Sukan Sea 2015 – Singapura

Sejak rumah saya ada access ke Netflix, jarang pulak saya tengok berita di TV. Lalu, sedar tak sedar, saya terlepas habis untuk tengok Sukan Sea kali ini. Anyway, zaman serba canggih boleh membuatkan kita “revisted” dan lihat segalanya dari Youtube dan website berkaitan.

Berikut apa yang saya dapati dari semua.

AT

1. Malaysia tidak hantar peserta Marathon Lelaki.
Ada 12 orang peserta dan Malaysia tidak ada. Gold medal diraih Singapore, En. SOH Rui Yong Guillaume dengan catatan masa 2:34:56. Paling corot dari 12 orang ni, adalah Vietnam dengan catatan masa 2:59:39. Hampir SUB 3.

Screen Shot 2016-02-25 at 1.38.48 PM

2. Malaysia tidak hantar peserta Marathon Wanita.
Ada 7 orang peserta dan Malaysia tidak ada. Gold medal diraih oleh THANARONNAWAT Natthaya dari Thailand dengan catatan masa 3:03:25. Paling corot, Singapura dengan catatan masa 3:35:54

3. 100 M Lelaki
Gold untuk Philippines catatan masa 10:25, En. Eric Shauwn. Atlit Malaysia En. Mohd Izzuddin Yahya hanya catat masa 10:61 manakala Nixon Anak Kennedy 10:65. Malaysia tak dapat pingat untuk 100 M.

4. 100 M Perempuan
Gold untuk Philippines catatan masa 11:76, manakala atlit Malaysia Zaidatul Husniah dapat nombor 4 dengan catatan masa 11:93. Zaidatul buat 11:69 pada pusingan pertama so chance untuk dapat Gold sebenarnya ada.

5. Malaysia tidak hantar peserta 5000 M Lelaki
Gold untuk Vietnam dengan catatan masa 14:04.82. Paling corot Cambodia 16:44.38. Tiada atlit negara. 🙁 Tapi rekod Sea Games masih dipegang pelari Malaysia oleh En. Ramachandran dengan catatan masa 14:08.97 dibuat pada tahun 1993.

6. Malaysia tidak hantar peserta 5000 M Perempuan
Gold untuk Indonesia dengan catatan masa 16:18.06. Paling corot Singapore 19:42.50. Tiada atlit negara.

7. Malaysia tidak hantar 10000 M Lelaki
Gold untuk Indonesia dengan catatan masa 29:41.56. Paling corot Laos, 33:02.86.

8. Malaysia tidak hantar 10000 M Perempuan
Gold untuk Indonesia dengan catatan masa 33:44.53. Paling corot Philippines, 38:40.26

9. 800 M Lelaki
Gold untuk Vietnam dengan catatan masa 1:51.43. Malaysian # 4 dengan catatan masa 1:53.30.

10. 200 M Lelaki
Gold untuk Vietnam dengan catatan masa 20.89. Malaysian # 4 dengan catatan masa 21.20

11. 200 M Perempuan
Gold untuk Singapura dengan catatan masa 23.60. Malaysian # 6 dengan catatan masa 24.18

12. 4 x 400 M Lelaki
Gold untuk Thailand dengan catatan masa 3:06.81. Malaysian #4 dengan catatan masa 3:10.66

13. 4 x 400 M Perempuan
Gold untuk Vietnam dengan catatan masa 3:31.46. Malaysian Gangsa dengan catatan masa 3:39.10

14. 400 M Lelaki
Gold untuk Thailand dengan catatan masa 46.00. Malaysian #5 dengan catatan masa 47.43

15. 400 M Perempuan
Gold untuk Vietnam dengan catatan masa 52.00. Malaysian Gangsa dengan catatan masa 54.26

16. 4 x 100 Lelaki
Gold untuk Thailand dengan catatan masa 38.99. Malaysian #4 dengan catatan masa 39.67

17. 4 x 100 Perempuan
Gold untuk Thailand dengan catatan masa 44.27. Malaysian Gangsa dengan catatan masa 45.41

18. 110 M Berpagar Lelaki
Gold untuk Thailand dengan catatan masa 13.69. Malaysian Perak dengan catatan masa 13.97

KESIMPULAN

Yang lompat tinggi bagai semua tu saya tak masuk dalam ni tapi untuk larian, Malaysia hanya dapat 1 Perak untuk Men’s 110m Hurdles dan 3 gangsa dalam bagi Women’s 400m, Women’s 4x100m Relay dan Women’s 4x400m Relay.

Tahniah diucapkan kepada atlit negara.

Screen Shot 2015-06-15 at 7.00.22 PM

Kongsi di :