siri7m : M1, Pt 9 – Marilah menuju kejayaan (dengan gadjet baru)

First sekali sebelum pergi detail, pertamanya saya ada beli barang baru atau gadjet sebagai pelengkap kepada aktiviti larian saya.

Mana-mana yang follow rapat blog ni maybe dah tau yang saya beli treadmill masa MCO hari tu.

Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

So, ini adalah antara gadjet yang saya beli untuk melengkapkan treadmill saya.

1. Kipas kecik

Saya dapati yang lari atas treadmill ni dia punya perpeluhan agak berlenja-lenja. Tahap berlenja dia tu memang tak boleh belah. Rasanya kalau kumpul dalam baldi boleh selamatkan satu taman ni kalau tetiba tak ada air. Punca utama dia adalah kerana kita lari setempat. So tak ada angin yang nak tiup. Ya, walaupun tingkat atas kat rumah saya ni ada aircond dann kipas, dua beradik ni tak boleh support kepada kadar pengurangan peluh yang berlaku semasa saya lari. Saya malah terpaksa buka sliding door atas ni untuk mendapatkan angin tambahan. Semua ini agak gagal, lalu saya decide untuk beli kipas kecik.

So saya pergi kedai letrik depan ni dan cari kipas yang kuat tapi kecik. Plan saya adalah untuk letak depan treadmill. So bila lari nanti ada angin. Hasilnya adalah dibawah ini.

Cuma masalahnya masa saya beli tu saya tak ukur pulak wayar kipas tu sampai ke tidak, last-last bila dah usung bawak naik tingkat 3 ni bila pasang saya dapati yang wayar dia pendek. Bila pendek lega la nak letak betul-betul depan treadmill tak berapa nak boleh.

So solution dia ada dua. Hantar balik kipas ni kat kedai dan tukar wayar yang lebih panjang, atau beli extension. Tapi plug point saya tu memang dah lekat pada 6 extension, kipas ni plug in ke extension tu. Saya tak sure sama ada boleh pakai extension atas extension atau tidak. To date, sampai hari ni tak bawak kipas ni ke kedai lagi untuk tukar wayar dan tak beli extension pun. Maka kipas ni duduk kat tepi bawah. Tapi oklah, angin tu kena juga walaupun tak direct. Setakat hari ni, kadar perpeluhan tu kira dah terkawal so, saya pun redho je lah. Tengoklah bila-bila rajin nanti saya bawak balik kipas ni ke kedai.

2. Headphone

Disebabkan kadang-kadang lari sampai 30 minit (atau lebih), saya rasa agak buang masa kalau sekadar lari tanpa ada input audio seperti cerita-cerita kelakar dari seberang atau audio book blinkist. Dan kadang-kadang biasanya kalau dulu masa race, 2 km terakhir tu saya dengar lagu-lagu semangat bagi lari lagi laju. Kalau takde headphone canne nak dengar? Nak nyanyi suara macam agak sum (sumbang).

Maka satu hari tu saya ada meeting kat bangsar so habis meeting saya round2 terjumpa kedai boose. Saya pun apa lagi, angkat satu headphone.

Mula-mula saya nak amik earphone ni tapi bila saya cuba, saya rasa dia punya tahap nak duduk kat telinga tu tak berapa nak mantap esp. bila nak lari. So saya pilih yang lain.

Tengok punya tengok last sekali saya endup dengan yang ni.

Apa bestnya headphone ni? Pertama bila pakai je dia bagi kira feel kubur, so kita terus insaf. Sebab dia ada noise cancelling technology. Pakai je terus kedap udara langsung haram tak dengar apa benda. Agak jugakla. Second, dia wireless tru bluetooth. So boleh play dari iPhone dan dengar kat sini. Setakat yang saya dah cuba, spotify ok, youtube ok, web browser pun ok. Kira apa kebenda dalam iPhone main boleh dengar kat sini. Control volume pun dari sini, kalau kita receive call masa lari, boleh cakap kat sini. Ada features lain cam google assistant dan alexa tapi dua-dua ni saya tak pernah try. Headphone ni charge usb, tapi setakat saya pakai ni cam tak habis2 bateri dia baru sekali charge hari tu.

Cuma masalah dia adalah setiap kali lari kena spend masa untuk lap balik speaker ni sebab berpeluh. Ada satu hari saya lupa nak lap, the next time nak pakai cam adoi…. melekit.

Tapi overall puas hati memang kalau pakai headphone ni tak dengar benda lain dah. Kadang-kadang terkejut EL datang dari belakang so agak bahaya jugak so saya nak kena letak cermin nanti depan treadmill. EL ok lagi datang reti bahasa tak kacau saya lari. Nia ni yang bahaya. Bukan paham benda. Takut Nia dari belakang datang tetiba naik atas treadmill masa saya lari. Anyway boleh usha headphone ni kat sini.

Ini pula gadjet yang dah lama gila saya tunggu bukan sekadar pelengkap treadmill tapi pelengkap pada aktiviti larian saya.

3. Suunto 9 Baro Titanium Leather

Last sekali adalah jam lari saya. 27 Aug hari tu saya ke Pavilion KL. Sebelum datang tu saya dah call kedai tanya ada stok ke tidak. Sebab saya ni jenis malas nak keluar banyak kali, bukan ada masa sangat, so kalau datang tu matlamat mesti sampai.

Brother kedai tu nama dia Jack. Brother ni memang cekap dan boleh saya katakan level layanan dia tip top. Bukan nak promote suh beli kat dia tapi memang betul, banyak-banyak kedai jam, yang ni bukan setakat layanan class A, tapi knowledge dia tentang Suunto ohsem.

Punyalah Jack ni top fan Suunto, semua tagline jam Suunto dia ingat. Rasa cam main quiz Suunto lak masa berborak dengan dia. In fact, masa Killian datang Malaysia launch Suunto Kailash hari tu pun dia ada. Kesimpulannya, kalau anda nak pakar Suunto, contact Jack Fung Pavilion 0166288601.

Jam : Suunto Kailash
Jam : Suunto Kailash Pt 2 – Gunung Daik bercabang 3
Jam : Suunto Kailash Pt 3 – Barang baik mesti menang award

Now, sebelum saya datang tu saya dah call dia dulu. So brother Jack siap rekod video jam tu dan send kat saya tru wassap. Dah la tu, demo jam siap pakai sarung tangan. Ni memang another level. Seingat saya selama saya beli jam, satu lagi yang demo jam pakai glove ni B&R Garden. Yang tu memang wajib la pakai glove. Ini Suunto pun pakai glove. Ohsem.

Masa kat kedai tu tengok punya tengok last sekali end up saya amik Suunto 9 Baro Titanium Leather. Yang ni muka dia lain sikit dari Suunto 9 biasa. Dia nampak lagi minimalist. Lepas tu dia bagi dua strap. Getah satu, leather satu. Strap getah dia lubang-lubang. Lain sikit. Boleh tengok gambar kat bawah. Yang atas tu bukan. Detail, tengok sini.

Now, kenapa saya beli Suunto Baro 9 ni? Basically first sebab to date pada saya memang ini paling lawo lah…. second, saya baca review dia mostly ok. In term of comparison antara suunto 7 atau 5, yang ni top range so basically paling complete features dia.

Jam : Suunto yang mana satu nak beli ni?

Dan yang paling penting, bateri dia lama gila focus untuk ultra endurance. Mana tau esok-esok kut berkat beli jam ultra ni dapat buat ultra kat gunung oversea ke… mana tau….

Satu lagi saya beli Suunto 5. Yang ni saya belikan untuk bini saya. Dia punya Suunto pun lebih kurang Ambit 2 saya gak sebab beli sekali dulu so agak dah tak berapa nak perfom dan out to date.

Akhir kata

Sebenarnya saya memang dah lama nak beli jam ni, esp Suunto Ambit 2 saya dah arwah.

Jam : RIP Suunto Ambit 2

Saya nyaris juga nak beli Suunto Spartan tapi masa tu Spartan ni tade yang ada HR wrist lagi.

Jam : Suunto Spartan Series

Oleh kerana agak susah nak training pakai Fitbit kalau training ikut heart rate, maka itu sebablah saya terus call kedai jam kat pavi tu tanya ada stock ke tidak. Nanti saya tulis detail lagi pasal Suunto ni lain post.

Cumanya yang saya macam tak sangka adalah 4 tahun lepas pada tarikh yang sama, saya rupanya buat saya punya first Full Marathon di Bali. Agak serendipity jugak la ulangtahun first FM pergi beli jam. Fehhh…. it’s like, universe is talking talking to me u know. Ini screenshot IG, kapten udiey share muncul dalam timeline IG dia, masa tu saya tengah unboxing jam kat rumah. Saya pun repost la….

OK. Semoga, dengan kehadiran Suunto 9 ni jalan lurus untuk saya lari akan terbentang luas, seluasnya. AMIN.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *