dapat free beli perfume, so kira cam mahal la kut agaknya.

3. Ada perubahan pace larian tak?

Mula-mula lari tu memang rasa nak muntah hijau. Rasa nampak bintang pun ada. Tercungap-cungap tu usah cerita la. Pace larian first comeback waktu tu adalah 9:30. Kalau tengok relative score tu 125 merah maksudnya memang hard gila la.

Dan larian last yang ke 14, makin improve, pace makin elok walaupun belum masuk zon pace saya masa zaman dulu. Tapi masih lagi struggle sebenarnya sebab effort tu masih hard.

Cuma, perbandingan ni tak berapa tepat la sebab distance tu lain. Ni kira, kira kasar je la. Kalau nak beria tengok betul distance tu mestila sama.

4. In term of fitness level, macam mana?

Saya rasa makin fit, tapi bukan fit untuk race. Kalau ikut data dari Strava, fitness level saya naik dari zero ke 11.

Berapa score fitness saya masa zaman dulu? 48 paling tinggi yang pernah dicatat oleh strava. So ini bermaksud, fitness level saya setelah lari 2 bulan 14 kali, cuma 22% daripada level fitness masa dulu.

5. Maksudnya nak dapatkan level fitness at least 30% dari zaman dulu gagal?

Ya. Atau dalam erti kata lain, 2 bulan belum cukup untuk dapatkan balik fitness macam zaman dulu. Hanya 22% je. Jauh baiiii…..

Adakah perlu masa yang lebih lama? Ya. Berapa lama? Ntahlah. Kalau anda ada cuba boleh kongsikan disini.

6. Ada sakit2 lutut ke sakit kaki ke sakit kepala ke?

OK. Dia cam ni. Sebab dah lama sangat berehat, badan tu dah macam setting tak aktif. So bila start lari balik, badan agak terkezut la boss. Bila terkezut tu ada la kesan dia.

Kemuncak dalam masa 14 kali lari ini adalah pada larian yang terakhir di mana saya rasa macam nak demam. Bisa satu badan. Baring sakit. Berdiri sakit. Meniarap sakit. Serba sakitlah. Rasa macam nak pergi urut thai massat massat je :D.

Namun begitu benda ni hilang dalam masa 3-4 hari. Mungkin faktor usia saya agaknya.

Sakit kaki, lutut ke apa belum lagi. Harap takde.

7. Ada rasa macam nak putus nafas tak?

Ada sekali tu. Ini masa larian yang ke 13 dimana pace paling laju saya buat iaitu 7:08. Rasa macam paling push larian ni so memang masa habis lari tu ada rasa jantung laju gila, lepas tu dia punya tercungap tu macam lain macam. Agak ser jugak.

So apa saya buat, saya tak berhenti jalan, sambil jalan tu saya tarik nafas panjang dan hembus pun slow-slow. Lepas 10 kali buat breathing baru beransur normal.

8. Masa lari tu, overall memang lari sepenuh masa atau ada jalan?

Tipu la kalau all time lari. Memula lari rasa macam banyak jalan dari lari. Jalan tu bukan jalan cat walk la tapi jalan laju. Dah nak hujung -hujung tu baru lari dari banyak dari berjalan. Tapi belum ada sessi yang 100% lari.

9. Ada rasa menyesal tak?

Ada. Rasa menyesal pulak berenti lari lama sangat tapi nak menyesal lebih-lebih pun tak guna juga. Semua perkara sudah ditentukan dan yang ditentukan itulah yang terbaik. Kalau saya tak stop lari, tade pulak posting ni. πŸ˜€

10. Ada benda lain tak yang nak buat tapi tak buat patutnya masa pre training ni?

Ada. Sepatutnya saya buat 1 mile test sebelum start apa-apa so at least boleh tahu takat barai tu kat mana. Dan ending pre training ni pun patut saya buat juga. TAPI SAYA LUPA YESSS!!!

Kenapa nak buat 1 mile test ni? Sebab nak tau level of fitness kat mana, dan lepas pre training habis tengok kat mana pulak. Ini ada tulisan zaman dulu tapi rasa cam bengang dengan diri sendiri lak sebab bab result tu gatal ubah.

Race : Bali Marathon 2016 Pt 5 – Running Fit test 1.6 KM / 1 miles

Tapi tak buat pun tak pe sebab dekat Strava dah ada fitness level punya graph. OK la tu.

KESIMPULAN

Saya syorkan jika anda dah lama brenti lari, tetiba nak buat comeback lari balik, boleh cuba lari dalam 50 KM multi session (bukan one shot). Kira ni pre training la sebelum nak training betul-betul ikut training plan.

Tujuan dia adalah sebagai transition daripada badan tak aktif jadi aktif semula, disamping membina stamina. Selain daripada itu, bila dah start training plan nanti, tak delah rasa letih sangat atau rasa nak quit tu tinggi. Sebab kita dah pre train.

Juga, anda boleh check sama ada badan tu esp kaki ada injured lama ke tidak. So kalau semua ok, cantik, boleh start training dengan lebih sirius black. Kalau ada injured, better hold dulu training sirius black tu.

So pre training ni bagus untuk memudahkan training kita yang next untuk race tu.

MOVING FORWARD

Saya sebenarnya dah pun start training untuk race 10K virtual saya tahun ini. Itu detail nanti dalam post seterusnya.

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *