Strava Art : Sketches Pt 2

So saya pun jenuh fikir. Kalau dari map area rumah saya ni, apa yang saya boleh buat untuk men-Strava Artkan dia?

Bolehkah saya lukis pemandangan satu petang senja ditepi sebuah pantai? Atau bolehkah saya melukis bangunan di waktu malam disinari bulan dan bintang ? Atau bolehkah saya melukis gambar seorang perempuan yang sedang senyum?

So ini adalah route kawasan rumah saya yang biasa saya lari petang-petang. Saya letak 3 screenshot sambil-sambil fikir nak lukis apa.

screen-shot-2016-12-27-at-10-55-02-pm screen-shot-2016-12-27-at-10-54-13-pm screen-shot-2016-12-27-at-10-53-36-pm

Saya juga buka google map untuk tengok dan kaji, dari segala sudut dan angle, apa bentuk yang boleh appear kalau sambung-sambung line dia.

screen-shot-2016-12-27-at-11-08-09-pm

So bila saya tengok-tengok, saya decide untuk lukis gambar muka orang. Untuk make sure yang saya tak silap lari atas jalan mana, saya sketch dulu guna mymaprun.com. Web ni bagus untuk estimate larian route mana dan distance berapa. So ini skecthes yang saya buat.

img_3762

Basically, lepas skecth muka ni, saya dapati yang :

1. Terhad pada route sedia ada
Saya tak boleh nak buat muka ikut suka hati saya sebab saya kena buat route based on existing jalan yang ada. So kalau nak buat mata bulat tak boleh tapi kena ikut bentuk yang boleh dibuat atas jalan.

2. Imagine larian sebelum lari
Saya kena bayangkan saya lari kat route tu dulu sebab kalau boleh saya malas nak pause jam. So larian saya adalah berterusan, continuity dari awal sampai akhir tanpa stop. Bila lari berterusan, ada route yang saya lari 2-3 kali pusing dan patah balik.

3. Jarak lebih jauh
Oleh sebab lari pusing dan patah balik, jarak larian sebenarnya semakin besar instead of kalau ukur betul betul sebenarnya pendek sahaja kalau dapat lari sekali.

4. Google Map dan MyMapRun tak sama dengan map Strava
Map Strava sebenarnya basic gila kalau nak dibandingkan dengan Google Map. Ada banyak jalan yang tak keluar dalam Strava tapi ada dalam Google Map.

OK next step adalah pergi lari dan rekod guna Strava.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *