Stress

Dari minggu lepas, hingga ke minggu ini, saya ingat saya dah travel sejauh 1000 km. Kejap. Ada baiknya saya kira untuk tahu sejauh mana saya dah travel (bawa kereta, bukan lari). Maybe lebih dari 1000 KM.

25 Nov, Jumaat – Travel balik raub, wedding adik + menyambut adik ipar 116 KM
26 Nov, Sabtu – Rest day, Akad nikah
27 Nov, Ahad – Rest day, Majlis
28 Nov, Isnin – Travel balik KL 116 KM
29 Nov, Selasa – Rest day
30 Nov, Rabu – Travel ke Johor Bahru, ada kerja 326 KM
1 Dec, Khamis – Travel balik KL 326 KM
2 Dec, Jumaat – Rest day
3 Dec, Sabtu – Travel ke Temerloh, Travel balik ke Kuala Lumpur 153 KM + 153 KM
4 Dec, Ahad – Rest day
5 Dec, Isnin – Travel ke Cameron Highlands 219 KM
6 Dec, Selasa – Rest Day
7 Dec, Rabu – Travel balik ke Kuala Lumpur 219 KM
8 Dec,Khamis – Rest day, update blog

Total KM : 1628 KM dalam masa 14 hari

Nampaknya benar, lebih dari 1000 KM. So dalam sela masa 14 hari itu, saya cuma sempat lari 10 KM di Cameron Highlands.

Saya terfikir. Awal tahun hari tu saya set nak lari 999 KM untuk tahun ini (sekali lagi). Nampaknya kalau ikut Strava saya setakat hari ini, macam gagal pasti buat kali kedua sebab masih less than 700 KM. Nak new year just beberapa hari lagi takkan sehari nak lari 30KM. Gila babi.

Walau bagaimanapun, dengan kereta, dalam masa 14 hari, saya boleh travel sejauh 1628 KM which is lebih dari target setahun saya. Of courselah. Itu naik kereta. Memang boleh pergi jauh dalam masa yang singkat (thanks to Mr. Henry Ford).

Kesimpulannya, lari tak boleh pergi jauh dalam masa yang singkat berbanding kereta. Ah… wtf. Memanglah. Manusia lumba dengan kucing pun kalah, inikan pula dengan kereta.

BTW, apsal saya buat kira-kira macam ni dalam posting pun saya tak tau. Mungkin saya stress sebab dah terima hakikat yang tahun ini saya takkan dapat achieve 999 KM. Dan lebih tension sebab salah sendiri. Sapa suruh malas turun lari.

Anyway, bila gagal mesti mau ada alasan. So alasan untuk kegagalan ini adalah :

never-give-up-great-things-take-time-quote-1

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *