Strava, platform data untuk runner dan cyclist yang atau lebih senang diexplain pada orang awam, Facebook untuk atlit, lately banyak dikerjasamakan dengan web-web 3rd party yang lain. Salah satu yang saya baru jumpa adalah SISU.
Kerja web 3rd party yang lain ini adalah import data dari Strava dan meng-repurpose data itu untuk lebih canggih dan cantik. Sisu misalnya mengimport semua route larian tahunan anda (atau dari masa ke semasa ikut suka pilihan anda) dan menterjemah kepada graphic yang cantik, untuk anda download atau order poster. Tagline Sisu, “your exercise data as art”.
Misalnya contoh diatas adalah data dari route larian / basikal, masa dan jenis aktiviti anda. Semua data ditransform kepada bentuk infographic yang anda boleh custom warna mengikut kesukaan anda.
Untuk beli poster ini dan dihantar secara percuma, kos dia adalah 20 euro manakala digital download adalah 5 euro, in case masa anda beli tu rupanya shipment untuk ke Malaysia tidak ada. Maknanya beli digital format dan hantar ke kedai sendiri.
Untuk maklumat lanjut boleh pi sendiri sini :
Oh lupa. Selain dari data Strava, anda boleh juga custom race anda. Tapi setakat ni race yang ada adalah major world race sahaja. Design dia memang agak menakjubkan coolness dia.