Soalan : Cerita paling kelakar dalam kerjaya saya sebagai runner

Kita lari ni kan macam-macam cerita kita dengar. Tapi ada satu ni power gila bakhang. Harap prepare untuk ketawa. Kalau kat office tolong tengok kut-kut boss ada kang ingat kita gila.

Ada satu soalan ni. Orang ni tanya kat saya. Siapa orang ni, saya terpaksa rahsiakan la. Dia tanya saya gini.

Energy gel yang selalu orang dok beli tu, buat sapu kat kaki ke supaya boleh lari laju?

Now, saya mintak maap la saya ketawakan dia sampai sakit perut sebab dia ni kawan saya. Kalau dia bukan kawan saya stranger tak kenal, sumpah saya tak ketawa dan saya akan bersikap professional. Kita jangan sekali-kali ketawakan ketidaktahuan orang sebab macam la kita ni pandai sangat walhal kita 2×5 bengong juga.

Tapi kalau kawan, takpe dimaafkan kalau kita ketawakan dia sampai keluo air mata. Dan sebab kawanlah kita kena bersyukur, at least kita boleh lagi ketawa bersama…..

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *