siri7m : M1, Pt 12 – 5 K SUB 30 Race Day

The work of magic is this, that it breathes and at every breath transforms realities – RUMI

Saya baru sahaja selesai lari race 5K Sub 30 pagi tadi. Masa buat analisis training semalam rasa cam barai, dengan tak cukup training la apa la…tapi itulah dia… barangkali berkat bawak akak anak ngan mak abah adik-beradik semua pergi bercuti, agaknya ada la tu kut support energy ke apa ke yang kita tak tahu.

Anyway, Alhamdullilah, saya berjaya buat sub 30 dengan catatan masa 26 minit 28 saat.

1. Kat mana abiang lari?

Sperti race 10K MOTS hari tu, saya lari di tempat yang sama iaitu di Putrajaya. Cuma routenya separuhlah. Saya lari 2.6 km ke depan then patah balik 2.4 km. Rasa cam syok lak lari kat sini. Bukit zero kut. :D. Parking pun senang. Akak ngan anak2 boleh ikut.

Cumanya kali ni tade waterstation la. Sebab 5K. Lepas tu pulak EL tidur dalam kereta. Dah habis lari setengah jam baru dia terjaga. Nia je ada bangun awal.
.

2. Macam mana dengan larian? Patutnya baraikan?

Itulah dia yang peliknya. Patut memang barai. Masa buat analisis semalam memang dah 50-50. Turn out ok pulak. Hai, aneh betul. Ini race analysis dari Strava. Detail boleh tengok kat sini.

Basically avg pace 5:17. Cam tak caye je.

3. So maknanya training abiang yang tak cukup tu bawak hasil la?

Saya rasa camnila. Kalau saya start from zero, buat training plan 5K Sub 30 ni rasa memang barai. Tapi since saya dah start lari sejak 27 May hari tu, then dah train untuk 10K, so ada cumulative effect atau lebih tepat, compounded effect. Maksud dia, seolah-olah, saya train untuk 5K sub 30 ni bukan 3 minggu, tapi dah berminggu-minggu. Sebab lepas race 10K hari tu saya tak stop training. Terus sambung je.

So mungkin inilah sebab utama yang boleh nampak ikut mata. Kalau sebab yang tak nampak tu saya tak surelah. Mebi sebab happy pergi vacation.

Akak siap cakap kat saya, kalau gini gayanya, lepas ni kalau nak achieve target kenalah bawak depa bercuti lagi. Hmmmmmm…. tiba cam sakit perut pun ada. 😀

4. Ada tak benda lain nak share pasal race ni?

Ok. First sekali pasal race nilah. Race Berlin Break the wall. A few days sebelum lari depa ada antar email ke saya. Dia bagi address link ke portal depa. Selama ni saya ingat kena lari sama waktu (dan sama tarikh) dengan orang jerman ni tapi ghupenya boleh lari waktu lain, asalkan sama hari.

Kalau nak lari waktu sama dengan depa, kena lari pukul 9 malam karang. Saya pulak tobat tanak lari malam dah kalau race. Confirm barai, so saya lari pagi-pagi buta.

Bila saya masuk dalam portal depa, saya pun buat apa yang patut misalnya edit gender dan umur. Habis lari tadi saya upload time dan screenshot larian.

Tapi memang agak kelakarlah sebab nak kena update nama anjing sekali. Sebabkan saya tade anjing, so saya letak nama anjing Tin Tin.

 

Lepas tu pulak, baru saya perasan yang bib untuk race ni ada dalam portal tu rupanya. Patutnya depa email la ke kita awal-awal bagitau. Mana la kita nak baca semua benda? Design bib simple je. Design jerman kut memang cenggini.

Next, adalah ranking. Ni nak kena tunggu malam karang. Dah ada saya update kat sini.
Ini update terkini. Virtual race gini baru sedap. Siap ada ranking baru semangat nak lari.Ok la no 87 dari 444 orang.  Anyway saya sangat bersyukur sebab dalam larian ni saya berjaya mengalahkan Jesus. Dia no 89.

Oh ya, sijil pun ada. Siap ada nama anjing sekali.

Now, yang kedua.

Saya sebenarnya ada beli kasut baru iaitu Nike Pegasus 37. Kasut ni saya lupa beli bila tapi rasanya dah makan bulan jugak. Kalau tak silap masa dia mula-mula launching hari tu. Saya beli kat KLCC.

Ni gambo dia (tapi screenshot dari JD nya web bukan Nike).

Dekat belakang dia tu ada cam timing punya template. Agak smart jugak la. Cuma satu Nike punya kasut zaman sekarang ni saya macam menyampah sikit sebab tapak dia kat belakang tu tercongek cam menda pulak. Maybe ada sebab la tu kut sebab design tercongek ni keluar lepas Master Eliud buat Sub 2 FM dulu. Tapi take note kasut Master Eliud ni bukan pegasus 37 ya, maksud saya design heritage pegasus 37 ni dari kasut Master.

Bila saya browse web JD ada pulak pegasus 37 all black. Jilake hensem do. Hmmm…. kasut treadmill saya macam dah nak habis milage ni 😀

Pulak tu bukan setakat all black, all white pun ada…… fehhh FYI kat Nike store tak jumpa warna2 pelik nih.

5. Adakah memakai kasut baru faktor kepada catatan masa yang baik abiang?

Hmmm…. saya rasa la kan…. saya lebih favour kepada training saya yang compounded tu. Tapi memang betul la, biasa bila kita pakai kasut baru ni semangat dia lain macam sikit. Dulu masa saya pakai pegasus 33 ntah race mana pun gitu gak. PB. Sama ngan kasut racing saya yang beli kat tokyo tu. Zoom Streak 6. Pakai first time pun PB gak.

Lagi pun kasut baru ni kita kena faham politik dia. Bila kita ada banyak kasut, kasut2 ni pun sembang gak ngan kasut2 lain yang ada (bahasa depa la). So yang baru ni mesti la dia nak kasi service terbaik pada tuan dia. So first impression tu penting. Maybe ada la faktor kasut baru tu tapi saya rasa tak banyak.

Saya lebih percaya pada usaha kita daripada tools yang kita ada. Betul tools boleh enhance tapi tetap kalau tak training tade gunanya pakai kasut hebat pun.

But anyway pegasus 37 ni untuk first run comeback, kira sedap la. Bouncy dia tu lebih sikit.

6. Macam mana dengan HR lak abiang?

OK. Hari tu kan masa race 10K MOTS saya punya HR macam pelik. So saya dah jumpa sebab apa, iaitu sebab saya pakai jam tu tak betul. Jam baru la katanya. Tapi bila dah pakai betul ni ada satu benda lain pulak saya jumpa.

Sebelum ni saya kira Maximum Heart rate saya 220 – 41 which is 179. Tapi bila pakai jam ni, ada sekali masa training speed work Maximum Heart rate saya cecah 190.

So, sejak dari tu saya reset balik HR max saya dalam strava (dalam suunto sekali) agar reading dia lebih tepat. Now, saya akan kaji lagi benda ni later tapi kesimpulannya Max HR saya bukan default 220 – umur.

Lantaran itu, kalau ikut kepada HR reading masa race ni, nampak saya masih belum push lagi dalam race ni which mean, ada potensi untuk saya buat timing lagi elok dari hari ni. Saya tengok HR saya tak naik zone 5 pun lagi. Kira minyak tak habis pakai lagi la.

7. Kalau macam tu maknanya ada harapan abiang nak cuba pecah PB lama abiang?

Ni pun satu kelako. Masa lari tadi saya ingat saya dah break PB dah sebab buat 26 minit. Dalam kepala saya PB 5K saya 27 minit. Rupanya bila masuk strava cam takde congratulation pun saya check balik rupanya PB 5K saya 25 minit 44 saat. Jadah betul la kalau saya tau tadi saya push lagi saat2 akhir.

Takpelah. Asal dah achieve target sub30 dah besar rahmat.

8. Apa kesimpulan kali ni abiang?

Kesimpulan dia, kalau dah start training dan ada long term target makan tahun, jangan sesekali berhenti lepas habis race. So keep up training, sebab ada effect compounded yang kita tak nampak.

Biasanya bila kita subscribe training plan, awal-awal minggu tu dia punya milage reset rendah balik sebab dia bukan tau kita lari dah lama mana. So training plan ni treat kita macam start dari zero. Since kita dah pun training beberapa training plan sebelum, so ada kelebihan di situ.

Satu lagi jangan sampai tak training 3 hari straight. Macam masa saya vacation hari tu, bila dari Kuantan nak pegi Pulau Redang, saya ada stop 3 hari sebab letih travel dan driving. Effect dia scoring fitness turun kaw-kaw. Rujuk screenshot strava bawah ni. Yang 37 tu tgh peak, bila berhenti 3 hari, terus jadi 34. Nak naik balik memang tak sempatlah.

Bukan apa. Training ni take time banyak, so rugi kalau drop fitness level. Time is precious geng…..

9. Maka soalan akhir. Next milestone abiang apa?

Since saya tengok HR saya tu macam belum push sampai zone 5, saya ingat saya nak buat 5K Sub 25 pulak. Matlamat dia nak pecahkan PB 5K saya yang lama tu which is 25:44, tahun 2017. Alang-alang dah buat comeback kan…..

Esok saya start cari training plan 5K Sub 25 ni dan register lagi race virtual untuk sub 25 ni. Harap boleh buat lah…. kali ni rasa memang paling challenging. Sebab nak buat benda yang tak pernah buat. Dua race sebelum ni cuma nak buat balik apa yang pernah buat je.

Sebelum tamat, ini video race pagi tadi. Harap terhibur.

 

View this post on Instagram

 

Milestones 1, Part 2.5 – Cubaan 5K SUB30 pada umur 40

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *