siri7m : M1, Pt 16 – Race Route 5K SUB25

Ini adalah minggu terakhir training saya ke arah cubaan mencapai SUB25K bagi 5K. Saya dah beli tiket race VR, tapi itu nanti next postlah. Anyway, post ini adalah untuk mengkaji route larian yang baru minggu ini kerana akibat MCO, saya macam malas nak ke Putrajaya untuk route biasa saya lari untuk race VR macam hari tu.

So kalau sebelum ni saya lari 10K target tak berhenti jalan kaki dan 5K SUB30 di Putrajaya, maka kali ini saya kena cari route lain sebab yang telah saya nyatakan tadi. So dalam kepala saya sekarang adalah, untuk lari di Stadium Bukit Jalil. Option kedua, Stadium Kelana Jaya.

Tapi sebelum apa-apa, sempena covid ni, ada baiknya kita triple check dengan SOP yang berkait, kang tak pasai je kena RM1000.

1. Sekarang PKP apa? B ke D?

Sekarang adalah PKPB (bersyarat), bukan PKPD, (diperketat). Mana tau ni? Web MKN. PKPD di Selangor ada, tapi kawasan saya tak kena. PKPB, adalah dari 9 Nov hingga 6 Dec 2020.

2. Boleh jogging kat luar ke tidak?

Adakah aktiviti sukan dibenarkan atau tidak? Basically hari tu saya dah baca dah memang boleh, tapi kita check sekali lagi. Mengikut bacaan saya dari web KBS, update setakat 21 Nov 2020, Jawapan dia boleh, tapi ikut syarat.

Dan, semakan saya pada FAQ web KBS juga ada mengatakan ini.

So kesimpulannya, boleh bersukan (jogging) kat luar, asalkan ikut SOP.

3. Boleh rentas daerah ke tidak?

Saya ni duduk di Bandar Kinrara. Plan nak lari di Stadium Bukit Jalil. Bandar Kinrara ni bawah daerah Petaling, Selangor. Bukit Jalil bawah daerah Seputeh, Kuala Lumpur.

Stadium Bukit Jalil ni belakang rumah saya, distance bawah 10K iaitu 7K.

So basically, kalau saya nak gi lari kat Bukit Jalil tu saya dikira merentas daerah. Makanya, bolehkah merentas daerah masa PKPB?

Melalui website KBS, saya tengok ada cakap pasal ni. Dia kabo, merentas negeri adalah dilarang. Boleh rujuk website KBS untuk SOP. 

Namun begitu, antara Selangor ke KL ini walaupun hakikatnya dikira merentas negeri, sebenarnya dia hanya dikira merentas daerah. Yang ni hari tu saya tak ingat sapa bagitau saya. Sebab Selangor, KL dan Putrajaya ni dikira Lembah Klang.

Untuk memastikan hal ini, saya google di web MKN, dan akhirnya saya muka ada sinyum bila tengok muka balak dan awek kat bawah ni.

So kesimpulannya, merentas dari Selangor ke Kuala Lumpur, tidak dikategorikan merentas negeri tapi hanya merentas daerah.

Now, boleh rentas daerah ke tidak ni???

Ini yang buat saya confuse sebenarnya. Kalau ikut pergi kerja boleh. Tapi kalau macam saya ni kerja saya ada banyak. Siang kerja lain, malam kerja lain. Lari ni pun saya kira kerjaya jugak sebab long term saya nak try apply kerja dengan Strava, saya siap kumpul sijil ni nanti interview dengan Strava esok boleh tunjuk.

Tapi tu la kalau bagi alasan kerja sebagai runner, masa kena tahan roadblock rasa cam tak confident. But anyway, on the way ke Bukit Jalil, memang ada roadblock belakang rumah saya ni.

Anyway, saya ada hantar email pada MKN dan juga KBS untuk issue ni, setakat ni depa tak balas lagi. Paling beria sial la ni pun nak hantar email. Tapi OK la bukan kena tepek stem pun.

4. Race Route

Now, untuk decide route mana yang saya nak lari, saya dah cuba dua route. Satu, yang dalam daerah sama dengan saya duduk ni iaitu di Stadium Kelana Jaya. Satu lagi option, Stadium Bukit Jalil, daerah yang bersebelahan.

Antara dua ni, yang lagi dekat dengan rumah saya adalah Stadium Bukit Jalil. Ke Stadium Kelana Jaya, 19 minit. Ke Stadium Bukit Jalil, 7 minit.

Plan saya gini. Kalau esok hari race otw ke Stadium Bukit Jalil kena tahan polis dan dia suh balik, saya akan ke Stadium Kelana Jaya. Kalau kena tahan, tapi dia bagi, saya akan ke Stadium Bukit Jalil. Dan kalau kena tahan dia bagi surat cinta RM1000, paling lega dan padan muka saya.

Tapi actually, saya dah lari pun kat Stadium Bukit Jalil dan masa otw tu dah kena tahan dah pun. Dia tanya nak pi mana, saya cakap nak gi jogging kat stadium. Dia ok je. Dressing saya masa tu mmg dressing sukan pun.

So, ini screenshot Strava saya.

Satu loop 1.4 km. So nak buat 5K, kena 3 kali loop + 0.8 km. Now, challenge dia adalah nak ending kat mana supaya start dia tu kat mana. Tanak la main start kat mana last sekali ending ntah mana. Mengikut anggaran saya (sebab hari tu saya tak lari 5K, cuma 4K), untuk cukupkan 5K dan ending dekat depan stadium dot oren, kena start kat dot kuning tu. Arah larian adalah dari dot kuning, ke atas.

5. Apa kelebihan route Bukit Jalil compare Kelana Jaya?

Bukit Jalil ada naik bukit sikit tapi turun bukit banyak, tapi elevation dalam 8m. Kelana jaya elevation ada sikit dalam 2m. So basically Kelana Jaya lebih flat berbading Bukit Jalil.

Tapi Bukit Jalil dia punya surface sedap la surface track dimana Kelana Jaya surface dia jalan tar biasa. Loop Bukit Jalil 1.4 km manakala loop Kelana Jaya 1.2 km, lebih kecil lagi kalau tanak lari masuk parking.

Bukit Jalil route sempit, Kelana Jaya luas. So kalau nasib tak baik, Bukit Jalil banyak nak kena elak runner lain kalau runner tak reti bahasa jalan kaki lane kanan.

Next since sekarang ni musim hujan, ada baiknya tengok ramalan cuaca. Di Bukit Jalil dan Kelana Jaya, pagi tu tak hujan tapi mendung. Tapi dua-dua hari bakal hujan pada waktu petang.

So kalau kira markah,

Elevation, BJ 0 – KJ 1
Surface, BJ 1 – KJ 1
Dekat ngan rumah, BJ 2 – KJ 1
Lebar, BJ 2 – KJ 2
covid19 compliance – BJ 2 – KJ 3
Anjing, BJ 3 – KJ 3
Kereta lalu lalang, BJ 4 – KJ 3
Cuaca, BJ 4.5 – KJ 3.5

So setakat ini, nampak Bukit Jalil lebih banyak menang dari Kelana Jaya.

6. Pacer

Disebabkan cubaan SUB25 ni agak mencabar bagi saya, maka saya meminta bantuan kawan saya untuk jadi pacer. Tapi kawan saya ni pulak, tanak pace saya the whole 5K sebab dia pun tak confident makanya dia mungkin akan pace saya 1 km terakhir. Saya suh dia naik basikal dia tanak sebab apa kejadah nak naik basikal kat Bukit Jalil tu which is betul jugak.

7. Water Station

Kalau sebelum ni ada water station bini ngan anak-anak saya jaga tapi kali ni rasa cam saya tak bawak depa kut sebab kes covid makin naik. Risau pulak. So water station maybe tak ada, saya cuma letak botol air je la untuk lepas race.

8. Race Time

Saya plan nak gi sana dalam kul 5:30 pagi. By 6:15 saya flag off. Paling lewat pun flag off kul 6:30 sebab rasa situ wikend mesti ramai runner so kalau boleh biar masa route tengah kosong.

Next posting adalah pasal race event tu, then pasal kasut, atau tengoklah mana dulu antara dua ni. Sial la. Untuk race kali ni saya tengok memang cam ada dua pilihan je.

Pertama, antara route mana. Kedua, antara kasut mana. Last sekali tu la, antara berjaya SUB25 atau gagal. Jilake memang seram ni. Resting HR pun dah naik. Stress.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *