Solat Terawih

Ada orang pilih nak lari Fun Run 5K. Ada orang pilih 10K. Ada orang pilih 21K. Ada pulak yang pilih 42K. Tapi ada yang lagi gila, depa pilih 100K Ultra. Ada yang masuk race dekat negeri sendiri. Ada yang sanggup ke negeri lain untuk race. Ada yang lagi hardcore, lari kat oversea.

Tapi semua mereka ni masuk acara larian. Matlamat mereka sama. Menghabiskan race.

Ada orang solat 5 kali sehari. Ada orang solat 5 kali sehari campur dengan solat sunat sebelum, dan selepas. Ada orang pada bulan puasa buat solat terawih. Dalam terawih ini, ada yang buat 8 rakaat. Ada yang boleh buat dan sanggup buat yang panjang, 20 rakaat. Ada yang lagi mantap, mereka sambung qiamulail dan solat tasbih. Antara semua ini, ada yang buat sendirian di rumah. Ada yang buat berjemaah dengan keluarga dirumah. Ada pula yang sanggup ke masjid berjemaah dengan kawan-kawan.

Tapi semua mereka ini solat. Matlamat mereka sama. Mengabdikan diri pada tuhan.

Kesimpulan

Kita tidak perlu menghakimi orang lain. Kita tak perlu samakan orang lain dengan kita. Dan paling penting, kita kena tahu apa yang kita buat, dan kenapa kita buat. Tak perlu ikut orang. Tak perlu ikut bulan apa.

Seperti mana kartun ini mempunyai pandangannya sendiri, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri.

20092_1000547769970317_8491076442150242103_n



Kongsi di :