7M

Lepas buat comeback, rasa macam nak kena buat long term target, so saya mintak ilham. Ahkirnya dapat ini. #siri7M.

Apakah 7M? 7 mangkuk? 7 m myr? 7M adalah target baru secara long term dalam kerjaya larian saya. Ia mungkin makan masa 7 tahun atau paling cepat 5 tahun. Ia bermula dari larian 10 x treadmill di rumah hingga seterusnya …………. Ending 7M ini saya tak pasti boleh capai atau tidak tapi saya akan cuba sedaya upaya.

Sesungguhnya manusia mempunyai asa tapi tetap, asa kepunyaan yang ESA.

 

Catalyst

Balik dari Tokyo Marathon 2017 saya stop lari. Punca utama pertama sebab saya dapat anak kedua Nia Ilka so busy sikitlah jaga baby. Tapi bila tengok-tengok balik rupanya itu bukan punca utama. Punca utama dia sebab dah tak ada challenge nak buat. Ye la silap saya jugak buat target cuma nak pergi World Major.

Now, setelah buat comeback pada tahun 2020, saya cuba mencari ilham apakah challenge seterusnya. Maka saya start dengan membeli seekor treadmill dan tengok dari situ boleh pergi ke tidak. Saya dapat gambaran kemana heading atau arah saya namun lepas saya lari 10 K race MOTS, gambaran itu makin jelas. Maka lahirlah #siri7M.

Inspirasi

Yang paling saya kesalkan dalam hidup ini adalah semasa saya muda dulu, saya tidak berapa faham tentang ilmu timeline & projection. Saya lebih banyak, go with the flow. Sebenarnya dalam hidup ini kita kena set mission, decide dan take action. Setelah melalui pelbagai episod naik turun, saya akhirnya faham tentang hakikat dan takdir. Barangkali ini hikmahnya menjadi jahil pada usia muda. Masakan seseorang boleh menikmati cahaya tanpa kegelapan menyelubunginya?

Yang dimaksudkan takdir telah tertulis bukanlah masa depan itu Tuhan telah tulis apa yang berlaku. Sebaliknya, segala kemungkinan yang mungkin / bakal berlaku, telah Tuhan tuliskan. Kerana Tuhan itu terlalu akan sangat MAHA, segala possibility untuk kita sebenarnya “unlimited”. Lalu atas kita ini sebenarnya untuk memilih dan berusaha untuk menjadi “kita” yang terbaik. Ini bukan konsep ciptaan saya, tetapi inilah yang saya jumpa di dalam Quran. Rujuk Quran 6:59 dan 13:11.

Itu adalah bagaimana melihat segala kemungkinan, ini pula sedikit tentang bagaimana agar konsep “dipermudahkan”, menjadi paksi usaha kita mencapai matlamat, rujuk Quran 18:10. Kadangkala mengejar sesuatu menjadikan kita obses jika terlebih ramuannya. Sudahlah begitu, jika gagal, kita kecewa pula. Bukan semua orang boleh move on dari longkang gelap ini. Maka bagaimana instead mengejar sesuatu, sesuatu itu datang kepada kita? Resonans diri ini menyebabkan alam membentang jalan yang lurus, untuk kita lalui. Lalu, sesuatu yang tidak tercapai atau sukar dicapai, connected, dihidangkan kepada kita dengan lebih mudah.

Ini adalah intipati #siri7m. Ia bukan sangat tentang proses mencapai sesuatu, instead, bagaimana untuk menghidupkan sesuatu yang telah lama tidur di dalam diri, agar menjadi sebahagian dari SATU yang lebih besar. Lalu, ia bukan tentang mengejar sesuatu, tetapi bagaimana menjadi sesuatu yang mempunyai magnet untuk achieve sesuatu target. Larian, adalah sekadar content semata atau tools. Context yang utama adalah yang seperti saya tulis tadi.

“Jika kau berjalan kepada Aku, maka Aku akan berlari kepada kamu. Jika kau berlari kepada Aku, maka Aku akan terbang kepada kamu…….”

Current Milestones

 
Jumlah hari sejak mula adalah 150 days.

Milestones Progress

 

 

Catatan Blog

Catatan2 berkaitan pengembaraan #siri7m. Jika saya tidak sempat untuk menulis novel secara lengkap, anggap ini adalah mini novela. Semoga terhibur dan ada manfaatnya.

MILESTONES 1 :
Selepas 780 hari tak lari, saya cuba menjadikan larian sebagai rutin semula. Bermula dengan larian treadmill, saya decide untuk tengok sama ada saya mampu atau tidak untuk lari semula. Maka saya cuba training plan 10K beginner dari Runnersworld, seterusnya masuk satu race 10K virtual bagi melihat sejauh mana hasilnya.

Part 1 – Kembali fit at least 30% daripada zaman paling fit
Part 2 – Training untuk 10K
Part 3 – Analisis Training sebelum race 10K
Part 4 – 10K VR MOTS Race
Part 5 – 10K Race Day

Result larian 10K tersebut bolehlah. Walaupun tak macam masa saya muda dulu tapi saya terima seadanya sebab sepanjang lari 10K, ini yang paling barai rasanya. Namun bukan ertinya saya tak boleh nak improve, maka next target saya adalah untuk improve dulu 5K saya. Ini mungkin makan masa yang lama sebab benteng besar dalam minda ini adalah faktor umur dan tenaga. Next target, 5K SUB 30.

Part 6 – Next sub milestones, 5K – The Why
Part 7 – 5K VR Berlin Break-the-Wall Run
Part 8 – Training untuk 5K SUB 30
Part 9 – Marilah menuju kejayaan (dengan gadjet baru)
Part 10 – Sedar tak sedar nak masuk 10 minggu dah lari semula
Part 11 – Analisis Training sebelum race 5K SUB 30
Part 12 – 5K SUB 30 Race Day

Dengan catatan masa SUB30 iaitu 26 minit 28 saat, rasa confident menang kalah takpe itu semakin menebal. Kalau ikut training patut race timing barai total. Mungkin ada sinar keberkatan dari membawa anak bini dan mak pak pergi vacation seminggu sebelum race. Siapa tahu? Maka next target saya adalah untuk lari 5K SUB 25. Ini adalah target paling kari selama ini sebab PB 5K saya pun 25 minit 44 saat (2017). Sekarang dah 2020. 3 tahun selepas tew… Kita tengok hasil kari dia.

Part 13 – Next sub milestones, 5K SUB 25 – The Hell?
Part 14 – Training untuk 5 K SUB 25

Bersambung…

Spotify Playlist

Berikut adalah lagu-lagu yang saya dengar sempena siri ini, disusun ikut milestones. Boleh follow spotify playlist, search #siri7m :