Solat / Sembahyang masa Race

Screen Shot 2015-03-17 at 12.02.12 AM

1. Berbulu betul mata saya bila baca komen macam ni. Saya tak tahu kenapa, tapi memang tumbuh bulu. Bulu yang tumbuh ni, punya la panjang, sampai kalau letak atas jalan, jarak dia 42K tau tak. Full Marathon.

2. Kenapa kita nak expect orang sediakan tempat sembahyang untuk kita, sedangkan kita boleh je nak sembahyang kat mana-mana?

3. Lemah betul kita ni sampai kita nak sembah tuhan kita pun kena make sure orang entertain kehendak kita?

4. Dulu masa saya pergi umrah, saya pernah semayang atas jalan sebab lambat. Biasalah. Orang muda. Nasib baik saya pakai serban konon mengarabkan diri, so saya buka serban saya dan bentang jadi sejadah. Akhirnya dahi saya terbakar dan hitam lalu orang kampung ingat saya kuat sembahyang sejak balik Mekah. Padahal depa tak tahu yang saya semayang lambat dan semayang atas jalan tar yang panas.

5. Masa saya travel ke Bali, saya tengok ada orang islam sembahyang kat sebelah patung burung Garuda yang besar gila tu rilek je. Makcik ni solat macam solat kat masjid. Dia tak pakai telekung pun tapi tutup aurat semua dan selendang dia dijadikan sejadah.

6. Ok. Cakap banyak tak payah. Kalau tengah lari tak tahu kiblat kat mana, ini saya beri contoh apps yang kita boleh guna untuk tengok arah kiblat. Saya siap bagi apps kiblat yang design cantik dan tak sakit mata punya.

screen1136x1136

Pergi kat iTunes, search Qibla Compass by Sumaiya Omar. Android pun ada berlambak-lambak boleh download. Apps Runkeeper, Strava bagai ada, apps Kiblat takde. Apa ke jadah.

7. Ok apa lagi? Lari pakai seluar pendek tak tutup aurat?? Pakai tight nampak angry bird? Bawak kain la. Gulung. Ikat kat dahi. Kalau tak ikat macam kain mantel Penjejak Awan tu. Susah sangat bawak baju raya kau la tak pun lari pakai jubah.

8. Lagi? Air semayang? Yang ni kalau tak tahu takpe dimaafkan. Sebenarnya kita boleh ambil air semayang dengan jumlah air satu gelas sahaja. Masa kecik dulu kat surau sekolah ustadz saya demo. Semua budak terperanjat beruk. Konsep dia, meratakan air kepada seluruh anggota wudhu’. Kalau malas bawak botol, bawak spray kecik. Beli kat kedai. Kat Muji Sunway Pyramid ada. Kalau tak cukup duit pegi cari kat kedai jepun 5 ringgit tu kat Midvalley. Ni, tengok video bawah ni.



9. Apa lagi. Sejadah? Adoi. Kalau malas lari bawak sejadah, korang bawak la sapu tangan. Takkan berat kut. Tak lari aihhh catatan masa rekod dunia terhandal korang tu kalau bawak sapu tangan kecik. Kat Mekah nu ha tak payah sejadah pun. Atas simen shopping complex Clock Tower tu pun orang sujud. Oh tapi kang korang cakap kat Mekah lain sebab takde anjing la apa la. Dah kalau kau tau nak semayang tu jangan la semayang atas taik anjing. Cari la tempat bersih. Ah susah sangat bawak sapu tangan kalau was-was.

10. Apa lagi benda yang boleh menyebabkan semayang korang tu tak sah? Apa lagi? Tolong cite sikit.

11. Malu la sikit kat orang lain. Nak semayang pun kecoh. Macam kau sorang semayang. Tak yah masuk race aah kalau gitu. Pergi duduk kat masjid.



Kongsi di :