siri7m : M1, Pt 19 – 5K Race Firaun

Race 5K cubaan SUB25 yang telah berlangsung pada wiken lepas, 29 Nov 1979 eh silap, 2020, merupakan race VR dari company yang sama sebelum ni yang saya buat 5K SUB30 iaitu virtualrunners.org. Race dari German ini bertajuk, Pharaoh Marathon 2020. Nama je marathon tapi jangan terPERdaya. Gila sapa nak lari FM untuk VR. Kental bai.

Saya memang specifically pilih race ni sebab ada nama Pharaoh tu. Pharaoh ni bukan paria, tapi dalam bahasa melayu adalah Firaun. Firaun ini kalau kita pukul rata kita akan tengok asal Firaun je mesti masuk neraka. Hakikatnya bukan begitu.

Saya tak ingat bila tapi masa saya kecik dulu masa tu saya ada baca paper. Paper ni bukan paper mat salleh, tapi paper melayu. Rasa macam utusan. Tajuk dia waktu tu, (lebih kurang) Firaun masuk syurga. Saya cam, WHATTTT? Setelah baca artikel tu baru saya faham bahawa Firaun ini bukan ada seorang tapi ada banyak. Dia cam Sultan atau Raja. So, tak semua Firaun legend dia agama poli, ada seorang ni agama mono tapi saya lupa nama dia. Yelah… kita melayu nak ingat nama melayu pun payah, lagi nak ingat nama orang Egypt. Gila apa. Tapi ni muka la. Boleh google sendiri.

Firaun dalam Quran

Biasanya kalau dalam Quran cerita firaun ni adalah cerita dengan Prophet Musa. Ayat specific pasal firaun ini adalah  dalam surah sejarah, 28:38 dimana Firaun berkata yang tidak ada dalam knowledgenya ada tuhan lain selain dirinya, lalu beliau menyuruh arkiteknya Haman untuk membina bangunan tinggi agar beliau dapat naik ke atas dan melihat siapa tuhan Musa.

Untuk melihat lagi ayat-ayat tentang Firaun, boleh rujuk sini dan sini. Ada banyak.

Now. Firaun ni kita tahu bahawa dia ni mengaku dialah tuhan sebenar, which mean tidak ada tuhan lain selain dia. So macam mana boleh jadi begini? Itu panjang cerita dia tapi basically, kalau minat nak tahu kronologi bagaimana “ketuhanan” berpindah dari satu state ke satu state atau dari zaman ke zaman, boleh baca buku Reza Aslan tajuk : God, A human History.

Buku ni salah satu koleksi buku dalam library saya. Saya ada tulis review pasal buku ini boleh baca disini. Konsep yang Reza Aslan tulis agak dramatik kalau tak pernah dengar but anyway terpulang pada anda untuk memilih mana yang anda rasa benar. Kita semua masa kecik dulu kan ada ustadz ajar. So gali la dalam lagi sebab biasa kat sekolah tu dia surface je. Lemak la semua nak ajar kat sekolah…. But anyway, Reza Aslan ni dia pelik sikit. Bini dia kalau tak silap Kristian. Dia ni muslim. Anak dia kalau tak silap seorang yahudi seorang hindu. Cam gitulah. Bagus juga tengok hal macam ni supaya melatih kita jangan jadi judgemental. Dalam erti kata lain, buku ni kena baca dengan open mind. Kalau tak open, jangan baca.

Bagi saya, atau kebenaran perspektif saya yang ayah angkat saya ajo, Tuhan itu SATU. Bagaimana yang dikatakan SATU ini? Itu sendiri kena cari la. Ayah angkat saya kabo dulu SATU ni dia maksud dia tak ada DUA. Tapi explanation dia tu makan belas tahun nak paham walaupun ayat dia cam pendek je. Yela kalau DUA mestilah bukan SATU. Kan? Apa yang peliknya? Tapi betul. Masuk bab ni dia jadi pelik last sekali gila. Gila ni bukan gila main snooker tengah jalan. Gila ni camna ntah nak sebut.

OK. Back to Firaun. Cerita pasal Firaun ni level basic dia semua orang tahu dimana Firaun mengaku tuhan last sekali mati tenggelam dalam laut. Maksud dia, ko jangan sebarang nanti kena baru padan muka. Pengajaran yang boleh diambil dari kisah Firaun ini adalah, kita jangan rasa dengan apa yang kita ada ini adalah kerana kita. Firaun ni macam ginilah. Dia rasa semua dia punya, semua dia nak dia dapat. Last sekali ultimate dia, sebab semua benda dia nak dia dapat (ni bukan level nak beli barang kat kedai tapi ni level barang cakap jadi), dia rasa dia lah Tuhan.

Tapi cerita rasa diri Tuhan ni pada hari ni bukan macam, dimana, orang tu nak kena mengaku dia Tuhan macam Firaun, tapi lebih halus sampai tak perasan. Contohnya, kita rasa bila kita berjaya ada atau mencapai sesuatu, kita tak pulangkan balik pada tuhan. Tu dah dikira kita macam tuhanlah sebab kita rasa apa yang kita ada / capai adalah sebab kita. Atau pun kita being judgemental, yang betul hanya kita contohnya kita cakap gila apa Reza Aslan ni tulis buku pasal Tuhan tapi anak dia sorang pun bukan islam. Pun tak boleh jugak sebab yang betul hanya Allah ta’ala. Kita pulak nak amik tempat Tuhan nak jadi hakim tentukan orang ni masuk syurga orang ni masuk neraka. Apa hal lu (ngan gua)? Tuhan je yang layak dan tahu siapa yang beriman dan siapa yang tidak. Tak caya tengok sini.

Hakikatnya, macam saya ni, walaupun ada kereta ke ada motor ke ada blog hit sampai 500 K ke, ada kudrat nak lari ke boleh PB ke apa, sebenarnya kita tidak ada apa-apa pun. Yang memiliki segala, adalah Tuhan yang SATU. Boleh rujuk surah lembu, 2:142. Yang menidakkan ini atau yang tak percaya bahawa kita ni tidak ada apa-apa, adalah lembu (orang-orang yang bodoh / the ignorant). Ini bukan saya reka ya ini Tuhan yang kata.

Basically konsep dia gini. Bila kita lupa yang sebenarnya semuanya dari Tuhan, kita dah jatuh level “memunya”. Memunya ni perkataan lain dia adalah, “mengaku diri”. Bila “mengaku diri” ni yang bahaya. Sebab, kita lupa sapa “Master” kita yang hakikat.

Kalau kita mula, “memunya”, itu jam Tuhan akan uji kita dan tarik kurniaNya dari kita slow-slow…. kasi kita ingat. Ala contoh macam ni la. Si polan ni kaya. Kaya gila babi tak heeengat punya. Tapi sebab dia ingat dia kaya sebab dia yang usaha semua penat lelah tak tidur malam bagai, last-last Tuhan tarik dari diri dia. Kan banyak cerita drama swasta TV3 ke Astro macam ni. Sama macam kesihatan kita jugak. Kita mungkin tak nampak tapi tiba-tiba satu hari kita nak lari tak boleh. Tiba-tiba nak lari kaki sakit la. Tak pun kasut kena curi la. Takpun spender burung nike masuk dalam dryer pastu terus jadi keras…..Ini semua kena refleks balik diri tengok betul-betul maybe kita berlaku zalim pada diri kita sendiri. Zalim ni maksud dia, meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. So bila kita meletakkan semua itu kepunyaan kita, tak kena la tu pada tempatnya.

Tapi nasib baik Tuhan ni maha pengasih dan maha penyayang. Dia bagi hint kat kita banyak. Lepas tu pulak dia tarik slow-slow…. kadang-kadang je Dia rentap kuat-kuat sebab kita ni mantul tak ingat-ingat. Ni biasala sebab kita ni buta. Buta tu bukan mata yang buta, tapi hati tu gelap tak boleh nak tengok dengan jelas, atau, tak boleh nak “feel” dengan tepat.

Dan level “memunya” ni dia punya halus sampai kita tak perasan. Kadang-kadang tu kita sebenarnya beringat tapi bila mula start kena puji, congrats la itu la ini la, mula kita lupa. Mula la hidung kita ni kembang yelah…. 5K SUB25…. gila apa umur 41. Maka, ini yang bahaya.

Now, “memunya” adalah penyakit dia tapi macam mana agar tak terjerumus dalam penyakit ini?Macam mana nak stay constant dalam ingatan bahawa kita ini tidak punya apa-apa? Bila orang puji ke apa ke, dalam hati kita terus potong. Terus pancung. Segalanya adalah kurniaan Allah semata. Ha gitew. Dalam hati je, tak yah sebut mulut pun takpe. Tuhan maha mengetahui.

Rasa cam cukuplah tulis hal Firaun-memunya-mengaku diri ni sebab kang blog ni jadi blog agama pulak. Sekali sekala ok la. Cumanya mesej saya lari dalam race 5K firaun sampai dapat buat PB SUB25 ini adalah, saya sebagai manusia tidak mempunyai apa-apa pun. Kalau ikut logik berdasarkan prestasi larian saya dan umur saya dan jumlah rokok yang saya hisap sehari, agak mustahil untuk buat PB ni. Dah la lama berehat… Makanya makna dia apa? Maknanya, segala kudrat yang ada, segala willpower, ilham strategi larian apa bala semua adalah dari Tuhan semata. Tanpa Tuhan, kita ni habuk pun tarak. Punya la Tuhan nak bagitau yang kita ni level habuk, betapa besarnya universe ni Dia cipta compare dengan size kita?

Jangan perasan sangat sebab satu hari kalau Tuhan tarik semua…..

Lega…………..

Sesungguhnya dunia ini penuh dengan PER (tipu daya).

Bab Race Firaun

Satu yang saya suka company laghi German ni walaupun dia VR, dia ada ranking lepas kita submit timing. So result dah keluar, kalau ikut semua yang lari hari tu yang umur 41, saya podium no 2 beb (cam sial baru cerita pasal agama kejap dah lupa… inilah dia manusia :D)

Tapi yang umur 41 ni ada 32 orang je. Ini mesti race level kampung kat German ni. Anyway, kalau ikut kategori umur kumpulan orang tua tak sedar diri, 40 – 45, no 6 dari 45.

Kalau semua yang lari 5K laki ke pompuan, 44 / 986

Compare race sebelum ni, hari tu saya menang ngan Jesus. Kali ni ada dua Christian apit depan belakang, lain macam ni ada nak balas dendam ke?

Anyway satu je benda race kampung German ni. Medal yang hari tu sampai hari ni tak dapat-dapat lagi. Rasa cam traking hari tu dah masuk Malaysia. Ntah kemana la ni….. ini pulak nak tunggu satu lagi medal firaun…. ntah zaman bila la sampai hanya Tuhan yang tahu.

Ok tu je. Nak tidur, ngantuk. Bye.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *