Strava : Kenapa distance yang masuk dari Suunto tak cukup?

Semalam masa saya sync Suunto dengan Strava, saya dapati yang distance dia kurang. Saya lari 5KM tapi yang appear cuma 3.8KM. Benda ni dah jadi dalam 2-3 kali rasanya. So saya pelik.

Screen Shot 2017-05-13 at 11.03.27 PM
Data yang masuk ke Strava

Mulanya saya suspect yang Suunto saya dah nyanyuk. Yelah. Saya ingat jam ni saya pakai agak lama juga. Maybe dari tahun 2013 atau 2014. Saya pun dah lupa. Untuk kepastian, saya check semula di Movescount dan saya dapati jumlah jarak yang saya lari betul.

Screen Shot 2017-05-13 at 11.04.28 PM
Data yang masuk ke Movescount, dari Suunto

Untuk pengetahuan, bila sync Suunto dengan Movescount, lepas beberapa minit, ia akan muncul dalam Strava secara automatik dengan syarat ada connection dari Strava ke Movescount.

Apps : Macam mana nak sync Suunto dengan Strava

Ok.

Biasa kalau ikut logik, kalau kita bagi orang barang, orang tu terima barang, mestilah apa yang kita bagi. Takkan la pulak, dia terima lain dari apa yang kita beri. Bila saya fikir-fikir saya baru perasan yang Suunto saya dah lama tak update Firmware dia. So saya call En. Remin tanya dan nyata memang betul.

Screen Shot 2017-05-12 at 10.53.52 PM
Lalu saya update Firmware Suunto. MasyaAllah. Punya banyak dan lama tak update. Lepas update tu saya tak boleh nak sync kan balik rekod atau data yang ada dalam Suunto sebab dia kosongkan semua. Cam bayi baru lahir la tapi advance sikit. So kena test hari lain.

***

Hari ni saya pi lari lagi 5K. Dan bila saya sync semula Suunto dengan Strava saya dapati, “muka ada sinyum”. Selesai satu masalah dunia.

Screen Shot 2017-05-13 at 11.22.09 PM

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *