Strava : Pt 2, Fitness & Freshness

Habis race 10K VR tu saya ada tengok graph fitness & freshness saya di Strava. Lepas tengok tu saya macam terfikir sesuatu.

Take note, sebelum nak baca posting ni anda kena baca dulu posting Pt 1 untuk faham apa features ni, iaitu di sini :

Strava : Fitness & Freshness

1. Cam lupa, boleh recap balik features ni abiang guna untuk apa?

Kegunaan utama pada saya sekarang kesimpulannya ada 3.

Pertama, nak tengok keadaan fitness semasa, then, long term target adalah untuk naikkan level fitness lebih tinggi berbanding fatigue, sekaligus agar form tu besar dan cantik.

Kedua, nak pastikan yang bila menjelang minggu taper sebelum race, fatigue tu mesti turun bawah, kurang dari fitness, agar, form pada waktu race, besar dan cantik.

Ketiga, nak buat perbandingan dengan race sebelum. Sepatutnya fitness level semasa mesti lebih tinggi dari masa race sebelum. Agar, potensi nak buat PB tu tinggi.

Basically kalau 3 condition ini = true, then training kita bakal membuahkan hasil.

2. Adakah kita boleh tengok kita overtraining ke tidak pakai features ni?

Kalau fatigue makin tinggi, betullah tu. Tapi untuk overtraining atau tidak, saya lebih suka tengok jumlah RE atau Relative Effort. Yang tu lebih detail sebab kalau overtraining, dari apps Strava dia dah bagitau. Boleh baca sini.

Strava : Relative Effort

Tapi bila saya baca, rupanya tade tulis pasal overtraining sangat. Nanti saya tulis part 2 next week untuk Relative Effort.

3. So, apa yang abiang terfikirkan sesuatu tu?

Ok. Saya perasan yang Fitness & Freshness ni berubah, mendadak dangdut lepas race. Contoh dia, sebelum race 10K hari tu, pagi tu saya screenshot satu. Dem. Saya dah delete. Oklah, saya screenshot semula.

Ok. Ni monday punya data.

Tak silap saya, pagi sebelum race tu, hari selasa, Fitness 42, Fatigue 39 rasannya. (screenshot yang dah terdelete).

Tapi bila balik race, data dia berubah mendadak dangdut. Fitness 47, Fatigue 64.

So, kalau lepas race, level Fitness akan naik gila-gila, tapi level Fatigue, lagi naik gila babi tak ingat dunia.

Berbalik pada 3 condition tadi, long term cantiklah dah naik tu. Tapi masalahnya Fatigue naik lagi tinggi.

4. Maka?

Biasa lepas race saya memang rest. Tak lari tak buat apa pun. Sama macam dulu. Tapi dengan adanya graph ni, dia bagi anggaran untuk saya rest berapa hari. Maksud dia, selagi fatigue tak turun lagi bawah dari fitness, saya tak start training lagi.

Rujuk screenshot bawah ni, kalau ikutkan, hari jumaat baru saya boleh start training, tapi kalau betul-betul rest, sabtu baru boleh start balik.



5. Maka, maka, maka?

Makanya, kalau sebelum race Fitness saya 42, elok lepas race naik 47, tapi lepas tu kena rest dulu sampai betul-betul ok, last sekali jadi 42 balik. So, kesimpulan dia, race memang menaikkan fitness level, tapi untuk sambung balik training, seolah-olah kena sambung balik pada level sebelum race. Atau, race yang menaikkan level fitness tak ada kesan pun pada fitness level yang semasa. Sebab mula 42, then sambung balik 42.

Tapi in term of fatigue, sebelum race 39, elok lepas race naik 64, bila nak sambung balik training dia jadi 36. Which is baguslah…. sambung balik training dalam keadaan yang well rested berbanding sebelum training. Sebab mula 39, then sambung balik 36.

Kesimpulan dia, form sebelum race lebih kecil dari form selepas race, atau, form meningkat lebih besar selepas race. Which is baguslah.

Now, satu lagi hal adalah, fitness punya spike kurang berbanding fatigue punya spike, atau volatility fatigue, lagi tinggi. Sebab fitness turun tak laju berbanding fatigue.

KESIMPULAN

Untuk naikkan fitness, tiada jalan lain kecuali training. Race hanya boleh naikkan kejap sahaja dan kalau naik tinggi mana pun tak bermakna.

Dan dalam minggu taper, tak perlu push hard dah sebab yang penting adalah nak turunkan fatigue, agar masa race tak letih dan bertenaga. Jangan risau sebab fitness level lambat turun berbanding fatigue.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *