Strava Art : Punca Idea Pt 1

Seperti biasa, bila menjelang 25 December, saya akan buat satu challenges larian yang bersifat macam-macam. Pada tahun 2014, saya lari lumba dengan LRT atau #racethetube. Ini adalah akibat dari terinspire #racethetube global yang bermula di London tak silap saya. Boleh baca detail pasal itu disini.

Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 6 – The race!
Manakala pada tahun 2015 pula, oleh kerana nak lumba dengan kapal terbang saya mungkin kalah, so saya decide untuk lari dari rumah ke ofis dan dari ofis balik semula ke rumah. Ini semua sebab tahun 2015 tahun ekonomi barai so significant dia agar 2016 ekonomi syarikat saya kuat balik namun malangnya 2×5 juga. Lagipun kalau orang tanya saya pernah lari pergi ofis tak? Saya boleh kata dengan yakin tanpa muslihat, Pernah! Boleh baca sini.

Race : Berlari ke ofis, berlari dari ofis ke rumah

So tahun ini saya puas fikir saya nak buat challenges apa. Last-last saya tengok news dari Strava, ada mamat nama Stephen Lund buat Strava Art koboi naik zirafah guna basikal. Memang ohsem!

gps-8
Stephen Lund

Ini gambar yang dia buat guna basikal melalui Strava Rekod. Superb!

screen-shot-2016-12-27-at-7-03-08-pm
Menurut data dari Strava beliau, Stephen menghabiskan masa 5:32:13 untuk siapkan artwork ini dengan distance 135.8 KM.

Saya fikir Stephen mempunyai advantage yang lebih sebab boleh pergi lagi jauh dan lebih cepat dengan basikal. Namun, imiginasi dia untuk lukis atas peta tu agak level detail juga sebab bukan senang nak lukis atas jalan wok!

Ada juga artwork dia yang lain-lain. Saya ingat personally pada saya yang paling ohsem adalah ini. Macam mana dia boleh nampak line nak lukis dalam line ?

Satu lagi hal, nampak macam dia cross je jalan tu means tak ikut grid jalan pun. Canne dia buat?

bike-cycling-gps-doodle-stephen-lund-62__700

Anda boleh follow Stephen Lund di Strava atau baca blog dia di :

https://gpsdoodles.com

Lalu saya membuat keputusan untuk buat satu strava art yang saya mampu buat, tapi saya fikir saya nak buat Strava Art ini mesti dari rumah saya. Pertama sebab saya malas nak keluar jauh-jauh time cuti. Kedua, saya nak challenge diri saya, dengan kawasan rumah saya yang biasa saya lari, apa yang saya boleh lukis pakai kaki?

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *