siri7m : M1, Pt 13 – Next sub milestones, 5K SUB 25 – The Hell?

5K SUB30, done. Maknanya selama ini saya fikir umur veteran adalah penghalang atau tembok besar virtual dalam minda, akhirnya runtuh oleh will power dan latihan yang compounded. Itu sebab la amik race Berlin Break the Wall. Bukan nak pecahkan tembok Berlin. Nak pecahkan tembok dalam minda ni.

Next target adalah 5K SUB25. Yang ni memang betul saya ada rasa macam kari kepala ikan sikit. Sumpah tak tipu.

Sebelum apa-apa, saya sebenarnya tak pernah dapat buat 5K SUB25 lagi seumur hidup. PB saya untuk 5K adalah 25:44. So basically, kalau saya boleh SUB25, maka ini adalah PB baru saya untuk tahun ini. KALAU LA……

Kenapa saya nak SUB25? Dalam posting ni saya dah tulis serba sedikit dimana, kalau 5K saya lagi cepat, so esok bila nak buat 10K tu harap boleh SUB1 lagi cunlah. Itu in term of race timing.

Namun hakikatnya, kenapa saya nak buat SUB25 ini adalah untuk menjawab persoalan saya : Alang-alang dah pecahkan tembok virtual yang terbina oleh usia dalam minda ni, dia punya pecah tu boleh remuk berkecai berderai sepai ke atau pecah gitchew2 je. Maknanya alang-alang menyeluk pekasam, ni nak tengok la boleh sampai ke lengan ke tidak.

Lagi satu dulu-dulu masa lari first time punya episode tu kebanyakkan saya lari tu main pakai lari je. Baca lebih kurang then pandai2 buat training plan sendiri. So kali ni, saya nak tengok sama ada dengan mengikut training plan yang memang betul training plan, boleh ke tidak, dapat PB baru. Dalam erti kata lain, follow training esp. buat speedwork bagai dan tengok hasil dia.

Tapi speedwork ni memang shebaiii la. Rasa dalam banyak-banyak jenis larian, hat ni yang saya paling lemau sekali. Lari jauh takpe tapi nak lari speed, lepas tu ulang, adoiiii. Penat dik. Tapi tulah… nak buat macam mana. Kalau tak buat karang result kari.

Bercakap tentang 25, kita sehari ada 24 jam. Tapi dulu ada orang bagitau saya, walaupun masa kita 24 jam, kalau kita pandai 24 jam ni jadi 48 jam sehari atau 100 jam sehari atau berapa jam nak tambahlah ikut suka. Mula saya pelik jugak. Macam mana kita semua ni dikurniakan 24 jam, tapi aleh-aleh ada orang ni sehari dia ada 100 jam?

Rupa-rupanya dia guna konsep OPT, atau other people time. Contoh macam saya sekarang. Saya buat bisness. So, sehari ada 24 jam. Saya keje sehari sebenarnya tak sampai 8 jam pun sekarang, in fact, boleh jadi sehari saya kerja sejam je. lagi 7 jam kerja saya diselesaikan oleh staff saya yang rajin dan cantik dan hensem semua tu. So kalau saya ada 20 staff, berapa jam tambahan sehari saya ada untuk setelkan kerja saya? Banyakkan?

Itu OPT dalam bisness. Tapi macam mana pula OPT dalam larian? Boleh ke orang trainingkan untuk saya? Dem. Ini satu persoalan baru ni. Paling melayu usaha nak sikit tapi result nak sedap. Takyah pikir jauh. Jawapan dia tak boleh. Takkanlah orang lain training sampai kurus tetiba ko pulak yang lari laju? Apa ke babi sistem alam macam ni?

So OPT dalam larian takde. Maksudnya, 24 jam kita ni semua sama je dalam hal larian. Tak lebih tak kurang. Tapi ada satu lagi benda yang ni level mistik sikit. Tengok gambar bawah ni.

Now, ini adalah scene dari Dr. Strange punya movie, so scene ni dia tengah tidur tapi sambil dia tidur, ruh dia baca buku. Paling tak cukup masalah Dr. Strange ni nak study. Benda ni nama astral projection atau apa kebenda ntah, so boleh google sendiri kalau nak tau.

Persoalan dia, kalau korang dah level boleh astral projection ni boleh tolong ajar saya so masa saya tidur saya boleh training lari. Satu lagi ok gak, sambil tidur boleh cuci kete, update blog, tak pun layan Netflix sebab lately bila dah start training ni paling jarang tengok TV.

OK. Next posting adalah training plan. Skit lagi masa tidur saya cari. 😀

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *