siri7m : M1, Pt 4 – 10 K VR MOTS Race

Tanggal 30 Ogos 2020, maka saya pun lari virtual race 10 K yang saya dah sign up sebelum ini. Hasilnya? Emmmm. First kita pergi pada race itu dulu.

1. Race apa yang abiang cerita ni bukan ke sekarang musim covid 19. Mana ada race?

Tak jugak tu. Race event yang gather ramai orang memang tak lepas permit dik. Tapi race yang saya maksudkan adalah race virtual.

2. Apa menatang race virtual ni?

Race virtual ni kita lari seorang diri lepas lari kita upload data lari tu ke platform organiser. Tapi dengan syarat hang beli tiket dulu la. Kendian, organiser akan check hang tipu ke tak then lepas tu dia akan hantar medal kerumah hang.

Race virtual sekarang macam-macam dan sangat popular. Ini semua sebab covid 19. Lain virtual race, lain undang-undang dia. Tapi basically macam yang saya bagitau tadilah kat atas tu.

3. So abiang masuk race apa?

Masa training 10 K tu saya ada cari race virtual mana nak masuk. End up saya jumpa satu web ni nama dia spacebib. Kalau tak silap platform ni dari Singapore. Browse punya browse saya jumpa satu race ni dimana muka runner yang kat dalam tu level muka ada sinyum. Rasanya sebab ada dua awek follow dia tu so saya decide untuk join race tu tanda setuju dan support.

4. Apa syarat race virtual ni?

Kalau ikut undang2 spacebib, memula kita kena beli tiket dulu. Lepas tu dia bagi confirmation slip. Lepas tu dia kirim baju race ke rumah kita. Lepas tu kita set sendiri tarikh bila kita nak lari. Masa kita lari tu kita rekod larian kita pakai apps, kendian kita upload screenshot dalam platform dia. Kendian dia check, kendian dia akan pos medal ke rumah kita. Ini contoh confirmation slip dia.

5. Mesti lari one shot 10K atau boleh topup topup?

Kalau ikut undang2 spacebib, boleh topup-topup atau one shorty. Ko nak merangkak pun boleh tak semestinya lari. Tapi dalam kes saya, saya lari one shot. Saya pilih 30 Ogos 2020 sebab by that time training plan 10K beginner saya tamat.

6. Kalau dah lari virtual, kena pakai bib tak?

Spacebib ada bagi bib. Virtual. Kalau ko nak print tampal kat dahi masa race ikut suka hati ko lah. Tapi saya punya saya tengok je la paling jauh pun pos kan ig.

7. Ada dapat sijil tak lepas lari? Saya ada 4 folder kat rumah ni dok kumpul sijil.

Spacebib ada bagi sijil. Lepas lari ko boleh download.

8. Sebelum nak masuk race tu boleh tengok tak dia punya medal. Sebab kalau buruk design pakai kaki saya tanak masuk. Pakai kaki ni untuk lari je.

Spacebib ada tunjuk medal sebelum ko beli. Tapi rasa ni dah standard ni sebab medal adalah umpan orang nak masuk virtual race. Kalau tengok secara rambang spacebib punya medal macam mari jugak la. Kualiti tu tak pasti sebab nanti kalau dah sampai rumah saya update. Tapi bila tengok balik rupanya saya beli singlet je, medal tak beli. Jadah betul ni mesti sebab salah klik ni. Lega. Rasa cam beli medal jugak hari tu? Eh ntahlah. Tengok je la kalau ada sampai rumah ada la… kalau takde takpelah dah tua nak buat canne. Mata tak berapa nak nampak.

Tapi saya masuk race ni bukan sebab minat kat naga gaban ni. Saya masuk race ni sebab muka runner tu muka ada sinyum. Saya rasa race MOTS ni maksud hakikat dia adalah “Muka Orang Tu Sinyum”.

8. Sebelum terlupa, race virtual ni lari kat luar ke lari kat treadmill je?

Spacebib bagi pilihan ikut suka hati kita nak lari kat mana (asalkan jangan lari atas laut) and then nak lari atas treadmill pun boleh. Nak jalan tanak lari pun boleh.

9. Tadi abiang kata depa send baju ke rumah. Baju wajib beli ke?

Spacebib ada jual dua tiket. Pertama medal + baju. Kedua medal sahaja. Ada jugak baju sahaja tade medal. Basically banyak-banyak web, spacebib dia punya penerangan paling simple dan padu mudah faham. Ni contoh screenshot race dia sebelum ko nak beli tiket.

Ni pulak tiket dia, boleh pilih mana suka. Tapi ni race lain punya screenshot.

10. Boleh caya ke virtual race ni buatnya tak hantar ke kita accane?

Ni susah saya nak komen la. Kena try la baru tahu. Dalam kes saya, baju dah sampai rumah. Lepas tu dekat platform dia (web) siap ada detail delivery bagai. Ni contoh screenshot.

11. Oklah, so kalau saya nak try masuk virtual race dari spacebib saya nak pegi mana?

Dia ada dua cara sama ada ko google spacebib atau ko malas ko klik sini :  spacebib.

12. Jap bang, kalau saya beli ni dapat resit tak sebab nanti saya nak claim kat mak saya. 

Ada. Ni contoh dia.

13. Ok sekarang saya dah paham pasal virtual race. So canne dengan virtual race Muka Orang Tu Sinyum (MOTS) tu?

Tu next posting sebab saya nak tidur.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *