siri7m : M1, Pt 23 – 10K SUB1 Race Day

Semalam saya tulis tentang plan training 10K Sub1 saya yang dianggarkan bakal berlangsung 2 minggu itu. Tapi pagi ini bila saya bangun, saya decide untuk terus lari dan cuba buat sub1.

Sebenarnya posting semalam adalah posting scheduled. Bila saya banyak masa, saya tulis untuk hari esok. Tapi bila saya tak banyak masa, saya tulis untuk seminggu terus. Basically saya dah pun training seminggu untuk sub1 ni. Kalau anda perasan, minggu pertama bagi training plan ini adalah w49. Minggu ini dah w50 dan kita cuma ada 2 minggu lagi nak pergi 2021.

1. Macam mana dengan Analisis Training Seminggu abiang?

Sebelum apa-apa, ini hasil training seminggu saya.

Basically dalam masa seminggu, kalau ikut target saya, haram semua tak tercapai pun. Speedwork target 39 minit tapi buat 49 minit. Speedwork kedua target 25 minit tapi buat 29 minit. Long run target 15 K tapi buat 10 K. Dan RE seminggu target 264, tapi sampai cuma 248.

In term of hari training, patut buat 7 hari tapi yang buat cuma 4 hari.

So kesimpulan dia, macam tak bersedia nak lari 10K Sub1.

2. Tapi kenapa abiang lari juga?

Basically sebenarnya selepas kerajaan tarik balik larangan merentas daerah & negeri, saya fikir weekend ni saya kena (wajib) balik kampung. Agak lama tak balik. Ditambah pula 16 Dec adalah birthday abah saya, so…. agak si tanggang kalau weekend ni kita lari race. Tapi kalau saya balik weekend ini, agak sukar pula untuk saya selesaikan race 10K KLSCM. Sebab bila balik kampung, mood tu dah berubah mood nak rilek.

So saya cuma ada dua pilihan. Lari minggu ini, atau tak lari terus weekend nanti.

Makanya pagi tadi bila bangun tidur, saya fikir, better saya buat race tu hari ini. Maka saya ke Stadium Bukit Jalil dengan zikir, doa, harapan, matlamat, angan-angan, surah yassin, agar, walaupun training tak seberapa malah tak cukup langsung, saya boleh buat juga sub1. Ketika memandu ke Stadium Bukit Jalil yang jalannya lengang dan tak banyak kereta lalu lalang, saya membayangkan mak abah saya….

3. Sudahnya abiang berjaya atau tidak sub1?

Bila kita buat sesuatu demi mak abah kita, dia punya pergi memang lain macam. Bagilah fakta atau statistik, data sains bagai, tetap… ada mistik yang akan manoeuvre segalanya. Benda ini bukan saya sembang. Tapi dah terjadi dah pada saya banyak kali. Malah, dalam siri7m ini, waktu cubaan 5K SUB30 hari tu, Supreme God dah tunjukkan kepada saya. Maka, nikmat mana lagi yang saya perlu dustakan?

Mungkin selalu orang cakap macam ini, namun tak selalu orang explain, macam mana boleh jadi macam ini? Kenapa kalau usaha kita tak seberapa, tapi bila kompas kita itu adalah mak abah kita, kita akan berjaya juga?

Pertama, kerana darah didalam badan kita adalah darah mak dan abah kita. Maka, energi yang ada dalam diri kita ini, adalah sebahagian daripada energi mak abah kita juga. Mak abah mana yang tak doakan kejayaan anak-anak? So kalau kita dalam sedang usaha mengerjakan sesuatu, tapi kita terpaksa pendekkan usaha itu, atau utamakan mak abah kita, di sisi Supreme God yang maha mengetahui segala isi hati di dalam dan di luar bumi, takkannnnnnnnnnnlah Supreme God tak tolong kita?

Kedua, di dalam Quran ada satu ayat ini. Nasib saya baik sikit sebab saya jumpa ayat ini masa saya muda. Boleh rujuk surah lembu ayat 215.

Ayat ni maksud dia, ko jangan risaulah ko spend duit atau time atau apa pun untuk mak abah ko sebab Supreme God tahu dan aware. Kalau Supreme God tahu, adakah ko rasa Supreme God akan buat ko rugi? Pernah dengar takkan miskin seorang anak kalau bantu ibu bapa?

Ini bukan main-main punya cerita dan bukan cerita orang lain sebab ini cerita saya sendiri. Saya belikan ayah saya X70 baru sebab kereta yang ayah saya bawak tu masyallah uzur gila. Saya beli kereta ni sebelum MCO hari tu. Masa saya nak sign agreement dekat bank, saya dapat parking depan pintu masuk bank kat Sunway yang gila sibuk tu. Masa saya baru nak bayar first instalment, Supreme God gerakkan hati Prime Minister suh buat lock down dan bagi moratorium tak payah bayar loan 6 bulan. 6 bulan ayah saya pakai kereta baru free (tapi takleh gi mana la takat gi kedai beli ikan).

Malah, di kala musim covid kawan-kawan saya banyak yang mengeluh kena buang kerja atau bisnes teruk, saya ni tengah interview staff dan ambil 4 budak baru untuk kerja, dan kami mungkin kena pindah ofis baru sebab ofis sekarang sempit. Betapa, jangan kita perleceh atau tidak beriman pada janji Supreme God.

Hakikatnya, once kita duduk dalam gelombang divine, anything yang out of mind boleh berlaku dengan kun-fayakun-nya. Cuma nak duduk dalam gelombang divine ini yang banyak hal dan ujian dia level malapetaka. Nak masuk duduk satu hal. Nak maintain duduk, itu another story. Tapi yang penting adalah, walaupun dah duduk dalam tu, jangan perasan yang duduk itu kita. Bila kita mula perasan, gelombang hell pulak menanti kita.

Dan satu lagi. Alang-alang…. Jangan sesekali membenci mak abah kita. Ini memang petanda nak hidup susah dunia akhirat. Seburuk mana mak abah tu, layankan saja. Mak abah juga adalah ujian kepada kita sebagaimana kita juga adalah ujian kepada mak abah. Kalau tak ada mak abah kita tu, tak ada kita kat dunia hari ni. Jangan memain. Sebab mak abah kitalah kita ni dulu-dulu PB, podium first place dalam ovum.

4. Panjang lak abiang tarbiah, so dapat tak sub1?

Opss, sorry kalau cerita bab Supreme God saya memang serius sikit. Anyway, Alhamdulillah, rezeki Supreme God bagi….. ini screenshot race pagi tadi. Basically sub1, 56 minit 49 saat.

5. Kira ni official 10K KLSCM abiang lah?

Ye dik. Target abiang dah achieve, so abiang dah pun upload GPX ke apps. Oh ya. Bagi yang malas nak lari KLSCM ni pegang handphone atau ikat handphone kat dahi, anda boleh je lari guna jam.

Habis lari, export GPX. Benda ni boleh export dari apps jam anda atau dari Strava. Paling senang guna Strava. Then upload ke web depa. Bila dah upload tu, buka balik apps, pergi kat feed kita, select run kita tu dan submit as race result.

Boleh rujuk detail kat sini.

So kalau ikut ranking hari ini bagi race 10K kategori ortu (orang tua) berumur 41 – 45, saya duduk nombor 47. Tapi saya agak weekend ni mesti ramai lagi champion sebenar akan lari dan tunjuk taring so, harap saya menten top 100 jadilah,

Maka untuk yang akan lari pada weekend ni, all the best and good luck!

6. Biasa abiang ada cerita moment dalam race. Kali ni ada tak?

Kalau tengok pada pecahan pace saya tu, ada kenaikan speed mendadak dangdut pada lap ke 9 dan 10. Macam mana benda ni boleh berlaku?

Now, pagi tadi saya lari di loop Stadium Bukit Jalil. Sebab saya decide nak race ni spontaneous, so saya keluar rumah dalam pukul 7. Biasa kalau hari race saya keluar pukul 5:30-6:00. Tapi hari ni taklah.

Sampai stadium dalam 7:20 gitu, so warming up bagai itu ini, dalam pukul 8 baru saya start lari. Masa saya lari tu orang tak ramai sangat so oklah. Maybe hari ni hari kerja, ada faktor tu. Bila dah dekat nak pukul 9 tu, saya ada perasan yang ada 3-4 orang budak muda body gaya atlit tengah bersiap nak lari. Saya agak depa ni budak sekolah bukit jalil.

Elok saya dah sampai lap 9, tiba-tiba dari belakang budak ni lari bapak laju. So saya bersyukurlah sebab last-last minute ada pacer bantu saya. Budak ni budak pompuan. Body macam jantan. Saya cuba follow dia tapi tu la dia. Kita ni dah tua. Dah lari 8 km lak. So makin lama makin jauh dia tinggalkan saya. Elok saya nak masuk lap akhir lap 10, ada seorang lagi dari belakang laju gila potong saya. So saya sekali lagi alhamdulillah sebab Supreme God hantar 2nd pacer. Dia tahu saya waktu tu dah nak sayur dah kalau takde pacer, maybe 59 minit hari ni. So saya gagahkan juga, saya cuba follow. Walaupun makin lama makin jauh, tapi saya berjaya habiskan 10K dengan masa yang saya target. Untuk dua budak pompuan yang body korang cam jantan tough gila, abiang ucapkan terima kasih sebab lari depan abiang tadi. Walaupun korang bukan nak jadi pacer abiang pun, tapi mintak maaplah abiang mempaceri korang. Eh betul ke mempaceri? Rasa cam salah. Mempaceri ni orang yang menjadi pacer. Orang yang dijadikan pacer boleh jadi….. dipaceri? Demmm…. dipaceri awek berbodykan jantan.

7. Macam mana dengan kasut?

Saya pakai kasut lama saya Nike Zoom Streak 6. Kasut ni dah 109 KM, so lepas lari ni dia jadi 119 KM. Basically, memang saya rancang pun untuk retirekan kasut ni dengan race sebab mula-mula pakai dia dulu masa race Tokyo Marathon 2017. So kasut ni saya akan simpan dalam lemari sebagai tanda kenangan. Sedap kasut ni. Banyak jasa.

Bermula dengan sebuah race, berakhir juga, dengan sebuah race.

8. Last sekali penutup. Apa kesimpulan dia?

Kadang-kadang dalam hidup ni kita ada limitation nak buat sesuatu. Tapi, itu bukan alasan. Yang sebetulnya dengan limitation yang ada, kita kena pandai nak adapt dan harungi dengan tenang agar berjaya.

Macam mana nak berjaya dalam hidup atau lebih specific lagi, nak berjaya dalam limitation? Jangan lupa mak abah. Even, mak mertua pak mertua, adalah mak abah juga. Ko bayangkan abiang ni baru ada seorang mak mertua. Kalau abiang ada 2 mak mertua? Mau race hari ni abiang sub45. 😀

Kenapa tak boleh lupakan mak abah? Sebab dalam kita, ada DNA mereka. Kerana DNA ini, hidup kita di dunia sama ada “dibunuh” atau “naik ke langit, terbang tinggi”.

Memang larian ni satu benda yang kita sangat passionate untuk buat. Tapi jangan sampai, larian menyebabkan kita lari dari “asal usul” kita.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *