Summary : 2014 – A year of 300 Pt 1

Maaf lama menghilang dan lama betul tak update blog ini. Untuk rekod, tahun ini blog yang baru berusia 4 bulan ini telah mendapat hits average 500 hits sebulan. Tak banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain, tapi, sekurang-kurangnya ia adalah pemberi semangat untuk saya terus menulis dan berkongsi pencarian saya dalam arena larian. Terima kasih kepada anda yang sedang membaca atau baru membaca. Apa guna menjadi penulis jika tidak ada pembaca. Paling tidak, ada seorang pembaca paling setia iaitu isteri saya. Membuat dia sentiasa gembira, adalah memang tanggungjawab saya. Dan dia, nampaknya gembira membaca blog ini.

Anyway, sesuatu yang sedang saya kaji, persoalan dalaman saya, masih lagi tidak saya ketemui.

Ok. Untuk summary 2014, mungkin ada yang telah membacanya di posting instagram saya. Boleh lihat #lariansebuahkitab. Saya telah menulis dengan ringkas untuk apa yang telah berlaku pada tahun 2014 ini.

Walaubagaimanapun, of course, untuk detailnya, anda boleh baca disini. Tapi sebelum itu, ada summary lain yang saya nak kongsi.

Pertamanya, saya kadangkala terfikir. Apabila menulis atau membuat instagram posting tentang larian, dan yang sudah tentu majoritinya saya menjadi subjek utama dalam hikayat ini, kadang kala ada syaitan mengusik hati saya.

“Kau jangan buat ni nanti orang cakap kau riak”
“Kau postlah gambar ini nanti mesti orang anggap kau hebat”
“Kau sanggup lari sejauh ini, orang lain tak boleh”

Lalu bagaimana saya buat agar apa yang saya tulis dan share, tidak memakan diri?

Pertama, apa yang saya buat, adalah semata-mata kerana tuhan. Bagaimana saya buat sesuatu semata-mata kerana tuhan? Itu sangat panjang kisahnya namun, saya datangkan 1 dalil spiritual disini.

Didalam solat orang muslim, ada doa yang sering dilaungkan sebelum membaca surah pembukaan. Antara bait doa ini adalah, yang saya ambil secara spesifik :

“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. ”
Boleh baca sini untuk maksud doa yang panjang.

Bagi yang benar-benar memahami bait ini dalam solatnya, apa sahaja yang dia lakukan, sebenarnya untuk yang Satu. Bukan untuk yang lain. Lalu, saya, dalam sessi pembelajaran untuk meyakinkan diri saya, bahawa apa yang saya lakukan, semuanya, termasuk larian, adalah semata-mata untuk tuhan. Lagi satu, kalau dah buat something untuk tuhan, takkan nak buat sambil lewa kut? Nak mampos? Mestila kita buat yang terbaik.

Tuhan telah memberikan kesihatan yang terbaik untuk saya. Lalu, larian, adalah satu senaman yang saya wajib lakukan untuk memastikan yang saya sentiasa sihat, dan menghargai, apa yang tuhan beri. Sebenarnya, saya berlari sebagai tanda kesyukuran. Dan kesyukuran saya adalah untuk tuhan.

Kedua, saya sudah berumur 35 tahun dan tahun 2015, saya nak masuk 36 tahun. Lagi empat tahun saya akan menjelang umur 40 tahun. Dalam erti kata lain, fasa membuat sesuatu untuk meng-impress orang, sudah lama berkubur dalam diary hidup saya. Itu masa saya berumur awal 20-an dulu. Saya sekarang, sudah sampai stage – “I dont care and I dont give a damn on what other people say about me. I’m running out of time”. Sukar nak sampai ke stage ini dan pasti lepas stage ini, ada stage lain yang harus saya pelajari.

Segala apa yang saya buat, adalah bukan untuk berlumba dengan orang lain, malah bukan membentuk sebarang perspektif dalam minda orang terhadap saya. Saya dah lepas semua benda itu. Saya dah sampai stage dimana – “Lantaklah apa yang orang nak fikir, dan lantaklah apa yang orang nak kata”.

Sejujurnya, saya sekarang, hidup dengan diri saya sendiri. Dan kerana itu, saya membuat pelbagai eksperimen, pelbagai usaha, pelbagai teknik, untuk mengenali diri saya dengan lebih dalam, dan dalam lagi. Di “sebalik” saya ini pasti ada “saya” yang lebih saya harus kenal dan harus saya gali, sedalam mungkin.

Lalu, kerana 2 sebab inilah, saya membuat keputusan, untuk mengexplore habis-habisan, “mengenal diri” dalam salah satu aktiviti yang saya gemari, iaitu – “larian”.

Oh, asalnya nak tulis summary 2015, sorry. Tersasar pulak. Lama tak menulis, inilah jadinya. Anyway tidak mengapa. Sekurang-kurangnya saya telah menulis summary, bagaimana saya kekal saya, yang sedang berlari. Sarang syaitan dalam hati memang sentiasa nak evolve, dan sebagai manusia, kita harus tahu bagaimana nak menafikan kewujudan ia.

bersambung…

 


Langkah seterusnya :

Summary : 2016 – Kitab ke Viktor
Summary : 2015 – Tahun yang tewas
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 2
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 1

Kongsi di :