Strava Art : The REAL Run Pt 4

gelakawai

Saya dulu sekolah asrama penuh. Ada la sekolah tu. Kat Pekan tempat PM Malaysia yang senyum dia hensem tu. So saya sekolah situ agak 5 tahun. Dari umur 13 sampai 17. Dari kecik sampai besar. Dari taktau apa pasal pompuan sampai tau apa pasal pompuan.

Sekolah asrama biasalah. Ada je benda-benda mengarut yang kitorang buat. Tapi saya bukan kategori budak nakal. Kira saya ni okla. Berkawan dengan malaikat dan juga syaitan. Saya boleh masuk dengan sapa-sapa je. Baik gengster mahupun bapok.

So kadang-kadang tu adalah buat benda mengarut macam ponteng prep. Sembunyi dalam loker. Menyorok dalam jamban. Keluar sekolah waktu malam. Dan lain-lain aktiviti adrenalin. Untuk buat kerja-kerja mengarut yang melanggar undang-undang tubuh sekolah ni, kita ada satu pantang. Pantang ini adalah, : JANGAN GELAK AWAL.

Biasa kalau berjaya lakukan something yang liar, JANGAN GELAK AWAL. Sebab dia kalau GELAK AWAL, nanti kantoi. Maksud GELAK AWAL ni adalah menyambut kegembiraan awal sebelum kejadian kejayaan berlaku.

So pantang ni memang betul dan benar bagi saya. In fact, pantang ini dah install dalam kepala otak saya sejak sekolah dulu sampai ke tua ni. Ada beberapa insiden dalam hidup saya yang saya terGELAK AWAL menyebabkan apa yang saya buat tu tak jadi dan jahanam.

Sebagai contoh misalnya dulu masa isteri saya pregnant, saya GELAK AWAL. Akibatnya, gugur. So bila isteri saya pregnant sekali lagi tu saya punya tak senyum. Muka ketat je. Diammmmm je. Last-last alhamdulillah lahir EL LUKH.

Sebagai contoh lagi misalnya ada ura-ura nak dapat job dari client. Pulak tu job ratus ribu. Selagi tak sign kontrak, JANGAN GELAK AWAL. Mulut tu kalau boleh jangan ada lengkuk pun. Kena tenang je.  Ada contoh lain lagi tapi takleh citela sebab buat malu je.

Anyway, maksud saya, level GELAK AWAL ni sangat tak boleh dan diharamkan. Kalau bercerita, muka kena cool. Jangan ada langsung unsur-unsur tawa kecil malah senyuman di dalam hati pun tak boleh. Punya besar pantang GELAK AWAL.

Tapi, kalau dah berlaku seperti yang diharapkan, takpe. Bukan setakat GELAK AWAL kita panggil. Malah, GELAK SAMBIL TEPUK BELAKANG. Dia punya nak gambarkan betapa happiness dia.

Now. Sambung cerita semalam.

Dalam keadaan hati yang berbunga-bunga tu saya mula melangkah laju untuk teruskan larian menyempurnakan “wajah”. Dalam hati, saya berkata, “Hari ni mesti EPIK…. sebab akhirnya bukan  setakat dapat completekan “wajah”, tapi dapat juga menembusi halangan zon kumpulan anjing gila.

Baru dua tiga tapak saya berlari tiba-tiba dari jauh saya terdengar bunyi yang sangat familiar. Hati saya daripada berbunga, tiba-tiba jadi gendang Gong Xi Fa Chai. Saya menoleh ke arah tepi untuk melihat bunyi yang sangat familiar itu.

Kelihatan, ketua gengster anjing putih sedang speed up berlari ke arah saya dengan bunyi salakan yang sangat – sangat #jumpahantupuntakseramlah. Di belakangnya turut serta para followers seakan memberi semangat waja macam runners yang dah habis finish line tengah nak bagi semangat kat runners yang baru nak habiskan race.

Saya dalam hati, Ahhhhh Fuckkkkkkk!!!

Saya mula mencepatkan langkah. Dari lari anak, kepada lari bapak tok nenek moyang semua ada.  Ketua gengster anjing putih yang tadi jauh dia dalam 90 meter dah macam makin hampir dekat nak 50 meter. Rupa-rupanya set set anjing ni tadi lepak kat belah dalam jalan sana kawasan perumahan baru. Di bawah ini lebih kurang ukuran dia saya kat 0 depa kat 91.91m tu.

screen-shot-2016-12-30-at-1-35-37-am

Saya waktu itu terus teringat petua menghadapi anjing yang saya tulis dulu kat blog. Kesimpulan last sekali adalah jangan lari, tapi duduk senyap buat tak reti.

Apa nak buat bila kena kejar anjing?
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 2
Apa nak buat bila kena kejar anjing? Pt 3

Tapi, melihatkan macam ada renungan dendam pada mata ketua gengster anjing putih ni saya tak rasa kalau saya berdiri tegak negaraku dan dia akan berlalu melepaskan saya begitu saja. Dan dalam pada saya tengah gabra nak react apa tu ketua gengster anjing putih dah dalam 20 meter dekat dengan saya!

Saya kira kalau saya lari memang alamat kena gigit hari tu. Paling tidak mau putus kaki saya. Itu kalau dia gigit kaki la. Kalau dia lompat gigit bontot, alamat kurang tonggek proportion bontot saya.

Dalam keadaan cemas, saya pusing bertentang dengan ketua gengster, dan menyergah sekuat hati!

Ketua gengster terhenti. Jarak lebih kurang 10 kaki dari saya.

Saya menyergah lagi sambil acah menghayunkan kayu. Nasib baik saya tak buang kayu tu lagi.

Ketua gengster menyalak-nyalak sambil acah pulak nak datang dekat lagi dengan saya dan berundur bila saya hayun kayu pada dia.

Saya tengok macam tak kesudahan. Dan followers ketua gengster kat belakang macam lagi 10 saat boleh sampai dekat untuk backup. Saya mula membaling batu ke arah ketua gengster anjing putih. Haram tak kena, balingan tak menepati sasaran tapi ketua gengster nampaknya faham ada ancaman balistik terhadapnya.

Saya menyergah lagi sambil mengacah buat-buat baling batu. Dalam masa ni, hanya ada satu batu je lagi dalam poket tapi tak sempat bawak keluar.

Ketua gengster menyalak-menyalak mengundur diri tapi tak jauh mana pun.

Saya lalu mengambil kesempatan untuk berundur perlahan-lahan, dalam masa yang sama menyergah dan juga mengayun kayu sambil mengeluarkan batu kedua dan terakhir dari dalam poket.

Bila keadaan dah tenang…. saya pun dah dalam 50 meter jauh dari ketua gengster, saya membuat balingan terakhir kepada ketua gengster sebagai amaran lu jangan cuba nak kejar gua nanti gua baling batu bata.

Akhirnya keadaan menjadi tenteram semula. Ketika ini, saya sudah pun jauh 200 meter dari ketua gengster yang masih menyalak tak puas hati.

Bila dah betul-betul jauh, baru saya perasan ada seorang runner amoi memerhati kejadian. Dia pandang saya sambil berkata, “Got dog ehhh?”

Saya reply, “U jangan lari sana ada banyak anjing gila”.

Runner amoi dalam dilema sama ada untuk terus lari atau patah balik. Saya kat lagi, “Better pusing sini nanti dia kejar u”

img_3788

Saya pun teruskan berlari. Walaupun sudah selamat, saya masih lagi mendengar konsert degupan jantung yang masih lagi tak berhenti bunyi. Ini adalah konfrontasi paling hampir beberapa meter sahaja lagi dengan anjing gila seumur hidup saya.

Saya fikir kalau nasib saya malang tadi alamat memang habis kerjaya larian saya.

Saya teruskan berlari dan masuk ke kawasan perumahan saya untuk menghabiskan “wajah”. Dalam keadaan trauma dan macam-macam fikiran di kepala, akhirnya saya selesai membuat larian terakhir untuk memenuhkan hidung, sekaligus menyiapkan Strava Art saya yang pertama.

Bila sampai rumah, saya menceritakan apa yang berlaku kepada isteri saya. Dia punya cemas, tuhan sahaja yang tahu.

Anyway, ini adalah final Strava Art “wajah”, cubaan pertama. Bila ditengok-tengok balik, nyata saya salah lorong masa nak buat hidung tu menyebabkan “wajah” tak berapa nak “wajah”. Trauma kena kejar anjing nyata memberi kesan kepada penyempurnaan artwork ini.

Mungkin sebab tadi sakit jantung so nak bernafas pun susah…. so hidung di lain maciammm sikit.  Apa pun, saya bersyukur masih hidup, selamat dan boleh berlari. Itulah harganya jika Strava Art “wajah” ini boleh dijual beli seperti painting.

Moral of the story : JANGAN GELAK AWAL WALAUPUN DALAM HATI

img_3793
Detail di Strava

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *