siri7m : M1, Pt 15 – Bala angkat tong scuba

Balik daripada Redang hari tu saya mendapat faedah sikit. Ermmm, bukan sikit. Banyak. Kalau anda generasi x mesti pernah dengar lagu ini. “Sakit pinggang aku dari dari Kuala Lumpur ke Johor baru…..” Tak ingat siapa nyanyi tapi era google ni memang banyak faedahnya. Sudahlah begitu, ada pulak syurga lagu nama Spotify. Teringat je terus boleh dengar. Gila.

Ok sambung.

Sampai KL, saya sakit pinggang selama seminggu. Saya tak pasti apa sebab atau punca utamanya. Ia boleh jadi kombinasi sebab tak pernah berenang lepas tu gatal berenang distance ironman (walaupun gagal), ditambah dengan mengusung tong oksigen scuba kira-kira 200 meter dari dive centre ke laut. Dan mungkin juga penutupnya kerana bawak kereta dari KL ke Kuantan, Kuantan ke Terengganu, dan Terengganu ke Kuantan, Kuantan ke KL. Tapi saya rasa lama driving bukan faktor sangat sebab seat kereta saya kategori sedap.

Kemuncaknya bila di KL, masa saya balik dari kelas piano pada satu senja, (ke kelas piano saya bawak vespa sebab parking susah kat area class tu), saya terbongkok-bongkok. Gila keseksaannya sangat azab. Lalu terus sahaja saya teringat kepada Pak Wan, pakcik yang selalu urut saya bila kecederaan waktu zaman gila nak achieve Tokyo Marathon dulu. Saya bajet, daripada class piano itu terus ke rumah Pak Wan.

Namun sebaik call pertama kali, awek semua orang yang kita kongsi bersama yang jawab. “The number that you call, is not in service”. Mungkin Pak Wan telah mencapai tahap ghaibul ghuyub dan bertugas di alam semesta yang lain barangkali. Atau Pak Wan telah balik Indonesia – hanya gusti Allah yang tahu.

Akibat derita yang berlarutan berpaut di pinggang, saya kemudian terus google dengan keadaan cemas bateri nak habis. Ada satu pusat urut ni memang free tade customer, tapi masalahnya di Setia Alam. Kalau dari Kinrara naik vespa nak ke Setia Alam sambil sakit pinggang, saya rasa mau saya meninggal atas vespa. Saya cuba call dan tanya kalau-kalau dia boleh hantar tukang urut ke rumah, namun bukan semua service level grabfood.

Saya kemudian cuba bertenang. Menarik nafas, lepas. Tarik, nafas. Dalam kesakitan itu, saya macam terdapat idea. Instead of google urut sakit pinggang yang kebanyakkannya result area wangsa maju, ulu kelang, keramat, better saya google sport therapy centre. Dan alang-alang, saya google + bandar kinrara. Mana tahu sekali ada yang dekat area rumah saya. Boleh kevesparan kejap. Lalu, ini jawapannya :

Yang paling bawah tu yang paling surprise. Sebab rumah saya jalan DU. Sport centre ni pun jalan DU. Saya macam, WHATTTT? Saya google lagi tapi kali ni google map. Tengok-tengok distance dia tak sampai 1 km pun!!! Ini macam kalu merangkak pun boleh sampai.

Saya tanpa membuang masa terus membuat panggilan. Lega kerana bukan awek kongsian ramai yang jawab, seorang lelaki yang dalam bayangan saya berjambang mengangkat panggilan.

Setelah bertanya lebih kurang, basically malam itu memang tak dapat den nak tolong. Esoknya pun busy. Lusa pun penuh. Gila ramai orang sakit pinggang kat Kinrara ni. Tapi brader mantap. Dia bagi solution lain. Dia bagi saya nombor kawan dia yang buat freelance.

Saya kemudian call kawan dia ni, tapi sebab dia driving, kami kemudian main wassap. Dipendekkan cerita, esok pagi pukul 9:30 kawan dia ni datang rumah saya. Saya kemudian start enjin vespa, menunggang balik dengan melodi piano kegembiraan di dalam otak saya. Walaupun pinggang masih sakit, it’s OK.

Keesokan harinya tukang urut ini datang kerumah siap bawak katil. Budak lagi tapi tangan dia memang biceplah. Sambil mengurut, kami berbual. Rupanya depa ni dulu kerja untuk sport massage budak-budak bola bukit jalil. Ramai player bola kebangsaan kalau injured, depa settlekan. Malah budak yang urut saya ni pernah urut Lee Chong Wei sekali.

Now. Sessi ni makan 1 hour. Sakit dia tuhan sahaja yang tahu. Tapi ending dia, alhamdulilah, pinggang saya ok. Basically Zahari bagitau saya yang saya tak injured apa pun cuma muscle stress. Yelah. Balik dari redang tu weekend race day saya. Paling pulun macam orang muda dalam masa seminggu.

Now menurut kata Zahari yang which is make sense, better urut lepas race dan 2-3 hari sebelum race. Baru badan sedap nak lari. Saya tanya dia ada urut runner ke? Dia kata mostly lepas berhenti kerja di bukit jalil tu dia banyak urut golfer. So golfer biasalah, mesti sakit pinggang punya. Semua ortu (orang tua) macam saya. Dalam pukul 10 lebih Zahari penyelamat dunia dan akhirat mengundur diri sebab ada appointment dengan client lain pulak. Sehari maksimum 3 orang client dia. Seminggu dalam 15 ke 20. Sebulan mau dekat 80 orang. Dan memang schedule dia agak tight pun sebab ramai regular. So korang kalau tade kerja musim covid ni boleh amik class sport therapy. Income boleh tahan lebat beb. At the end of the day, skill tambahan buat kita boleh makan nasi.

Anyway, saya berterima kasih kepada tong scuba yang saya angkat kat redang hari tu. Dan saya terima kasih jugak kat kolam renang hyatt sebelah bilik saya masa tu sebab sangat tempting untuk buat saya cuba berenang long distance. Semua ni bagi saya sakit pinggang namun selain sakit pinggang, ada satu benda yang saya belajar setelah melalui semua ini.

Biasa kita dengar orang kata kalau berdoa tu jangan lupa selit agar dipermudah urusan. Tapi tak semua orang faham, apa yang dikatakan dipermudahkan urusan itu. Adakah seperti, terbentang jalan yang luas dan lurus depan mata kita? Atau seperti kita diangkat ke atas dan dikeluarkan dari kotak ujian yang meletihkan kita?

Dalam kes saya, mulanya saya ingat takdir telah menulis bahawa ada sport rehab depan rumah saya, lalu ini pastinya akan menyelesaikan segala masalah injury atau muscle stress akibat training atau race larian saya. Rupanya Allah ta’ala up the game. Allah hantar tukang urut siap bawak katil kepada saya. Paling dipermudahkan level Allah ta’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku tau ko sakit pinggang ni so ko takyah keluar rumah pun…..

Tajuk posting ini sebenarnya patut ditukar. Ia bukan “bala angkat tong scuba”. Sebaliknya ia patut ditulis, “rahmat angkat tong scuba”.

Apabila kita mengubah persepsi kita terhadap alam, alam response kepada kita dengan cara yang berbeza.

Lalu kerana itu, kita kena berhenti mengejar sesuatu. Sesuatu itu, harus datang kepada kita. 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *