siri7m : M1, Pt 6 – Next sub milestones, 5K – The Why

So saya dah berjaya lari 10 K tanpa henti, which mean saya rasa fitness level saya alhamdulillah masih boleh pergi. Walaupun Strava score untuk fitness sekarang lebih dari masa saya lari HM masa gila nak cuba buat SUB 2 dulu, ( masa race baru ni 34, masa dulu paling peak 33) tapi saya macam ada sedikit kesangsian pasal fitness score ni.

Sebab dia dulu fitness score generate dari heart rate tapi untuk kali ni sebab jam Suunto Ambit 2 saya dah tua, so saya masukkan manual untuk generate scoring tu. Sudahlah begitu, bukan masuk heart rate tapi sebaliknya masukkan perasaan kita sama ada training kita tu hard ke moderate ke easy. So saya rasa tak berapa nak tepat.

Maka saya membuat kesimpulan (since saya dah pun beli jam baru), saya nak abaikan fitness score sekarang dan biarkan data ini generate dari HR saya oleh jam. Bawah ni screenshot fitness score sekarang yang nak diabaikan dan redo. Saya baca kat strava dia akan makan masa 6 – 8 minggu nak adjust balik bila kita guna HR. Tengoklah canne nanti.

Now berbalik pada next target saya dalam milestone 1. So next target saya adalah nak berlatih untuk buat sub30 bagi race 5K. Kenapa? Kenapa lepas buat 10K nak patah balik buat 5K? Sebab, untuk buat 10K sub 1, 5K kita kena sub30.

Tak caya? Ok gini. Kalau kita boleh buat 27 minit untuk 5K, so kita ada lagi 32 minit 59 saat untuk buat another 5K. Lagi cepat first 5K kita, 5K seterusnya, lebih tak pressure. Kalau 5K dah lebih 30 minit, takkan another 5K kita boleh buat lagi cepat dari 30 minit ni? Mestilah masa tu lagi letih? Apa kita ni ada bela saka ke makin lari makin laju? Ya betul, tidak dinafikan ada runner yang lari makin lama makin laju walaupun tanpa saka, tapi dalam kategori saya, biasanya lagi nak habis race lagi cam barai. Itu kalau 27 minit. Kalau 25 minit???? Fuhh muda balik abiang. Benjaminnur al buttoni.

Now ini adalah screenshot berapa minit nak kena buat untuk 5K, kalau nak 10K tu sub 1. Basically kena buat paling busuk, 28 minit untuk 5K agar 10K tu sub 1 sebab 29 minit belum menjamin masa depan cemerlang kan abang dah cakap tapi ko degil.

Andai kata saya boleh buat 25 minit la kononnya, itu dah pecahkan PB 5K saya tahun 2017 – 00:25:44 (masa buat scklm 10 k rasanya) dan bakal boleh pecahkan PB 10K saya tahun 2016 – 00:53:51 (10K di Melbourne Australia).

Dalam erti kata lain, kalau training 5K ni beria, boleh pecah dua rekod. Ohmputeh kata killing two birdie with one stony stark. Andaikata……….. manusiakan suka merancang… yang manusia tak suka adalah bila rancangan dia tak berapa nak berjaya.

Now, sama ada saya berjaya atau tidak, itu hal nombor dua. Umur bukan makin muda dik. Tapi yang penting, next adalah untuk cari training plan SUB30 untuk 5K. Settle yang ni baru kita cite sembang kari nak lari 5K 25 minit. Sebab based on prev 10 K MOTS race, 5 K saya 32 minit 56 saat. Try buang 2 minit 56 saat ni dulu ( atau 3 minitlah ) sebelum nak buang 7 – 8 minit tu.

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *