Spenda Kuat

Selain seluar burung, (compression tight), ada satu lagi yang jangan kita lupakan iaitu Spenda Kuat. Apakah Spenda Kuat?

Spenda Kuat adalah seluar spender yang dipakai oleh insan yang sedang berlari. Ia sangat penting bagi menjaga keharmonian alam larian dan juga kesihatan burung anda.

Alah, macam orang pompuan la pakai sport bra. Orang laki pun ada juga.

519977!NIKE-8095

Sebelum apa-apa, mari kita lihat kenapa spenda kuat penting untuk lelaki.

1. Agar kedudukan burung selesa
Spenda kuat mempunyai cutting yang perfect untuk meletakkan posisi burung anda pada tempat yang sepatutnya. Bak kata ustadz kat sekolah dulu, ZALIM adalah bermaksud meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. So kalau kita letak burung bukan disarang, kita ZALIM. Bila burung tidak selesa masa kita lari, kita akan mengalami masalah meng-adjust burung agar selesa. Jika awek nampak perlakuan kita ini, kita boleh dituduh membelai burung ketika berlari. Lebih teruk, kita dituduh membelai burung kerana melihat awek tadi.

pro-hypercool-mens-6-training-shorts

2. Agar burung tidak …..  Ala…. negaraku? 
Biasanya kita pergi race pagi-pagi atau subuh-subuh. Suasana tu sejuk lain macam. Bayangkan kalau burung anda bebas dan tidak ada sekatan, tiba-tiba minda anda tak terkawal oleh kerana suhu persekitaran sejuk melampau ataupun sajian visual-visual yang mengundang khayalan, tiba-tiba burung anda macam phoenix bangkit dari abu. Sembunyi belakang member atau cepat-cepat bayangkan kubur.

3.  Kerana underwear Cotton tidak sesuai dibawa berlari
Jika kita lari dan pakai underwear cotton, masalah dia adalah kain cotton menyerap peluh dengan hebat. Ia menjadikan underwear cotton itu berat dan basah lencun. Bila dah lencun, kain cotton jadi pejal dan tidak lagi lembut. Geseran kain cotton ini dengan kulit burung ketika berlari adalah bahaya. Ini menjadi faktor kepada agen punca melecet burung kita. Burung melecet? Oh tidak!

4. Kerana suasana lembab punca fungus membiak
Bila dah lencun, masalah satu lagi adalah fungus. Bila fungus membiak dengan sihat, mulalah gatal-gatal. Sebelum jadi runner tak pernah ada masalah kegatalan pada burung. Lepas jadi runner ada masalah kegatalan burung. Punca dia apa? Pakai underwear lencun daripada race sampai ke after race, pergi lagi lepak kedai mamak, dah senja baru balik rumah. Burung bukan takat diserang fungus, malah hampir mati lemas.

5. Kecuali menggunakan Vaselin / Losyen
Ada runner yang memang mental kuat. Lari mau commando aja sebab nak capai freedom. OK silakan. Tapi ada rahsia dia. Depa ni pakai vaseline atau apply some skin care pada peha dan sekitar burung untuk mengurangkan geseran sekaligus menyebabkan burung melecet. So ada layer of protection dari losyen bagai. Apply losyen tu pun jangan lama-lama. Kejap je.

Walaubagaimanapun, memilih spenda kuat mestilah betul dan tepat. Kesilapan memilih boleh mengundang nestapa.

1. Spenda kuat yang terlalu ketat
Kena hati-hati dengan size. Jangan malas nak try sebab spenda kuat boleh dibawa masuk dalam fitting room untuk testing. Spenda kuat yang terlalu ketat boleh menyebabkan perjalanan darah tersekat. Bila ini berlaku, ia boleh membahayakan burung anda kerana bila darah tak berjalan dengan lancar di groin anda, ia menyebabkan testicle anda terancam. Anda nak ke burung anda kurang darah? Saya tanak.

2. Spenda kuat sepatutnya menyerap peluh dan sentiasa kering.
Material spenda kuat sepatutnya menyerap peluh dan menukar peluh kepada wap air dengan cepat melalui teknologi kain itu sendiri. Macam dry fitlah. Jangan beli spenda kuat yang bertakung air peluh. Itu sudah defeat the purpose.

3. Spenda kuat sepatutnya kain dia tak licin
Ada setengah brand dimana kain spenda kuat ni licin sangat. So bila pakai tu last sekali burung tak selesa juga sebab burung terslide masa lari. Kena cari yang kain dia tak licin agar burung maintain cool.

4. Spenda kuat sepatutnya mempunyai line jahitan yang kedudukan tepat
Ada setengah spenda kuat yang line jahitan atau line sambung antara kain dia berada pada posisi yang salah. Posisi atau kedudukan sambungan jahitan ini berada pada tempat yang lebih mengundang kepada kemelecetan burung. So kena perati betul-betul kat mana tempat jahit dia sambung. Biasanya tempat jahit ni dia tebal sikit so bila tebal dia keras. Bila keras dia bahaya dan tajam.

5. Spenda kuat yang mempunyai size tag brand yang melampau
Actually saya baru beli 2 spenda kuat Nike ni. Saya try semua ok. Masalah saya cuma satu je setakat ni. Tag putih dia tu bapak besar cam gergasi. So masalah dia pinggang saya jadi gatal sebab kena tag besar ni. Untuk elakkan gatal sebab tajam, saya keluarkan tag putih ni belah luar. Later saya nak minta tolong bini saya gunting tag putih bangang ni.

Ini review dari youtube untuk keselesaan burung anda. Ingat, burung yang sihat, memberi senyum kepada isteri kita. Bila isteri senyum, dia tak bising kita nak lari kat celah mana pun.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *