Strava : Premium Version Pt 7, Macam mana kita nak tahu fitness level kita maintain atau tidak

Bila dah start lari semula era umur veteran ini antara satu persoalan yang sering bermain di kepala hotak saya ini adalah macam mana nak maintain fitness level saya. Atau, dalam ayat lain, macam mana nak make sure fitness level kita ni sentiasa tik tok eh silap, tip top.

Yelah saya bukan muda lagi macam dulu dulu, masa muda dulu fitness level ni memang auto fit. Ni dah tua, nak maintain fitness ni kena ada usaha. Once barai, nak balik ke zaman tip top tu agak kena usaha lebih sikit la.

Terima kasih kepada strava premium subscription, memang ada feature baru ni yang bagitau kita fitness level kita ni ok ke tak. Ini screenshorties dia.

1. Fitness level compare dalam tempoh tertentu

Dalam apps dia dekat talipon, ada graph level fitness. Value atau score dia compare dengan previous time. So kita boleh tengok fitness kita ni makin surut atau makin naik.

Boleh zoom lagi detail untuk compare dalam tempoh tertentu misalnya 3 bulan ke atau maksimum 2 tahun kalau dalam apps. Ni contoh 3 bulan.

Untuk contoh 2 tahun, sebab saya dah berenti lari pun hampir 2 tahun, so data tade la.

Tapi kalau kita pegi kat web strava, dia boleh tengok all time.

Apa maksudnya di sini? Dalam kes saya, paling fit saya pernah pergi skor dia 33. So masa skor 33 tu (tahun 2018) rasanya masa tu saya struggle nak buat HM Sub 2 (#memecahkebuntuandua). Rasanya la.

Makanya, kalau saya nak ulang balik challenge ni, saya punya fitness level tu kena lebih dari 33 dan baru mungkin saya boleh betul2 HM sub 2. HM saya memang SUB 2 sekali tu je la masa 2XU race tapi sebab bila habis lari tu tgk tak cukup 21 KM, rasa macam tak puas hati.

Yang keduanya pulak, bila kita boleh tengok fitness level ni, paling bangang pun kalau kita malas nak mampus, at least seminggu tu jangan langsung tak lari. Cuba la juga lari agar walaupun level fitness tu mungkin jatuh, tapi dia tak jatuh teruk.

Bayangkan dari level 33 tu kalau saya terus kipidab maybe level fitness saya naik 8 juta.

Kesimpulan dia, kita dah boleh monitor fitness level kita cara paling mudah dan simple melalui strava.

2. Keterukan atau kebaraian level training

Satu lagi hal penting untuk para veteran atau persoalan yang bermain di minda saya sekarang adalah, adakah aku ni over training atau tidak?

Kalau muda dulu overtraining maybe tak teruk sangat effect dia sebab recovery dia lebih cepat berbanding recovery masa tua. Standard la. Barang lama. Makanya adalah sangat penting untuk kita training dalam level yang terkawal.

So Strava Premium ada bab ni. Nama dia, Weekly Intensity.

Graph dia bagus gak sebab boleh compare dengan last week punya intensity. And then dia ada bagi range intensity yang sepatutnya kita kena jaga.

So kalau kita training tu ok, result dia macam kat bawah ni.

Tapi kalau kita over, result dia macam ni.

So apa threshold? Dia ada 3. Within range, iaitu titik tu dalam line putih graph kat atas tu which is bagus. Below range, titik tu bawah daripada line putih which is tak bagus dan tidak akan maintain fitness level atau fitness level boleh jatuh. Last, above range, bermaksud level training kita melebihi dari amount average yang sepatutnya atau titik tu atas dari line putih dalam tu. Bila jadi above average ada dua maksud.

Pertama, dia menandakan yang kita tengah meningkatkan jumlah trainig kita terlalu cepat. Kedua, oleh kerana level intensity training naik terlalu cepat mendadak dangdut, ada risiko injury atau overtraining. Which is tak bagus pun.

Kesimpulan dia, sekarang kita boleh tahu sama ada training kita cukup atau dah melampau atau makin kurang.

Ok ini updated version, kajian yang lebih mendalam.

Strava : Relative Effort

3. Macam mana nak make sure strava boleh paparkan data ni?

Setiap kali lari, make sure rekod dalam strava. Lagi bagus kalau ada heart rate tu rekod sekali. Saya punya tali bra sunnto ntah kemana so saya tak rekod heart rate. Nanti akan datangla.

Walaubagaimanapun, asalkan kita input kita punya maksimum heart rate dan umur dalam setting strava, melalui time dan distance yang kita masukkan dalam strava, dia boleh calculate. Sebab ada 3 value dia dapat.

KESIMPULAN

Dua features baru dalam Strava Premium ini sangat penting dan berguna untuk saya yang dah level veteran. Lari, lari juga tapi kalau lari untuk mengancam nyawa, apa kejadahnya. Penat saya kumpul Bitcoin kalau mati awal canne nak enjoy? Now saya rasa dua features ni paling berbaloi untuk saya bayar premium Strava.

Oh saya baru teringat satu hal. Fitness level badan kita akan mula merosot pada hari ketiga kalau tak buat apa-apa.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *