Strava Art : The Run Pt 3

Dulu masa darjah satu, cikgu seni (agaknya) suruh kami prepare satu buku khas yang hanya untuk lukis corak sahaja. Corak ini mesti dilukis selang-selang dalam garisan setiap hari, dan akhirnya akan penuh satu buku bila sampai hujung tahun.

Selain daripada melukis corak setiap hari, saya juga sentiasa berfikir apakah bentuk corak yang akan dilukis untuk keesokan harinya. Dan bila corak itu selesai dilukis, saya akan cepat-cepat compare dengan kawan saya yang namanya Saiful Ghadafi. Agaknya mana dia sekarang?

Anyway, untuk bagi idea bagaimana corak berulang ini dilukis, saya ada google dan jumpa gambar ini. Basically lebih kuranglah tapi kena bayangkan yang corak saya lukis tu lagi buruk kerana dilukis oleh budak darjah satu. Bezanya yang ni hitam putih. Yang saya tu penuh warna warni kegembiraan pelangi.
cover-f
Hari ini baru saya sedar yang masa darjah satu dulu, lukis corak adalah benda yang paling ingat masa di sekolah selain daripada beg duit zap on pertama saya yang ada gambar snoopy background warna merah, jatuh dalam lubang jamban dan saya bergaduh di kantin sampai pakcik saya yang kerjanya tukang kebun, ugut nak bagitau ayah saya tentang hal itu. Kalau saya sedar ini awal dulu, mesti kerjaya saya hari ini berbeza.

OK. Now, pergi kepada larian Strava Art saya.

So pagi tu saya bangun dan keluar untuk lari. Oleh kerana ianya adalah pada 25 Disember 2016, maka suasana pagi tu sangat tenang dan tenteram. Kereta tidak banyak malah hampir tidak ada. Mungkin effect hari cuti.

Saya lari bawa iPhone. Sebabnya, saya asyik nak tengok sketches yang saya dah lukis dalam mymaprun itu yang saya dah printscreen.

Saya juga onkan Runkeeper, sebab melalui Runkeeper, saya boleh tahu progress larian saya dimana dan dimana. Saya tak pernah onkan Apps Strava untuk lari sebab saya sync dengan jam saya. So dah berkurun lama tak on Runkeeper, basically rasa nostalgia juga.

Ini adalah beberapa screenshot dari Runkeeper, sewaktu sedang berlari melukis “wajah”.

Mula-mula saya start dengan mata.

img_3766

Kemudian, saya keluar dari kawasan perumahan saya untuk buat mata kedua.

img_3767

Habis buat mata, saya lari naik atas buat line dahi dan seterusnya untuk mula buat rupa atau bentuk kepala.

img_3769

Kemudian lari kawasan luar sebelum masuk balik ke jalan utama untuk masuk ke kawasan perumahan saya. Bawah pintu gerbang Kinrara Residence.

img_3771

Seterusnya saya buat mulut. Nak buat mulut ni challenging sikit sebab saya kena masuk kawasan perumahan lain. Masih kinrara residence tapi ini set set rumah semi – D. Ada guard house so basically saya tak pernah masuk kawasan rumah ni.

Memula saya ingat peluang untuk masuk 50-50 sebab kalau guard house rumah saya memang nak masuk gaya nak masuk kem askar. Kena scan IC bagai. Tapi ntah macam mana, guard dekat sini macam friendly dari jauh sudah “Good morning sir”. So saya buat macam biasa lari masuk dalam. Mungkin jugak pagi-pagi ramai orang yang dah financial freedom duduk dalam ni keluar masuk jogging agaknya.

Ini suasana kat dalam. Rumah takde pagar tu. Semi D ini lagi luas buka dia dari rumah saya bezanya dia dua tingkat. Amankan?

img_3773

Lepas masuk dalam then saya lari keluar. Bila saya berjaya lari masuk tanpa disekat, muka saya ada senyum, seperti “wajah” yang saya lukis itu jua tersenyum.

img_3774
Larian diteruskan untuk completekan muka. Sekarang dah sampai part dagu.

img_3775

Saya sekarang sudah sampai di belakang. Jalan belakang ni sunyi sikit. Belah kanan ada rumah lagi super high end atas bukit. Kalau lari naik atas tu boleh tengok KLCC dari jauh. Boleh chekidaud posting saya yang ini untuk tengok area belakang tu.

#30hariabiangcuba Day 18 – Hari Penyiasatan

img_3778

Lari punya lari, sekarang saya dah sampai zon paling bahaya dalam dunia dan akhirat.

img_3779

Now, masa saya sketch muka ni, saya dah tau bahawa yang akan menggagalkan lukisan saya ini ada 2 benda. Pertama kalau tak dapat nak masuk area rumah semi – D tadi sebab guard tahan. Kedua pula sebab kawasan anjing lepak kat belakang ni.

Tiap-tiap petang kalau saya jogging sini, memang sampai area ni kena patah balik. Sebabnya anjing yang duduk melepak sini ada dalam one pack dekat nak 7-8 ekor. Depa ni memang gila. Dari jauh dah menyalak. Boleh baca cerita pasal anjing ni dulu kat sini.

Cerplan : Minggu 2/12 – Hari 8 : Anjing

So, basically sepanjang saya lari kat belakang ni, baru sekali hari tu saya berjaya completekan satu pusingan. Masa tu anjing ni takde so saya ingat mesti semua dah mati kena bunuh atau pun dah migrate ke tempat lain sebab rumah teres kat belakang ni dah buka. Namun malangnya saya silap. Bila nak sampai tu saya dapati dari jauh memang ada anjingans ini sedang lepak santai.

img_3781

Ni saya zoom sikit. Nampak tak. Kat tengah-tengah tu ada 3 ekor tengah baring, kat tiang, kiri ada seekor tengah tengook 3 ekor tu baring. Depa ni makan sampah yang kat belah kanan tu. Saya ingat depa ni anjing zombiela.

img_3782-2

Saya macam dalam dilema. Kalau saya dapat pass through ni sikit je lagi dah dapat sambung dan completekan muka orang ni dan terus masuk balik buat hidung dan siap. Itu kalau berjaya la. Kalau tak berjaya, sama ada saya kena pausekan dan sambung petang karang bila anjing dah takde, tapi saya fikir, kalau pause, agak tak one shot. Lepas tu pulak, nak lari petang karang dah level sengal sebab pagi dah lari, takkan petang nak lari sekali lagi?

So saya berhenti kejap dan cuba telepatikan kepada anjing ni agar depa semua balik duduk dalam hutan kat belakang nu lepak makan daun. Malangnya agak lima minit saya tunggu tapi haram tak jadi apa.

img_3780

Tengah-tengah saya fikir sama ada nak teruskan atau patah balik, sekali kat tepi saya ada sebatang kayu panjang. Saya fikir ah, ini sudah bagus. Kalau saya amik kayu ni dan lari juga, kalau anjing ni datang kejar, saya boleh pukul depa dengan kayu. Mungkin saya boleh praktikkan ilmu pedang samurai yang saya belajar dari filem Kill Bill.

Tapi bila saya fikir balik, kalau sempat saya pukul la sebab ada 4 ekor yang tengah tunggu. Itu yang saya nampak. Buatnya keluar lagi 18 ekor dari dalam hutan, tak terpukul saya. Kayu kemana, saya ke hospital.

img_3783-2

Tapi saya macam terfikir juga, instead of lari bawa kayu dan in case kena kejar baru nak guna kayu ni, ada baiknya, saya guna kayu ni sekarang dengan menggempak anjing ni dari jauh ala-ala nak pukul. Mana tau bila dengar saya jerit atau sergah kuat-kuat sambil hayun-hayun kayu so anjing ni lari dan takut.

So saya pun amik kayu dan mula sergah anjing ni dari jauh. Anjing-anjing yang tengah rileks santai hari keluarga mula melihat dan memandang saya.

Tak berapa lama, depa bangun. Dan tiba-tiba ketua depa yang warna putih tu mula menyalak. Saya pulak makin kuat sergah sambil swing kayu macam bagus. Ketua anjing warna putih ni mula cergas dan lari ke arah saya. Saya kata dalam hati whatthefuck. Aku bukan panggil kau la babi aku nak halau kau. (Untuk rekod, saya bukan rasis kepada anjing ya, kalau boleh memang nak bela seekor pun tapi tunggu saya buat rumah dalam hutan).

Oleh kerana ketua gengster anjing warna putih ni dah makin dekat dengan saya so saya pun back off dan mula lari patah balik. Sebelum tu kami sempat bertentang mata macam ada unfinished business la gitu. Cam, siap lu nanti satu hari gua pukul tengkuk lu dengan kayu ni itu jam baru lu tau sapa master sapa bastard. Mungkin dia pulak cakap, Hooman…. u better watch out one day I will bite u and u will become zombie too.

Nasib baik dia berenti dan tidak mengejar saya dengan lebih lanjut. Tau takut. Jangan main-main sama Mat Kilau. Bila saya tengok balik Runkeeper saya dapati agak wasted 15 minit juga konfrontasi dengan anjingans ni.

So saya pun patah balik.

img_3785

Makanya, instead of boleh shortcut kejap dan terus siap, saya kena pusing balik ikut belah sana. Sambil lari saya instruct dan fokus agar anjing-anjing ni blah jugak akhirnya dan bila saya sampai balik kat kawasan depa lepak tu dari arah sana nanti, depa semua dah balik tidur dalam hutan. Fokus… Fokus… Fokusss…. Bayangkan… Bayangkan… Bayangkan….

Lari punya lari saya dah sampai balik pada pintu gerbang Kinrara Residence. Saya dapati di atas jalan ada banyak bunga berguguran. Rasa macam kat Bali pun ada.

img_3787

Saya meneruskan larian dan sekarang saya dah berada di bahagian belah sini pulak sebelum masuk balik kawasan anjing lepak tadi. Sebelum ni saya datang dari belah sana. Sekarang saya datang dari sebelah sini.

Saya tergerak hati untuk ambil 2 biji batu sebagai spare. Sebabnya kalau dari belah sana tadi ada penghadang jalan. So anjing macam susah sikit la nak lari kalau kejar saya sebab depa kena get through blok batu tu. Tapi dari belah sini clear. Tak ada penghadang bagai sebab sini entrance nak masuk perumahan yang baru siap ni.

Sambil tu juga saya ada nampak sebatang kayu lagi dan terus saja saya capai mana tau in case apa-apa, kayu masih ada ditangan. Saya terfikir. Belah sini ada kayu. Belah sana pun ada kayu. Ini mesti ada runner lain yang bawak dan tinggal untuk keselamatan. Sebab dia letak elok je tepi jalan.

Saya pun berhenti lari dan berjalan pelan-pelan macam pencuri sambil sebelah tangan pegang kayu dan sebelah tangan genggam batu. Sebiji batu lagi saya simpan dalam poket. Mata saya meliar mencari mana anjing-anjing ni. Dari jauh saya dapati yang anjing-anjing ni dah tak ada. Fuh. Saya terus rasa lega. Gembira macam mana ntah. Saya peratikan betul-betul, so basically memang tak ada. Agaknya depa dah lari balik ke belakang masuk hutan. Imaginasi saya tadi nampaknya berkesan dan telah termaterialize menjadi kenyataan.

So saya pun tanpa melengah masa terus sahaja lari-lari anak tapi sambil tu juga masih dalam mode awas, mata meliar kiri kanan kut-kut tiba-tiba anjing ni buat surprise naya saya. At last, saya berjaya sambungkan line “wajah” ini dan feeling dia mak ai…… best gila!!!! Ini screenshot kejayaan.

img_3790

Dia rasa macam mana ya? Ya la. Memula rasa macam misi gagal sebab ada ancaman. Sekali bila buat cubaan kedua, nampak dipermudahkan pulak. Rasa macam Ya Allah…. TQ GOD… I love u so much. TQ TQ. TQQQQQQ Camtulah.

So bila dah betul-betul sambung dalam Runkeeper, saya pun berhenti kejap. Saya terfikir. Kalau saya teruskan lari ni, ada lagi dalam 5 KM ni nak pusing balik kali ke 3. Mau lega saya. Tak jauh sangatlahkan. Lagipun bukan apa. Hari makin nak panas. Botol air tak bawak. Lari dah dekat 1 jam setengah. Letih kawan!

So saya decide untuk patah balik dan ianya lebih dekat supaya saya boleh terus balik ke kawasan perumahan saya melalui line dahi tadi dan completekan hidung seterusnya complete “wajah”.

Dengan muka gembira, bangga, kembang hidung sorang-sorang, saya pun lari patah balik slow-slow…….. dalam pada tu saya terketawa kecil dalam hati. Tak sabar nak tunjuk “wajah” ni kat orang rumah saya. Hari ni mesti EPIK ahhhh……………………….

Kongsi di :

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *