Strava : Fitness & Freshness

Satu features yang saya baru perasan nak guna betul-betul adalah Fitness & Freshness. Features ini adalah features premium maksudnya kena subscribe baru ada.

Ok, ini adalah screenshot dimana kedudukan features ini. Dia under menu Training, bawah sekali.

Bila kita klik situ, dia akan display graph macam ni.

1. Apa benda features ni?

Formula features ini adalah gabungan data heart rate kita + relative effort kita yang di input masuk ke dalam Strava. Tujuan features ini adalah untuk tengok relation antara fitness level kita dengan fatigue (keletihan) serta form. Apakah form? Form adalah level kita paling fit tanpa keletihan atau boleh kita katakan “peak” kita.

2. Canne nak guna features ni?

Pertama kita nak tengok, training kita tu bagi kita makin letih atau tidak. Kalau makin letih, so kita boleh slow down. Kalau kita tak letih, kita boleh push lagi. Biasanya saya tengok lepas training. So tengok hari ni result dia, untuk rancang training esok macam mana.

Kedua, saya guna untuk race. Macam minggu ni minggu last sebelum race pada weekend ni (race vr). So minggu ni minggu taper. Tapi bukan bermaksud saya berhenti training. Saya kurangkan intensity training saya, tapi tak lah kurang gila sebab takut fitness level turun. So saya monitor make sure graph fatigue, tak tinggi. Kalau tertinggi, saya kena rest agar masa hari race, tak keletihan.

Nak tengok kat mana, ada slider atas tu, so on kan bahagian Fatigue. Kalau ikut graph saya bawah ni, keadaan saya adalah, fatigue / letih (37) lebih kecil dari fitness (42). Lebih kecil fatigue score lebih baik. Tapi kadang-kadang kalau tak training, fitness level tu turun cepat gak. So nak balance ni kena mahir skit.

3. Form pulak canne?

Kita dah tau Form ni peak kita atau, keadaan fit tanpa letih. Kalau onkan Form dan Fatigue, graph dia cenggini. Nampak macam Form ni calculation dia invert dengan fatigue. Cam reflection je.

Tapi kalau offkan fatigue, dan hanya tengok form, dia cenggini.

So game form ni pulak, nak kena pastikan yang by the time hari race esok, lagi cantik kalau dia melebihi graph fitness. Saya tengok score Form saya bapak sayur cam 5 je?

4. Data ni data PAST je ke atau boleh tengok future?

Bagusnya Strava ni dia dah collect data kita (siap kita bayar dia pulak patut dia bayar kita) dia ada bagi projection atau boleh tengok masa depan.

Kalau saya mouseover kat hujung tu atau pada hari ahad / hari race ni, dia keluar projection dimana, Fitness saya 38, form 15.

Dan kalau saya on balik fatigue tadi, dia keluar projection jugak. Fatigue pada hari itu dijangkakan 18.

Now, take note yang projection ni kalau saya decide tak buat apa-apa minggu ni langsung, terus stop training. Maybe macam tulah projection dia. Saya pulak, instead of berhenti training, saya akan taper, lari semua easy run sahaja.

So nanti boleh tengok result dia macam mana, saya target, maintain fitness level, tapi kurangkan fatigue, dan naikkan form.

Sebenarnya terus terang cakap, minggu ni dah mula seram ni. Target 5K Sub 25…. huiiiiii tiba rasa pressure lak. Demmit.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *