siri7m : M1, Pt 7 – 5 K VR Berlin Break-the-Wall Run

Saya dah register untuk race seterusnya iaitu 5K VR Berlin Break-the-Wall Run. Race ini akan dijadikan panduan asas untuk tengok sama ada saya boleh buat 5K saya SUB 30 atau haram. Basically compare dengan virtual race 10K MOTS sebelum ini, ada beberapa benda yang berbeza saya tengok.

1. Boleh abiang story skit race Berlin ni wattthehel?

Race ini diorgynize oleh virtualrunner.org. Kalau korang gugel web depa ni ada dua bahasa, satu english satu jerman. Assumption abiang depa ni orang jerman. Mungkin cucu cicit Adolf Hitler. Bila saya pi tengok web depa (about us) ada sorang tu nama dia Mika. Mika ni tak silap saya memang nama jerman. Dalam cite Dark ada nama Mika kalau saya tak silap jugak.

2. Abiang kata race vr ni cam lain sikit. Apa perbezaan ketara antara race vr  ini dengan race vr yang sebelum?

Pertama of course distance. Sebelum ni 10K, ini 5K. Kedua, race sebelum ni boleh buat bila-bila masa tapi race yang 5K ni kena buat pada specific date. Ketiga lepas join depa ajak masuk komuniti FB depa.

3. Apa maksud specific date tu?

Maksud dia kena lari 5K (dimana-mana) tapi mesti pada 27 September 2020. Now cite dia gini. Depa punya sembang adalah walaupun COVID19 telah menyebabkan kita semua tak boleh lari di Jerman, so depa harap boleh lari sama waktu walaupun tak sama tempat.

So kat Jerman ada 100 lebih runner yang akan lari race yang sama pada pukul 2 pm Jerman, di Tempelhof airfield. Boleh klik sini untuk tengok google map.

Mengikut bacaan saya, tempat ni dulu kapal terbang jerman lepak isi minyak ngan bom. Sekarang dah jadi tempat bersejarah. Airport ni merupakan first airport di Berlin. Sekarang kalau naik flight tak turun sini mungkin banyak hantu jerman yang mati masa perang dunia kedua.

Tengok ke gambo dalam web depa nampaknya memang panjang tu nak lari kalau laju sangat mau take off. Boleh tengok web depa kat sini.

Anyway ni tade kena mengena saja saya letak gambo kapalterbang jerman ww2. Kasi feel sikit.

4. OK sebelum ko tanya ni abiang tambah sikit lagi.

Oleh kerana ramai-ramai lari pada hari itu, (which tak ramai mana la maybe dalam 100 – 150 sebab covidkan), depa sembang ada live streaming. Macam mana detail dia saya tak sure lagi. So, idea dia adalah, kita kat sini lari pada masa yang sama depa lari kat sana, sambil boleh layan live stream depa. Harap yang lari tu macam gambar bawah ni sebab kalau alang-alang nak layan live stream sambil lari. Yang bawah ni memang runner german. Nama dia Alica Schmidt. Boleh baca biografi dia kat sini.

5. Pukul 2 petang Jerman, pukul berapa kat sini abiang?

Aku suka kat ko ni sebab banyak persoalan ko membantu aku. Ok. Kita gi check jap sama ada logik akal tak kita nak lari sama-sama pukul 2 petang. Melalui google, KL ni 6 jam lebih dari Berlin. Kiranya kita semayang jumaat dulu la.

So, pukul 2 petang Jerman bersamaan dengan pukul 8 malam kita. Oh ya. Saya jumpa converter baik punya. Kita masukkan time event kat jerman tu dalam web ni.

Then kita create event.

Hasil dia akan keluar countdown. Cuma bodo skit countdown ni takleh embed ke blog la. So nak tengok kena klik balik.

Then kita save balik ke google calendar kita. So dia automatik tukar time kita.

6. Lain-lain proses macam mana?

Saya tengok lain-lain lebih kurang sama. Ini screenshot dia.

7. Medal dia canne abiang? Sampai abiang beli ni mesti lawo.

Kalau ikut depa kabor medal dia high quality metal. Tebal dia 3 cm. Agak tebal tu. Kalau baling kat orang bank yang call kita pagi-pagi mintak hutang mesti sedap. Lagi satu made in Jerman. Bukan China. So kat umah abiang barang made in Jerman ni tak banyak. So bagus gak ada tambahan barang Jerman ni. Ini gambo medal dia.

8. Selain medal lawo apa lagi abiang?

Hat ni ada ranking. So lepas lari boleh tengok ranking dia. Hat hari tu saya tengok macam takde. Tatau la kalau ada saya tak jumpa atau sebab race tu depa extend masa lagi.

9. Saya cam rasa nak lari jugak la race ni. Ada diskon tak abiang?

Ada. Sebab saya dah beli, so depa ada email diskon code 20% off. Hang masukkan code ni.

RunWithFriends25OFF

10. Soalan last. Hari tu abiang amik 10K Mots sebab muka orang tu senyum dalam poster dia. Yang ni sebab apa lak? Kenapa tak ambik 5K yang lain macam 5K mesin basuh run ke atau 5K kental kaya kacak ketul kote run?

Saya sebenarnya lepas balik Tokyo memang ada pasang niat nak lari kat Berlin. Tapi sampai sekarang tak dapat. So harapnya dengan memasuki race made in Berlin ni satu hari nanti saya akan jackpot boleh pi lari kat Berlin.

Satu lagi saya suka nama dia. Break The Wall Run. Personally bagi saya, wall saya ketika ini adalah umur saya iaitu 41 tahun, which saya dah masuk kategori veteran. So untuk veteran yang dah lama stop lari ni saya tak sure saya boleh lari SUB30 balik atau tidak. Makanya kalau saya berjaya dalam race ni nanti, ibarat kata wall tu runtuh la. Haaa… gitchew.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *