siri7m : M1, Pt 17 – 5K SUB25 Race Day

Segala puji tuhan semesta alam besar dan alam kecil, serta semua alam-alam yang telah dan belum ada, syukur, pagi tadi saya berjaya achieve target saya untuk lari 5K SUB25 dengan catatan masa 24:50, sekaligus memecahkan rekod 5K lama saya pada tahun 2017.

“Kita mungkin boleh pulun training berminggu lamanya, tapi tetap, ada satu saat dalam race yang menentukan segalanya.”

Malam sebelum race saya masuk tidur pukul 9. 10 lebih baru tertidur pukul 12 terjaga semula. Nak tidur balik terkebil-kebil last sekali rasanya pukul 3 baru berjaya. Itu pun lepas saya buat breathing (meditation) dalam 15 minit. 5:30 bangun semula.

Mandi cepat-cepat, kemudian makan biskut oat sapu nuttela yang orang rumah saya dah sediakan. Minum air nescafe panas satu gelas dan sebelum keluar saya makan madu 2 sudu kecik tapi macam tebal jugak.

Saya sampai Bukit Jalil agak sang subuh. Suasana sangat gelap dan tidak ada lampu. Tak silap saya sekitar jam 6:00 pagi. Masuk situ kalau ikut pintu tengah, pintu yang paling dekat dengan gerbang stadium yang ada tulisan stadium bukit jalil tu kena bayar RM2.

Bila sampai saya tukar baju, kemudian sapu yoko-yoko kat mana-mana yang patut macam kaki, peha, pinggang lalu saya tukar kasut. Seluar pendek ngan spender burung nike memang dah pakai dari rumah. Untuk race ini, saya pakai Nike Zoom Fly 3. Kasut ni saya baru cuba sekali masa training haritu, tak silap saya 5K jugak. So untuk race ini, saya pakai kali kedua. Saya akan cerita sikit bab kasut ini.

Saya kemudian call kawan saya xpitat sebab hari sebelum kami dah deal, dia nak jadi pacer 1KM terakhir, tapinya ending dia haram….. kami jumpa la masa lari last sekali lepak kedai makan breakfast.

Now, untuk data race secara detail, boleh tengok sini. Namun untuk kenangan posting ini, saya screenshotkan kat bawah ni.

Sebenarnya untuk mula lari di keliling Stadium Bukit Jalil seawal 6:15 atau 6:30 sekalipun, suasana dia agak gelap. In fact, ada runner-runner lain yang lagi awal lari, saya tengok mereka pakai lampu kat kepala atau kat bahu.

Dan kerana semalam hari hujan, maka agak licin jugak kalau nak lari sebelah atas simen. Memang kena lari atas track. Atas track (merah) air serap masuk kebawah. Tapi challenge kat atas track ni ramai yang lari atas tu juga. Yang lari OK, tapi yang jalan melenggang kangkung ni memang cabaran besar sikit. Kita kena elak-elak kalau nak lari laju. Tapi ni risk assessment yang saya dah buat so oklah dah anticipate.

So saya stretching apa yang patut cam biasa, agak-agak langit dah cerah baru saya start slow jog ke point untuk starting. Seperti yang telah saya tulis pada posting sebelum ini, 1 lap 1.4 km so kena bajet kat mana nak start agar ending dia betul-betul kat mana yang saya nak which is depan main Stadium Bukit Jalil (yang ada text kat atas bumbung dia tu depan kolam air).

Now, untuk posting ini saya akan tuliskan 4 benda utama iaitu Kasut, Pace larian, Pacer dan strategi larian saya untuk mencapai sub25.

Kasut

Kasut Zoom Fly 3 yang saya pakai ni basically adalah NIKE entry level race untuk yang ada carbon fiber. Seperti yang saya bagitau tadi, ini kali kedua saya pakai untuk lari, pertama kali untuk race. Kali pertama masa training di rumah w18 Day 82. Race ni week 20. So 2 minggu sebelum test saya pakai kasut ni buat kali pertama. Masa tu saya pakai lari kat area rumah saya, kat luar.

Masa mula-mula pakai kasut ni, dia punya feeling rasa macam nak tercampak. Saya rasa sebab pertama adalah kerana carbon fiber plate dalam kasut ni. So memang perasaan spring-y tu benar dan wujud. Ditambah pula saya ni kurus kering, berat badan cuma 50 kg, maka bila saya lari tu effect dia memang agak tak terkawal.

Dia macam rasa nak tercampak tapi kita tahan tanak bagi kita tersungkur. So basically, itu adalah first impression saya pada Nike Zoom Fly 3 ni. So, personally bagi saya agak take time untuk saya familiarkan dengan kasut ni.


Nia Ilka menggayakan Nike Zoom Fly 3 sambil memeluk arnab

Dan mungkin, silap saya jugak, cuma pakai kasut ni sekali je masa training, kesan dia masa hari race, ini membawa kepada hal yang kedua. Pace.

Pace

Kalau tengok ke Strava saya, pace awal tu untuk saya yang dah tua ni consider agak laju sebenarnya, awal-awal start dah 4:32. Which is personally, ini sebenarnya satu mistake.

Kenapa saya cakap mistake adalah, plan asal saya patutnya saya nak lari pace 5:00 dan cuba buat negatif split. Ini pace estimation saya sebelum race. Rujuk 5K Firaun.

Bila awal-awal dah laju gila, masuk KM 3, saya mula nak pancit. Nyata ini benar bila avg pace untuk KM 3 adalah 5:16. Even sebenarnya masa lari tu, pace saya drop sampai 6:36 sebelum masuk KM 4. Punya jatuh teruk. Masa tu saya tengok jam saya dah macam, aaahhh fakkk lah dapat ke tidak ni?

So, faktor kepada kurang familiar kepada kasut, boleh menyebabkan kita tersilap pace. Nampak macam bagus pace jadi laju tapi kalau laju awal, ending memang suffer. Kesilapan saya adalah, patutnya saya banyakkan lagi lenjan kasut baru ni supaya saya betul-betul boleh control dan manage kasut ni bagi lebih serasi. Dia kira, nasib baiklah mental saya ni kuat sikit so saya push jugak untuk lari semampu boleh, kalau nak ikutkan, KM 3 lebih tu saya dah nak give up dah. Mengah!!!

Pacer

Seumur hidup saya, rasanya sekali je saya betul-betul ikut pacer. Race HSN tahun bila ntah yang saya struggle nak buat SUB2 HM.  Itu pun last sekali pancit pacer ntah kemana.

Untuk race ini sebenarnya saya memang plan nak pakai pacer. So plan asal dia saya nak lari kat Putrajaya. Tapi sebab kawan-kawan saya belaka tua, so kalau nak jadi pacer tu agak thrill untuk diorang. Maka, plan saya, saya mintak tolong kawan saya pace dengan basikal. Kawan saya ni duduk Putrajaya so senang la sikit. Jalan kat Putrajaya pun luas, tadehal.

Tapi sebab covid, nak ke Putrajaya dah merentas banyak daerah, saya mintak tolong kawan saya sorang lagi ni. Lagi thrill, kawan saya ni baru start lari dan baru first time lari cecah 5K itu pun terpaksa berenti sebab maximum HR naik tinggi gila. So deal punya deal, pujuk punya pujuk kawan saya setuju pace 1KM terakhir je sebab dia kata itu pun dia 50-50.

Tapi end up harammmm…. dia PER saya. Nasib baik dalam hidup ni saya pernah kena PER skala besar gila babi tak ingat dunia jatuh terduduk hilang motivasi hidup sampai jadi miskin hina so setakat PER pacer ni alah, apa ada hal.

So, macam mana saya buat nak maintain cuba lari laju tanpa pacer?

Saya imagine yang semua orang yang lari pagi tu ahsoh, amoi, ah beng, muhammad abdullah unknown dan lain2 semua tu adalah pacer saya. Tapi, instead of diorang pace saya secara side by side which is memang taklah, depa ni jadi pacer saya hanya dalam kepala saya. Fokus saya adalah untuk kejar semua yang ada kat depan saya dan saya mesti potong semua orang ni. Dan instead of target orang yang 10 – 20 meter depan saya, saya target yang 80 – 100 meter kat depan saya.

So basically, ketidak hadiran pacer untuk membimbing kita lari mencapai target pace kita, kita boleh menjadikan sesiapa sahaja yang ada disitu sebagai pacer, walaupun lagi slow dari kita dengan syarat kita mesti target untuk potong semua yang ada pada hari itu tak kira siapa.

At the end of the day, instead of ada pacer hanya untuk 1 km terakhir, bila kawan saya ni PER saya, saya ada ramai pacer yang bantu saya untuk lari dari km 3 hingga akhir.

Sometimes dalam hidup kita kena make it the best, out of nothing. Dan sometimes dalam hidup, kita jangan pilih jadi victim. Kita pilih jadi MASTER, mengubah takdir hidup kita. Stop giving excuse. Focus on how to improve.

Strategi Larian

Of course bila nak achieve something yang tak pernah kita achieve, kita mesti ada strategi. Untuk 5K sub25 ni, plan asal saya adalah untuk lari pace 5:10 x 3 + 5:00 + rempit 4:39 pada final lap. Namun ini adalah strategi asal saya yang kemudian saya tukar kepada ini.

Instead of fokus lari per KM, saya bahagi 5K ni kepada 3 part. Part pertama saya akan lari laju. Part kedua, lagi laju dari part pertama. Dan part akhir all out which is bukan lagi laju dari part 1 dan 2, tapi lagi laju yang pernah kita lari seumur hidup. Pada fikiran saya, bahagi 3 lagi senang nak manage, instead of bahagi 5. So saya minimalkan pembahagian speed tu.

MALANGNYA…. kasut tak familiar, last-last apa yang saya plan harammmmmm….. dia jadi gini pulak. Part 1 laju gila. Part tu dah mula pelan. Part last struggle nak mampus rasa mengah macam nak give up (tapi belum rasa nak pengsan lagi) end up nasib baik dapat sub25.

Saya ingat saya memang agak bernasib baik sikit maybe kerana hari race ni adalah hari birthday saya. Kalau saya lari hari lain maybe tak dapat sub25 ni.

KESIMPULAN

Alhamdulilah pada umur 41 tahun ni saya diberi pinjam lagi tenaga dan kekuatan oleh tuhan untuk buat sub25…. 41 kut… bukan budak muda. Dah la tu.. isap rokok kuat. Lepas tu pulak saya dah stop lari berapa ratus hari…. kira comeback ni boleh buat PB lagi so saya memang sangat-sangat bersyukur.

Sebenarnyakan, ada satu lagi yang saya belajar masa lari tadi. Tengok graph pace saya bawah ni, saya siap tandakan. Rujuk KM 3.6 then KM 3.8.

Terus terang saya katakan, masa 3.6 KM tu saya memang macam dah nak give up dah. Dia punya feeling masa tu macam…. ahhhh pergi mampus la sub25 ni, len kali lah try…. maybe kat KLSCM boleh lagi ada masa 4 minggu training. Yang aku pulun sangat ni pehal, banyak masa lagi kut…. aku bukan nak masuk race apa-apa pun, race VR. Suka hati aku la bila aku nak buat bila aku nak lari.

But then saya fikir balik. Kalau saya tak all out kali ni, ntah masa KLSCM tu pun saya boleh bagi alasan dan tunda lagi ke next race.

Maka selepas 200 meter slow down, saya tekad untuk teruskan juga dan saya mula lari sekuat yang boleh. Ini adalah split second dalam race yang saya kira, saya baru faham betapa, decision yang kita buat dalam sedetik, menentukan segalanya.

Dan saya fikir lagi, jangan harapkan orang lain bagi hadiah pada diri kita (ni sebab kebetulan 29 nov birthday saya), tapi kita sendiri kena usaha untuk bagi hadiah terbaik untuk kita. Yelah. Kalau kita sendiri tak bagi hadiah terbaik untuk kita, then kita expect orang lain pulak bagi hadiah terbaik untuk kita? What the hell man? Tuhan boleh cakap gini tau…. kau sendiri pun malas nak bagi the best untuk diri kau, kau harap AKU nak bagi the best untuk diri kau???? BANYAK CANTIK MUKA KAU?

Saat-saat seterusnya berlalu terlalu pantas untuk saya ingatkan kembali. Lalu apabila sampai ke pintu gerbang utama Stadium Bukit Jalil, saya mengangkat tangan untuk melihat jam buat kali terakhir. Muka ada sinyum bila cuma 10 saat lagi ke 25 minit.

Dan beberapa detik selepas itu, dari luar stadium, seakan terdengar dari dalam bunyi gembira sorakan konsert sebuah lagu……

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *