Strava Art : Redo Pt 5

OK. Oleh kerana cubaan pertama saya untuk buat “wajah” agak gagal 20% ( sebab mata 40%, mulut 20%, bentuk kepala 20% ) saya telah mengambil keputusan untuk “redo” “wajah” ini. Cubaan kali kedua saya akhirnya berjaya membetulkan bentuk hidung “wajah” ini dengan memasuki lorong yang betul.

screen-shot-2016-12-30-at-2-31-01-am
“Wajah” cubaan kedua. Detail di Strava.

Namun untuk “redo” ini memakan distance yang lebih jauh berbanding “wajah” yang pertama saya buat. Beza dia dalam 2 KM tapi kalau ikut masa cuma 3 minit lebih dari yang pertama. Ini adalah kerana saya terpaksa pusing 2 kali sebelum akhirnya berjaya menembusi zon bahaya anjing gila. First time saya nak lalu, depa ada. Second time saya nak lalu, depa tengah lepak lagi hisap cigar macam kat london (pagi-pagi sejuk). Last try saya baru depa blah itu pun sebab matahari dah naik.

Alhamdullillah tidak ada adegan cemas ancaman nyawa berlaku.

Dalam cubaan kedua untuk buat Strava Art ini juga, saya dah improve beberapa hal. Pertama, of course bab hidung tu. Kedua, dari segi masa vs distance, macam yang saya tulis tadi. Dan ketiga, titik mula dan titik akhir adalah dari point yang sama. Maka ini menyebabkan hanya ada satu titik kelihatan dalam Strava secara overall berbanding dua titik kelihatan sebelum ini.

screen-shot-2016-12-30-at-2-35-53-am
“Wajah” cubaan pertama. Detail di Strava.

So bila titik ni cuma satu, takdelah nampak semak sangat “wajah” tu. Dan saya memang sengaja pilih kedudukan titik itu di tengah-tengah garis dahi untuk melambangkan cakra third eye (bagi yang perasan). Third eye tu apa? Alah. Kalau cite Watchmen tu yang ada kat kepala Dr. Manhattan.

ce40df7fd1584c7e8730dd976d6d111a

Walau bagaimanapun, in term of quality of line agak berbeza kalau zoom lebih dekat. “wajah” yang pertama saya lari masa Krismas so orang duduk lepak dalam rumah dengan family maka kereta kurang di jalan. Manakala “wajah” kedua dilakukan waktu bukan cuti sangat so kadang-kadang ada kereta muncul tiba-tiba menyebabkan saya terpaksa lari ketepi. Silap saya juga setting untuk lari tengah-tengah jalan atas line putih tu.

Boleh tengok beza quality of line yang “wajah” yang pertama, berbanding dengan “wajah” yang kedua yang tak berapa nak tepat.

screen-shot-2016-12-30-at-2-50-28-am

screen-shot-2016-12-30-at-2-50-10-am

Anyway, bila zoom atas dan nampak semua saya dapati yang quality line ni tak berapa nampak dia punya kecatatan sebab nampak macam satu line sahaja. So oklah. Nasib baik.

Selepas “redo” kali yang kedua, saya ada terfikir untuk “redo” kali yang ketiga. Ini adalah kerana kalau nak ikut sketches awal saya di mymaprun, sebenarnya hidung tu masih lagi salah lorong. Lorong bawah dah betul tapi kalau ikut kedudukan, hidung tu kena ke kiri sikit. Hujung hidung kanan bukan bawah mata kanan. Tapi tengoklah. Macam malaslah pulak nak buat kali ketiga sebab “wajah” yang kedua ni dah OK & acceptable.

Guard kat rumah saya siap tanya saya “Tak kerja ka boss?” sebab tengok saya ulang alik ulang alik sana sini jogging. Saya cuma senyum.

Saya ingat, posting pasal Strava Art “wajah” untuk kali ini saya tamatkan disini sahaja. Akan datang tengoklah dapat idea apa pulak.

Anyway, kenapa saya pilih untuk lukis “wajah” sebagai Strava Art saya yang pertama adalah kerana berikut :

“Kerana kita, adalah WajahNya”

Semoga kita mengenal, wajah sebenar wajah. May the force be with you.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *