siri7m : M1, Pt 20 – Marilah menuju kejayaan (kasut-kasut baru)

Untuk tahun 2021 ni basically saya dah sediakan set kasut-kasut baru saya bagi menggantikan set kasut-kasut lama saya. So basically, kasut lama saya semua dah boleh di-retiredkan dengan aman dan tenteram, which mean, kebanyakkannya saya sambung semula pakai untuk training. siri7m. Terima kasih kepada semua kasut-kasut selama ini yang telah berkhidmat dengan baik dan jayanya. Semoga anda (kasut tu bukan aok yang membaca) ditempatkan di syurga kasut yang paling tinggi.

Saya rasa fasa larian saya ni ada 3 la basically. Pertama, A new hope : yang ni, saya lari dari 1 km sampai FM, ending FM kedua di Tokyo Marathon. Kedua pulak Empire Strike Back : lemau dari larian… yang ni saya stop lari sebab dapat anak kedua Nia Ilka pastu amik lesen moto, beli moto, then mengembara solo pusing satu semenanjung 9 hari. Dan episode yang ketiga ni, boleh saya katakan, Return of the Jedi : siri7M. Dem fanboy starwars maaplah.

So masa A new hope tu, total kasut yang saya ada adalah 10 pasang. Daripada 10 ni, 2 saya dapat sponsor untuk review which is both Asics, 1 saya menang SCKLM kategori media 10K which is Brooks. 1 kasut trail salomon dan yang selebihnya Nike. Ni screenshot buat kenangan silam aku dan dirinya.

Antara semua ni paling saya suka ada dua, satu sebab design paling balance iaitu Nike Zoom Streak 6 hat oren tu, ditambah pulak kasut ni saya beli di Tokyo khas untuk lari di Tokyo Marathon. Kira paling sentimental dengan sayalah. Kasut PB, FM kedua.

Dan disebabkan saya ni bukan jenis monogami, which is saya jenis pandang di sebalik dan disebalik semua ni hanya SATU, so kasut kedua yang saya suka adalah Nike Pegasus 31.

Hat ni sebab inilah kasut pertama saya yang paling perfect zaman saya mula-mula lari dulu. Ni iklan dia Abang Mo lari. Lagu dari The Kills : DNA. Lagu layan gila dik. Abang Mo lari slow motion tapi laju, kita lari slow motion memang slow pun.

OK KITA DAH MOVE ON, KISAH LAMA JANGAN DIKENANG.

Now. Untuk siri7m ni, saya dah beli 4 pasang kasut. Untuk training kat treadmill dalam rumah,  saya guna Nike Pegasus 37 Fast City. Ni saya beli kat Nike Sunway Pyramid.

Hat ni dia kalau dalam gelap ada reflector.

Manakala untuk training luar rumah dalam kawasan taman ni ke atau kat mana-mana lepas covid esok, juga Nike Pegasus 37. Paling poligami Pegasus nampak. Minat betul apa dah tade kasut lain ke? Anyway ni beli kat Nike KLCC. Hat ni dah pakai masa race 5K SUB30 hari tu.

Kenapa saya pakai sampai 2 Pegasus? Sebab saya memang suka Pegasus, dan memang rasi dengan saya. No dua sebab pegasus ni kuda, so saya pun ada elemen kuda sebab saya sagitarius. Bila pakai tu terasa poyo cam kuda. No 3, Pegasus memang kasut training, tapak dia tebal so sebab training ni banyak lari, tapak tebal protect kaki kita.

Untuk race, ni saya dah bagitau rasanya, Nike Zoom Fly 3. Tapi saya silap la beli awal sangat. Kalau beli lambat sikit warna hitam dah keluar dah. Ni saya beli warna oren. Saya bagitau ke bini saya nak colorkan hitam dengan marker pen ala-ala blackout, tapi dia kata sayang pulak. Sayang bini punya pasal, saya biar je la warna manggo chiskek ni. Ni beli kat Nike KLCC. Kasut ni angle belakang memang mengancam. Angle tepi barai….

Kenapa saya pakai Zoom Fly 3? Pertama sebab saya nak cuba kasut carbon fiber tapi tanak spend banyak sangat. Kedua pulak sebab kat store Nike, ini je yang ada, lain kena beli online so saya malas nak amik risiko salah size. Ketiga sebab saya terpengaruh dengo cerita carbon fiber boleh kasi PB, so kena try la.

Now, lepas race 5K SUB25 hari tu macam ada beza sikit berbanding race 5K SUB30. Race SUB30 saya pakai Pegasus 37, race SUB25 saya pakai Fly 3. Beza dia pertama, sehari lepas race saya cam sakit kaki bagai tapi Fly 3 sakit kaki tu kurang sikit. Lenguh-lenguh tu cam tak banyak masa race pakai Pegasus 37. So kemungkinan Fly 3 ni kusyen dia lagi elok tu macam betul sebab masa race kita all out. Satu lagi kemungkinan Fly 3 save banyak energy masa race pun ya jugak sebab saya PB. Atau sebenarnya sebab saya dah training secara kumulatif, so kemungkinan yang atas ni semua PER je la so bila dah lama training, sengal pun dah hilang la. Ntahlah. Kasut ni saya baca mana ntah effect dia 5% – 10% je. Training jugak yang penting. Tapi kalau fikir balik kalau kasut tak main peranan, ahce ko cuba lari tak pakai kasut 42K.

Satu lagi untuk race jugak, Nike Zoom Streak 7. Yang ni tade kat Malaysia, kena beli online kat web, hantar dari Singapore. Kenapa saya beli Zoom Streak 7 ni? Sebab Zoom Streak memang sedap pakai untuk speeding. Masa menang 10K media kategori scklm 2017 dulu saya pakai zoom streak 6. Next untuk race 10K KLSCM ni saya maybe nak pakai yang ni. Antara semua 4 pasang, yang ni je tak pernah pakai lagi.

Cukup ke 4 pasang?

Kita pakai dulu, rasanya yang akan retired dulu maybe Pegasus 37 treadmill tu sebab banyak lari kat rumah je. Tapi saya tengah fikir sama ada nak beli Vaporfly (tengah tunggu warna hitam) atau Asics Metaracer. Dua-dua ni sebab carbon fiber, Vaporfly pada saya design dia acceptable tak macam alphafly design alien. Manakala Asics Metaracer sebab dia minimalist satu lagi sebab dia ada tulis Tokyo. Ni tengoklah kalau trade bitcoin ada untung boleh la beli, kalau trade rugi manjang haramlaaa. Basically semua kasut kat atas saya beli dengan modal RM500. So trade sampai beranak last sekali dapat 4 pasang. Oh ya. Bitcoin tahun depan kalau ikut Guru Nanak saya dia bagitau maybe nak pergi usd 22k ke usd 30k. Try search Allesio Rastani. Power mamat ni. Saya dah ikut dia makan tahun dah. Apa pun pepandaila deme. Tapi kena ingat. Bitcoin ni high risk.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *