Summary : 2014 – A year of 300 Pt 2

Ok. Now terus kepada aktiviti larian 2014. Tengok apa yang dah jadi.

Tahun 2014 memang saya dah set target untuk apa yang saya nak capai. Berbeza dengan tahun 2013, saya hanya lari dan layan suka-suka. Namun, ada turning point yang berlaku dalam hidup saya, membuatkan perspektif saya tentang dimensi larian, berubah serta merta.

1. Jarak Larian Tahunan
Banyak yang saya belajar tentang larian. Dan training, adalah salah satu cara bagaimana saya nak improve larian saya. Pada tahun 2013, tanpa sebarang matlamat saya telah lari sejauh 94.66 KM lalu pada tahun 2014, saya terfikir, why not saya setkan satu target dan tengok boleh capai atau tidak?

So saya target untuk lari sejauh 365 KM. At least dengan jarak sejauh ini, ia membayangkan yang saya lari 1 KM setiap hari. Walaubagaimanapun, malangnya saya gagal achieve target saya. Banyak faktor yang menyebabkan kegagalan ini.

Screen Shot 2015-01-03 at 3.02.28 PM

Pertama, saya tidak leverage-kan jarak setahun ini kepada bulanan. So, ada bulan yang saya lari dan ada bulan yang saya tak lari langsung. Dan bila dah nak menjelang hujung tahun, saya terpaksa merempit gila-gila untuk capai target. Masalahnya pulak bila dah dekat hujung tahun banyak cuti dan banyak tempat nak kena travel.

Kedua, saya tak disiplin dalam nak capai target. Saya hanya letak target, tapi untuk capai target ini saya sambil lewa. Saya macam confident boleh achieve tapi malangnya confident saya tidak terjemah ke realiti ini.

Ketiga, set target tu lambat. Sebenarnya saya set target untuk lari 365 KM bukan pada awal tahun. So saya set target tu maybe around bulan 4 atau 5 tak silap saya. So saya dah rugi hampir separuh bulan. Nak kejar balik dalam masa 6 bulan memang gila.

Screen Shot 2015-01-03 at 3.42.44 PM

But anyway, untuk 300 KM berbanding 94.66 KM tahun pertama, itu satu anjakan yang saya rasa puas hati. SO.
Untuk tahun 2015, berapa target saya?

999 KM

Bolehkah saya capai?

Kita tunggu.

Kenapa 999 KM?

Kalau letak target 365 sekali lagi nampak macam boleh achieve. Anyway, kenapa nak letak target yang kita dah tahu memang boleh achieve?

Screen Shot 2015-01-03 at 3.48.46 PM

2. Race-race Offline

OK. Untuk acara larian pula, tahun 2013 saya masuk 2 race lari dan 2 race berjalan. Mmm… actually 1 race berjalan, yang satu lagi tu Fun Walk.

So, 2014, saya masuk 4 acara larian iaitu :

Pertama, IMU Run 7K. Yang ni first attempt untuk maju dari 5K ke 10K. Yang paling saya ingat, ini first race saya dalam hujan. Catatan masa terbaik yang saya pernah lakukan berbanding dengan training 7K.

Kedua, race BSN Night run. First 10K race saya namun catatan masa tak berapa nak baik. Target nak dapat top 100 pun tak kesampaian. Anyway, saya belajar betapa fokus itu penting dalam larian.

Ketiga, race Penang Bridge 10K. Ini first race saya luar Kuala Lumpur dan Selangor. First attempt nak keluar dari comfort zone. Banyak juga yang saya belajar dalam race ini especially tentang persediaan. Serta, expect the unexpected. Walau bagaimanapun, masih vagal untuk dapat bawah 1 jam.

Keempat, race offline terakhir tahun 2014 adalah NM Galaxy Run 10K. Walaupun saya berjaya dapat bawah satu jam untuk race ni tapi ketidak berapa nak lancaran sangat oleh pihak penganjur menyebabkan ramai runners yang awal lari tak cukup 10K pun. So saya amik average time dan saya dapati kalau saya lari 10K penuh pun catatan masa saya masih bawah 1 jam.

Overall matlamat nak dapat bawah 1 jam untuk race 10K berjaya secara teori, namun secara praktikal belum lagi.

Untuk 2015, saya nak try 21K dulu tapi tak nak letak target berapa catatan masa. Saya hanya mahu nak feel apa perasaan lari sampai 21K dulu. So untuk itu saya dah register NIKE WE RUN KL dan BUKIT JALIL MARATHON. Kedua-dua ni 21K.

Satu lagi target 2015 adalah cuba untuk masuk race di luar Malaysia. Harapnya berjaya dan ada peluang.

3. Race-race Online
Saya juga ada masuk race online anjuran Strava. Actually race Strava ni tiap-tiap bulan ada dan boleh pilih nak masuk 10K atau 21K atau 42K. Tengok challenge apa yang dia appear.

So saya masuk semua 10K. Apa yang saya belajar dari race online ini adalah pada hari ini, perlumbaan lari boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa sempadan dan tetap, dari semua runner yang masuk, akan keluar ranking berdasarkan pace masing-masing.

So dalam erti kata lain, kita bukan sekadar berlumba dengan diri sendiri, malah kita berlumba secara international. Banyak negara yang masuk dan runners dari Malaysia belum sampai 300 orang pun lagi.

Target saya untuk Strava Race challenge adalah untuk berada di first page. Tak kira nombor berapa. Setakat ni dari 3 race yang saya masuk, 2 kali berjaya first page.

Untuk 2015 saya akan cuba raise the challenge untuk try masuk 21K pula.

4. Hal-hal lain

Ada dua unexpected event berlaku dalam tahun 2014, dimana bukan dirancang sangat pun. Pertama, dapat jogging luar Malaysia for the first time di Mynmar. Tak pernah saya bayangkan hal ini berlaku tapi lari di negara orang pun seronok juga. Oleh kerana Mynmar banyak monk, so terasa macam lari dalam syugra buddhism.

Event kedua pula adalah #racetthetube. Ini pun tak rancang sebenarnya cuma bila tengok video racethetube yang asal di London tu, terbit pula keinginan untuk cuba menewaskan kelajuan keretapi di Malaysia ini. Feeling dia sangat puas hati dan saya sangat seronok.

So untuk 2015, saya menunggu apa unexpected dan spontaneous event yang boleh saya buat. Dan saya harap, kita semua sentiasa sihat dan selamat, agar kita boleh lari lebih jauh. Itu yang kita mahu. Kan?

 


Langkah seterusnya :

Summary : 2016 – Kitab ke Viktor
Summary : 2015 – Tahun yang tewas
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 2
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 1

Kongsi di :