Strava : Apakah Suffer Score

no-sign

Suffer ni menderita dalam bahasa melayu. Kalau Suffer Score, maksudnya Skor Penderitaan. Tak sangka larian boleh membawa kepada penderitaan. Mungkin salah lari arah atau menyesal lari atau boleh jadi lari dalam neraka. Boleh jadi juga salah teknik.

Screen Shot 2016-02-11 at 11.29.49 PM
So Suffer Score Strava adalah analisa Heart Rate berdasarkan pengiraan kepada relatif Maximum Heart Rate, untuk menunjukkan betapa kerasnya usaha anda dalam larian. Hanya terdapat untuk premium member.

Makanya Suffer Score untuk Strava ini bukanlah negatif, tapi positif. Bukan pasal salah apa tapi pasal sejauh mana runner tu berusaha keras.

Berapa Skala Penderitaan?
100 – 150 : Tough
151 – 250 : Extreme
250 – ++ : Epic

Berapakah Skor Penderitaan paling epic antarabangsa?
Setakat saya jumpa, 1592. Gila. Putus cinta mungkin sebab kalau kena buang kerja tak jadi macam ni sangat.

Screen Shot 2016-02-11 at 11.55.53 PM

Katakan 2 runner lari pada route yang sama, adakah Skor Penderitaan dia sama?
Tidak. Sebab masing-masing mempunyai Heart Rate yang berbeza. Jalan mungkin sama, tapi pengalaman melaluinya…………….. berbeza adinda.

Apakah pembuktian yang boleh dibincangkan dalam sessi Post Race tentang Skor Penderitaan?
Hang lari ka hang main guli? ATAU Hang gila… hang nak bagi pecah jantung?

Kesimpulan
Suffer Score cumalah parameter untuk mengira penderitaan larian anda secara fizikal berdasarkan degupan jantung. Sebaliknya, penderitaan jantung batin tidak dapat dikira melalui skor ini.

Langkah Seterusnya
https://support.strava.com/hc/en-us/articles/216917077-Suffer-Score-Premium-

Kongsi di :